MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KOMUNITI (JKKK) NEGERI PULAU PINANG (BAGI KAWASAN PULAU) PADA 11 JULAI, 2010 (AHAD)
1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana dapat menghadiri majlis Kerajaan Negeri pada hari ini. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan watikah pelantikan kepada tambahan 75 pengerusi-pengerusi JKKK bagi Daerah Timur Laut dan Barat Daya untuk tempoh 6 bulan iaitu mulai 1 Julai 2010 hingga 31 Disember 2010 yang mana telah dipilih dan ditentukan oleh Kerajaan Negeri.
2. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri PR yang berjiwa rakyat 3P untuk memastikan kesejahteraan hidup setiap rakyat terutama masyarakat desa dapat dipelihara dan dipertingkatkan iaitu
• Perkasakan Rakyat dengan ilmu pengetahuan dan kepakaran;
• Perkuasakan Rakyat dengan hak dan kebebasan peluang dan
• Perkayakan Rakyat agar hasil ekonomi dapat dinikmati oleh semua.
3. JKKK merupakan sebuah institusi yang menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi iaitu di peringkat kampung atau komuniti. Bagi menjayakan prinsip 3P ini, Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan pembangunan ekonomi di kawasan bandar, luar bandar dan desa diurus dengan sebaik mungkin dengan bantuan yang padu daripada JKKK. Dengan itu, ia diharapkan dapat membantu Negeri Pulau Pinang menjadi sebuah negeri yang dinamik dan bersih bukan sahaja di peringkat tempatan malahan antarabangsa.
Continue reading “Baik JKKK, Baiklah Kerajaan Negeri, Buruk JKKK, Buruklah Kerajaan Negeri yang memerintah negeri ini”