Malaysia Hanya Berjaya Menjadi Ekonomi Berpendapatan Tinggi Dengan Mendemokrasikan Ekonomi, Reformasikan Perkhidmatan Awam Dan Membebaskan Daya Kreativiti Dan Innovasi Sumber Manusia.
Ucapan Belanjawan Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Dewan Rakyat Pada 26.10.2009 Malaysia hanya boleh berjaya menjadi ekonomi berpendapatan tinggi dengan mendemokrasikan ekonomi, reformasikan perkhidmatan awam dan membebaskan daya kreativiti dan innovasi sumber manusia. Syor-syor mendemokrasikan ekonomi telahpun dibukukan awal bulan ini oleh DAP dalam Belanjawan Alternatif DAP yang menggariskan …