Rizab Wang Kerajaan Negeri

Soalan bertulis YB. DATO’ HAJI JASMIN BIN MOHAMED(Sg Dua): Sehingga kini, berapa banyakkah rizab wang kerajaan negeri yang masih ada.

Jawapan : Rizab atau simpanan terkumpul negeri dikira pada akhir sesuatu tahun kewangan setelah komitmen perbelanjaan tahunan dijelaskan.

Sehingga 31 Disember 2008, rizab wang kerajaan negeri berjumlah RM461,610,225.06. Dengan mengambilkira perolehan hasil negeri yang telah menunjukkan peningkatan yang ketara setakat akhir Jun 2009 berbanding komitmen perbelanjaan, adalah dijangka pada akhir tahun kewangan 2009 nanti rizab negeri akan bertambah lagi.

Leave a Reply