UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (PART 4)

60. Jadual di bawah adalah defisit sebenar MPSP dari tahun 2000 sehingga 2007. Keseluruhan difisit tersebut telah menyebabkan penyusutan Kumpulan Wang Majlis sebanyak RM228,852,412.00. Penambahan anggaran defisit bagi tahun 2008 ini pula akan menambahkan penyusutan Kumpulan Wang Majlis sebanyak RM248,395,316.00.

61. Faktor utama kemeresotan keadaan kewangan ialah bangunan Dewan Bandaran dan pejabat sebanyak RM 85 juta, perbelanjaan peruntukan RM 59 juta ”pembangunan kecil” sebanyak untuk ADUN(RM 50.3 juta) dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan(RM8.6 juta) yang tidak lain adalah politik wang untuk ahli BN. Lain-lain kos pengurusan untuk kemudahan rakyat adalah pengurusan sisa pepejal bersepadu yang diperkenalkan pada 2002 sebanyak RM 68.8 juta dan pengambilan tanah sebanyak RM 33.2 juta.

62. Di samping itu, kos pembayaran hawa dingin lebih hampir RM 800,000 setahun. Kos sebulan bagi perkhidmatan hawa dingin untuk Ibu Pejabat MPSP secara purata ialah sebanyak RM 68,456.18.

63. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat pada 28 Februari 2001 dan disahkan pada 7 Mac 2001 telah meluluskan pembinaan Ibu Pejabat Baru, MPSP di Bandar Perda, Permatang Rotan secara rundingan terus “Design and Build” dengan Aseania Development Sdn. Bhd. (ADSB) iaitu pemaju Bandar Perda. Dalam penyiapan pembinaan bangunan, kemudahan hawa dingin adalah disambung kepada “district cooling system” seperti terdapat di dalam perjanjian bertarikh 1 November 2002. Sistem penghawa dingin direkabentuk secara sambungan kepada “district cooling system” seperti mana kemudahan yang ada di pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya.

64. Perjanjian “Chilled Water Supply Agreement” dengan pembekal iaitu Aseania Linear District Cooling System Sdn. Bhd. telah ditandatangani pada 15 Disember 2005. Diantara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah
i. Bekalan semasa ialah untuk tempoh 10 tahun iaitu sehingga tahun 2015
ii. Lanjutan adalah bagi tempoh 5 tahun
iii. Kadar semasa bayaran adalah 0.548 sen per ton hour
iv. Kadar bayaran adalah tertakluk kepada kenaikan tarif letrik dan air dan sebarang kenaikan tarif ini akan mengubah kadar bayaran semasa.

65. Sehingga kini bayaran bulanan untuk perkhidmatan hawa dingin bagi Ibu Pejabat Baru, MPSP di Bandar Perda bagi tahun 2008 adalah seperti beikut:-

66. Jelas sekali, pihak tertentu dan kronisma dengan UMNO dan BN merupakan sebab utama mengapa pemberian kontrak begitu lumayan diluluskan. Kerajaan negeri akan berusaha merawat dan memulihkan prestasi kewangan MPSP dan adalah diharapkan semua pihak termasuk pembangkang harus memberikan kerjasama, sekurang-kurangnya menebus balik angkara kesilapan dan salahpengurusan mereka.

P. NGV Bagi Kenderaan Rasmi

67. Kerajaan Negeri sedang mengkaji kesesuaian penggunaan NGV untuk kenderaan rasmi Kerajaan Negeri memandangkan ianya melibatkan implikasi kewangan terhadap Kerajaan Negeri kerana pada masa ini hanya satu stesen minyak beralamat di, PETRONAS Service Station Prai Lot 93, Kawasan Perusahaan Prai, 13600 Prai yang menyediakan perkhidmatan ini.

Q. Papan Tanda Jalan

68. Kerajaan Persekutuan mestilah menghentikan sikap pilih kasih dengan membenarkan penggunaan Bahasa Arab di papan tanda jalan di Kuala Lumpur dan papan tanda jalan Jawi di Johor tetapi pada masa yang sama membangkang keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menggunakan sama ada bahasa Jawi, Arab atau Mandarin atau Tamil atau Inggeris sebagai tambahan kepada penggunaan Bahasa Malaysia di kawasan George Town. Isu ini hanya dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia yang mempunyai agenda politik bagi membantu UMNO mendapatkan semula pemerintahan politik dan agenda perkauman terhadap golongan bukan Melayu.

69. Bagaimanakah langkah tersebut boleh dianggap sebagai tidak berpelembagaan atau tidak menghormati bahasa kebangsaan, sedangkan tiada papan tanda Bahasa Malaysia yang diturunkan? Hanya beberapa papan tanda jalan di kawasan warisan sahaja yang akan ditambah dengan bahasa Mandarin atau Jawi / Arab atau Tamil atau Inggeris. Namun, UMNO dan Utusan Malaysia terus memainkan perasaan takut dan mengapi-apikan perasaan benci dengan mengatakan kononnya bahasa rasmi papan tanda jalan akan digantikan dengan bahasa-bahasa lain.

70. Jika Utusan Malaysia ikhlas dalam memperjuangkan Bahasa Malaysia, kenapa pula mereka menyokong pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris bagi menggantikan Bahasa Malaysia sepenuhnya. Bagaimanapun, bila Negeri Pulau Pinang tidak menggantikan tetapi hanya menambah kepada Bahasa Malaysia, Utusan Malaysia telah menjalankan kempen kebencian. Oleh kerana itu, rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi dan menghormati warganegara dengan keadilan haruslah memboikot akhbar yang bersifat perkauman dan yang melaga-lagakan orang Melayu dengan orang bukan Melayu ini.

71. Ini menunjukkan kekurangan yang kritikal arah dan tujuan para pemimpin negara sekiranya mereka hanya tahu mengikut dengan membuta-tuli “agenda setting” oleh pucuk pimpinan Utusan Malaysia di dalam menentukan agenda negara. Kita mestilah mempunyai keyakinan terhadap bahasa kebangsaan dengan membenarkan tambahan penggunaan bahasa-bahasa lain seperti yang diamalkan di negara-negara Arab, malahan negara China juga menggunakan Bahasa Inggeris. Sekiranya Utusan Malaysia hendak menjadi katak di bawah tempurung, mereka boleh terus menjadi katak tetapi rakyat Malaysia tidak mahu ditempurungkan.
72. Janganlah sangsi terhadap keazaman kami untuk meneruskan penggunaan papan tanda pelbagai bahasa sebagai tambahan kepada Bahasa Malaysia yang bersesuaian dengan status antarabangsa Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

73. Sekiranya menggunakan papan tanda jalan dalam Bahasa Jawi / Arab, Mandarin, Inggeris atau Tamil sebagai tambahan kepada Bahasa Malaysia adalah salah, kenapa ada double-standards atau pilih kasih apabila Negeri Johor dibenarkan menggunakan papan tanda jalan Jawi sejak 30 tahun lepas dan termasuk juga papan tanda jalan bahasa Arab di Kuala Lumpur. UMNO amat terdesak sehingga menggunakan isu perkauman untuk memecah-belahkan masyarakat dan cuba mengalihkan tumpuan kepada kegagalan mereka untuk menguruskan krisis kewangan global.

Penutup

74. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini Negeri Pulau Pinang kaya dan bangga dengan sumber manusia, etika kerja yang tinggi, warisan budaya, keharmonian sosial dan pemandangan yang indah. Kerajaan negeri akan bina kejayaan Negeri Pulau atas asas daya tenaga, daya pakar dan daya usahawanan rakyatnya.

75. Kita akan pastikan semua rakyat bersatu hati berdasarkan tiga sifat utama:_
• Disiplin dan matlamat bersama menrealisasikan wawasan transformasi Pulau Pinang sebgai sebuah negeri dinamik berdasarkan CAT.
• Keyakinan intelektual memberikan idea baru berdasarkan prinsip, innovasi dan logik; dan
• Halatuju bersama membentuk sebuah kerajaan berjiwa rakyat “a people-centric government” memerintah sebagai sebuah demokrasi dan kepimpinan beretika berdasarkan 5K: kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketaqwaan kepada Tuhan.. democracy based on the principles of justice, freedom, truth, social welfare and universal values.

76. PR ada idea, idealisma dan imaginasi. Idea kebebasan politik dan masyarakat madani, idealisma keadilan sosio-ekonomi dan peluang sama-rata dan imaginasi memperkasakan ketuanan rakyat menerusi demokrasi dan integriti yang telah mendapat sokongan kuat daripada rakyat Malaysia, khususnya sokongan padu golongan belia. Untuk BN, UMNO MCA dan Gerakan menghidapi AIDs – Acquired Intellectual Ideals, Ideas and Imagination Deficit syndrome.

77. Bagi mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta dalam perbahasan ke atas ucapan bajet 2009. Saya berharap agar kita semua bersama-sama mengekalkan perpaduan, mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam Negeri Pulau Pinang ini.

Sekian, terima kasih.

1 thought on “UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (PART 4)”

Leave a Comment