A Kaamatan and Gawai Day Message (e/c)

A Kaamatan and Gawai Day Message by DAP Secretary-General and Finance Minister on 31 May 2018 in Putrajaya.

A New Harvest For Sabah and Sarawak

The DAP wishes all Kadazandusun and Dayak people both Selamat Hari Kaamatan and Selamat Hari Gawai. The party and all Malaysians join the people of Sabah and Sarawak in celebrating a year of bountiful harvest.

There is also a new harvest for Sabahans and Sarawakians following the astounding victory of Pakatan Harapan in the recent general elections, ending the 61 years old rule of Barisan Nasional. Just as Merdeka freed Malaya from British colonialism in 1957 so that Malaysians including Sabahans and Sarawakians free Malaysia from oppression, injustice and corruption.

Our country is entering a new phase in its history where there is now a once in a lifetime opportunity to create a more just and a more equitable union between Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak. The new Malaysia offers a new harvest for Sabah and Sarawak a more equal, fair and respectful relationship that is mindful of the history of Sabah and Sarawak’s contribution to establish Malaysia.

Pakatan Harapan is committed to fulfilling our promises in our election manifesto when the financial situation is restored and is more favourable. Unfortunately, the previous government have left us with a RM1 trillion debt to pay which has strained our finances severely. Pakatan Harapan feels the government has taken concrete steps to overcome the fiscal issues and are confident that we overcome these economic challenges with the support of all Malaysians.

Kotobian tadau tagazo do Kaamatan!
Gaya guru gerai nyamai!

Sayangi Sabahku,
Sayangi Sarawakku,
Sayangi Malaysiaku.

LIM GUAN ENG

———BM Version ——-
Mesej Pesta Kaamatan dan Hari Gawai daripada Setiausaha Agung DAP dan Menteri Kewangan pada 31 Mei 2018 di Putrajaya

Hari Tuaian Bertuah Yang Baharu Untuk Sabah dan Sarawak

Saya mewakili DAP mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Selamat Hari Gawai kepada seluruh kaum Kadazandusun dan Dayak. Parti DAP dan semua rakyat Malaysia bersama-sama meraikan hasil tuaian berlimpah-ruah untuk tahun ini.

Kita rakyat dan bangsa Malaysia tanpa mengira kaum mempunyai satu lagi sebab untuk bersyukur tahun ini. Kemenangan Pakatan Harapan di pilihanraya lalu telah menamatkan pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun. Seperti mana Malaya telah dimerdekakan daripada penjajah British pada tahun 1957, semua rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan
Sarawak sekarang bebas daripada pelbagai bentuk penindasan, ketidakadilan dan korupsi.

Malaysia sedang memasuki fasa baru sejarah negara. Kita sekarang mempunyai peluang untuk membina semula Malaysia di atas tonggak persekutuan yang lebih adil dan saksama di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Malaysia baharu ini akan pasti lebih menghormati peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.

Pakatan Harapan akan menunaikan janji-janji manifesto dalam masa terdekat apabila kewangan persekutuan semakin pulih. Walau bagaimanapun, pemerintah sebelum ini telah meninggalkan beban hutang tinggi, lalu menyebabkan kerajaan Malaysia terbaharu ini terpaksa berhemah di dalam perbelanjaan demi menjaga kebajikan bersama. Cabaran yang
ditempuhi adalah hebat. Tetapi kami amat yakin dengan kerjasama rakyat, Malaysia akan dapat menghadapi cabaran kewangan ini dengan baik sekali.

Kotobian tadau tagazo do Kaamatan! Gaya guru gerai nyamai!

Sayangi Sabahku,
Sayangi Sarawakku,
Sayangi Malaysiaku.

LIM GUAN ENG

—–