Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Pulau Pinang Pada 3.5.2012
Saya berasa kesal bahawa pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Bernama telah menyalahgunakan kebebasan untuk membuat lapuran mengelirukan tentang jawapan saya dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam berkaitan penjualan tanah Bayan Mutiara secara tender terbuka.
Semalam, saya mengakui bahawa kerajaan negeri tidak mengikut penilaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta kerana anggaran harga itu adalah terlalu rendah. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dalam surat bertarikh 5 November 2009 telah menganggarkan harga sebanyak RM65 sekaki persegi.
