Pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 Akan dibuat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri

Pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 Akan dibuat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang pada 19 April 2010 bagi menambahkan faedah kepada ahli keluarga ADUN sekiranya ADUN meninggal dunia atau hilang upaya dalam tempoh memegang jawatan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat pindaan kepada Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang pada 19 April 2010 bagi menambahkan faedah kepada ahli keluarga ADUN sekiranya ADUN meninggal dunia atau hilang upaya dalam tempoh memegang jawatan. Tujuan utama pindaan enakmen ini dibuat adalah untuk memberi jaminan kepada ADUN atau ahli keluarga mereka sekiranya kemalangan / kematian berlaku dalam tempoh perkhidmatan.

Pindaan yang dibuat adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN pembangkang turut layak mendapat faedah yang tertera.

Faedah yang tertera di dalam Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 hanya terhad kepada “Faedah Kemalangan” sahaja. Pindaan yang bakal dibuat akan memasukkan perkataan “atau kematian” ke dalam Enakmen tersebut bagi membolehkan ADUN atau waris mereka memperolehi faedah tersebut. Namun, kematian biasa yang tertera di dalam pindaan tersebut tidak termasuk kematian dengan cara bunuh diri.

Sila rujuk kepada lampiran bagi maklumat terperinci.

Leave a Comment