Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim perlu bertaubat dan mengakui kebenaran

Datuk Azhar Ibrahim Perlu Bertaubat Dan Mengakui Kebenaran Bahawa PERDA Hanya Bersetuju Menambah Pembinaan 120 Yunit Rumah Kos Sederhana Rendah Di Sungai Batu Dan 100 Yunit Rumah Kos Rendah Di Teluk Bahang Selepas Desakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim perlu bertaubat dan mengakui kebenaran bahawa Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang(PERDA) hanya bersetuju menambah pembinaan 120 Yunit rumah kos sederhana rendah di Sungai Batu dan 100 Yunit rumah kos rendah di Teluk Bahang selepas desakan kerajaan negeri. Syarat ini dikenakan sebelum kelulusan projek mewah PERDA boleh dipertimbangkan diluluskan atas prinsip kerajaan berjiwa rakyat yang membela nasib orang bawah.

Kerajaan negeri tidak pernah menolak atau membatalkan permohonan Perda mahu membina banglo mewah hampir RM 1 juta seyunit, hotel ataupun clubhouse(rumah kelab) untuk golongan kaya. Kerajaan negeri hanya mahukan PERDA ingatkan matlamat ditubuhkan dengan balik ke pangkal jalan menjaga kepentingan dan nasib penduduk yang berpendapatan rendah. Sekiranya tanggungjawab social ke atas orang miskin dijaga maka projek mewah yang digila-gilakan oleh PERDA bolehlah diluluskan.

Mengikut kertas kerja ke Jawatankuasa Tanah, PERDA tidak mencadangkan membina sebarang rumah kos rendah atau sederhana rendah di Teluk Bahang. Untuk projek di Sungai Batu PERDA cadangkan hanya 55 yunit rumah kos rendah dan 81 yunit rumah kos sederhana rendah daripada keseluruhan 418 yunit. Adakah kerajaan negeri bersalah untuk meminta menambahkan 100 yunit rumah kos rendah dan 120 yunit rumah kos sederhana rendah?

1) Projek Di Depan Hotel Penang Mutiara, Teluk Bahang Lot P.T 105 telah menjadi Lot 15 Mk 2, Daerah Barat Daya

Keluasan – 15.275 ekar (6.182 hektar) Permohonan bertarikh 29.8.2007

Parcel 1 – 1 blok Hotel 12 tingkat

Parcel 2 – 40 Unit Banglo 2 tingkat

– 18 Unit Town House 4 tingkat

– 1 Unit Pencawang TNB

– 1 Unit Kumbahan IWK

– 1 Unit Rumah Kelab 2 tingkat

Rumusan Pejabat Tanah & Galian: Akujanji PERDA melalui surat bertarikh 17.11.2009 bersetuju dengan permintaan kerajaan negeri membina tambahan rumah kos rendah 100 Unit di atas tanah seluas 2 ekar di kawasan ADUN yang sama, di mana pengagihan akan diputuskan oleh kerajaan negeri.

2) Projek Di Jalan Sungai Batu, Teluk Kumbar (menghadap laut), Lot 1050 Mk 11 Daerah Barat Daya

Keluasan – 10.02 hektar Tarikh Permohonan 27.3.2008

Komponen Projek Asal Mengandungi:

· 55 Unit Rumah Pangsa kos rendah

· 81 Unit Rumah Pangsa Kos sederhana rendah

· 8 Unit Kedai

· 98 Unit rumah teres 2 tingkat jenis A

· 6 Unit rumah teres 2 tingkat jenis B

· 76 Unit town house 3 tingkat

· 64 Unit rumah berkembar

· 22 Unit rumah peranginan berkembar

· 3 Unit banglo

· 4 Unit Kedai / Pejabat

· Keseluruhan 418 Unit

Rumusan Pejabat Tanah & Galian: Akujanji PERDA melalui surat bertarikh 17.11.2009 menerima permintaan kerajaan negeri menambahkan lagi pembinaan rumah kos sederhana sebanyak 120 Unit dalam projek yang sama di mana pengagihan akan ditentukan oleh kerajaan negeri.

Oleh itu Datuk Azhar tidak harus berdolak-dalih tentang hakikat bahawa PERDA menyerah dan bersetuju kepada permintaan kerajaan negeri hanya dalam surat bertarikh 17 November 2009 menambahkan 220 yunit rumah kos rendah dan sederahana rendah ini. Selepas PERDA menyerah, maka kelulusan telahpun diluluskan dan minit mesyurat Jawatankuasa Tanah telahpun disahkan pada 26hb November 2009.

1 thought on “Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim perlu bertaubat dan mengakui kebenaran”

  1. With this UMNO Penang, State must more frequent let out
    proofs of black and white.

    GE is nearing, UMNO will manouvre like a snake.

Leave a Comment