Tiga tahun lalu, pada tahun 2007, di bawah Rancangan Bandar Selamat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat janji membekalkan 48 CCTV untuk dipasang di kawasan-kawasan hitam dikenalpasti Polis Di-raja Malaysia (PDRM) di seluruh negeri Pulau Pinang. Jumlah tersebut termasuk pemasangan 24 CCTV di bahagian pulau dan 24 di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Berasaskan jawapan bertulis Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhubung soalan lisan saya di Dewan Rakyat pada 13 April 2010 menyatakan bahawa di dalam fasa 1, sebanyak 496 bilangan CCTV di 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung Malaysia akan dipasang. Kontrak telahpun ditawarkan kepada Syarikat GTC Global Sdn. Bhd. melalui tender terbuka dan kerja telahpun bermula pada 15 Februari 2010 dan kerja pemasangan dijangka siap pada 15 Julai 2010. Pemasangan CCTV adalah dibuat secara sewaan selama 5 tahun bermula 2010 hingga 2015.
Mengapa setelah tiga tahun, barulah projek ini berjalan – secara perlahan? Continue reading ‘Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Masih Berhutang 48 CCTV Kepada Kerajaan Pulau Pinang Sejak 2007′

