Ketua Setiausaha Negara(KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan Telah Makan Fitnah SDO Nik Ali Bahawa Saya Marah Kerana Tidak Diberikan Tempat Duduk Bila Ia Tidak Dibangkitkan Oleh Saya.
Saya telah melantik Ahli Parlimen Bukit Glugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP YB Karpal Singh untuk saman malu Utusan Malaysia(UM) atas lapuran palsu yang disiarkan oleh UM pada 23 Julai dan diulangi pada 24 Julai. UM dengan jahatnya menyatakan bahawa saya marah dengan Pegawai Kemajuan Negeri(SDO) Nik Ali Mat Yunus kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan …