Polisi-Polisi baru yang diperkenalkan oleh Semua Exco

Soalan Daripada YB. DATUK ARIF SHAH BIN HAJI OMAR SHAH (BN-Seberang Jaya)
Kerajaan negeri sekarang dilihat lemah terutamanya dengan masalah dalaman yang disebarkan melalui akhbar dan cerita-cerita mengenai ketidakcekapan anggota-anggota Exco tertentu menjalankan tugas. Apakah benar dakwaan ini? Jika tidak, sila senaraikan polisi-polisi baru yang diperkenalkan secara terperinci setiap portfolio yang dipegang oleh semua Exco termasuk YAB Ketua Menteri dan YB Timbalan Ketua Menteri.

Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang
Dakwaan Y.B. bahawa anggota-anggota Exco tidak cekap dalam menjalankan tugas mereka adalah tidak berasas sekali. Bagi tempoh setahun yang lalu, Kerajaan Negeri telah menggubal dasar pentadbiran yang baru di samping merombak sistem pentadbiran yang sedia ada. Dasar-dasar yang telah digariskan oleh semua Exco termasuk Y.A.B. Ketua Menteri dan Y.B. Timbalan Menteri adalah seperti yang dilampirkan.

YAB KETUA MENTERI
Portfolio : MMK Pembangunan Industri & Perdagangan Antarabangsa, Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah
SECARA KESELURUHAN


1. Memperkenalkan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti & Telus) pertama di Malaysia: memerangi rasuah dan membuktikan sebuah kerajaan bersih boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kerajaan berasuah;
2. Pembatalan saman atas penjaja kecil dan saman kesalahan letak kereta;
3. Membuka Jambatan Merah di Fasa 3 Bayan Lepas untuk mengurangkan kesesakan trafik;
4. Kenaikan Elaun Guru Kafa sebanyak RM50 sebulan;
5. Kajian semula prosedur pentadbiran tanah/penyiasatan penyelewengan tanah;
6. Pembatalan pembelian 4 buah kereta rasmi baru sebanyak RM500,000;
7. Melantik ahli NGO dan seorang AKU pertama sebagai Ahli Majlis Kerajaan Tempatan;
8. Papan-papan tanda jalan dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dengan Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dengan Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu dengan Bahasa Jawi/Arab dalam linkungan Zon Warisan Georgetown;
9. Usaha-usaha pemulihan KOMTAR termasuk mengekalkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR;
10. Sebut harga tender terbuka melalui internet dengan pelaksanaan Sistem e-Perolehan yang membolehkan tender terbuka menerusi internet dan tempoh bantahan;
11. Jumlah pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2008 mencecah RM10.2 bilion berbanding dengan RM4.7 bilion pada tahun 2007;
12. Usaha menarik pelaburan asing dengan menubuhkan Petugas Khas yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri untuk setiap pelaburan yang melebihi RM1 bilion dan juga melicinkan pentadbiran kerajaan negeri seperti dasar “bina dulu, lulus kemudian”;
13. Pengambilan pekerja asing di sektor pembuatan, terutamanya sektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan dibekukan;
14. Penubuhan Pusat Bantuan dan Latihan Kerjaya (CAT Centre) untuk membantu golongan yang hilang kerja;
15. Menubuhkan Tabung Modal Pusingan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Pulau Pinang dengan jumlah pinjaman maksima sebanyak RM10,000.00 dengan tempoh bayaran balik maksima 5 tahun bagi setiap pemohon;
16. Menubuhkan Penang Global Tourism Sdn. Bhd. Untuk mempromosi dan menggalakkan pembangunan sector pelancongan;
17. Menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM8.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan Cina, sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah menengah persendirian. Peruntukan RM1.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat adalah tambahan daripada RM3.7 juta yang diperuntukkan untuk tujuan pendidikan agama bagi tahun 2009 oleh kerajaan negeri;
18. Membatalkan pembelian notebook dan pencetak untuk ADUN sebanyak RM300 ribu untuk tahun 2008-2009;
19. Memberi wang ehsan RM100.00 kepada lebih 170,000 buah keluarga miskin yang membelanjakan RM17 juta;
20. Mengecualikan semua sekolah milikan bukan kerajaan yang didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran dan bukan berasaskan keuntungan daripada membayar cukai tanah dengan membayar nominal fee RM1.00;
21. Menyediakan perkhidmatan WiFi dan WiMax secara percuma di seluruh negeri;
22. Mendirikan Industri Halal Hub dengan peruntukan kawasan tanah perindustrian sebanyak 131 ekar di Bukit Minyak untuk Fasa 1 dan 2;
23. Membenarkan warga media menggunakan pas media sebagai pas keselamatan dalam KOMTAR;
24. Pemberian bantuan beras percuma kepada penerima bantuan kebajikan;
25. Berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan dengan bantuan kewangan di bawah Rancangan Anti-Kemiskinan (RAK);
26. Penubuhan Jawatankuasa Kebebasan Maklumat (CAT) – ke arah kebebasan akhbar dalam suasana pengetahuan tanpa kekurangan dan kekangan;
27. Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri melalui internet, Web TV;
28. Cadangan penukaran Hakmilik daripada Pajakan kepada Pegangan 99 tahun untuk tanah industri/komersial dan hakmilik kekal untuk kediaman rumah pangsa/rumah kos rendah dan sederhana demi memulangkan tanah kerajaan kepada rakyat;
29. Had masa larangan kenderaan berat atas Jambatan Pulau Pinang dan pengeluaran pas khas untuk mengatasi masalah kesesakan di Jambatan;
30. Menetapkan bantuan bencana alam dikeluarkan dalam masa 24 jam kepada mangsa-mangsa;
31. Melantik Timbalan Ketua Menteri pertama di Malaysia daripada kaum India dan Pengerusi Melayu pertama untuk InvestPenang;
32. Mengurangkan elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK kepada RM350.00 dan RM250.00 sebulan daripada RM600.00 dan RM500.00 masing-masing;
33. Memberikan penganugerahan pingat dan bintang berdasarkan sumbangan masyarakat atau prestasi pencapaian dan bukannya latar belakang politik di mana buat pertama kali tidak ada seorang ahli Exco, ADUN ataupun Ahli Majlis kerajaan tempatan menerima pingat yang menyebabkan bilangan Dato’ Seri Utama, Dato’ Seri dan Dato’ dikurangkan daripada 82 pada tahun 2007 kepada 38 pada tahun 2008;
34. Melarang semua ahli pentadbiran dan ADUN kerajaan daripada membuat permohonan baru untuk tanah kerajaan;
35. Penghargaan dan pengiktirafan kepada para hafiz secara kewangan terhadap penghafal dan pengajar Al-Quran yang berkhidmat di Negeri Pulau Pinang;
36. Peruntukan RM1 juta untuk tujuan Rukun Tetangga yang akan dikenali sebagai Pasukan Rondaan Sukarela (PRS) demi mengawal keselamatan awam dan mempertingkatkan usaha memerangi jenayah;
37. Menjalankan usaha penjimatan kerja kontrak dan pembekalan kerajaan negeri dengn memastikan ia adalah bernilai dengan harga munasabah di mana wang kerajaan sebanyak RM1.62 juta dijimatkan seperti projek pembaikan semula Keretapi Bukit Bendera;
38. Mendapat balik pembayaran denda RM4.2 juta daripada Gamuda Berhad yang gagal mematuhi keperluan kebenaran merancang untuk projek landasan berkembar keretapi sebanyak RM12.485 bilion;
39. Mendapat balik bayaran royalti pasir RM6.6 juta daripada Penang Port Sdn Bhd;
40. Menuntut balik tunggakan cukai pintu bangunan milikan UMNO dan MCA bertahun-tahun sebanyak RM238,632.17; dan
41. Pemberian rebat RM5-RM10 sebulan untuk rumah beribadat sebanyak RM64,000 setahun.

PENTADBIRAN TANAH

1. Ke arah usaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan keputusan dan mengurangkan kerenah birokrasi, kerajaan negeri telah menghapus jawatankuasa yang tidak diperlukan. Berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah, rujukan untuk ulasan jawatankuasa berikut telah dihapuskan:

(a) Jawatankuasa Ad-hoc Tukarsyarat Tanah;
(b) Jawatankuasa Tebatan Air; dan
(c) Jawatankuasa Tanah Bukit

2. Kerajaan negeri telah memberi lebih peluang dan keyakinan kepada pemilik-pemilik tanah untuk mendapatkan tempoh pajakan tanah yang lebih panjang melalui dasar kebenaran untuk menyambung tempoh pajakan tanah industri dan komersil kepada 99 tahun bagi semua jenis tanah dan hakmilik kekal bagi kediaman rumah kos rendah dan sederhana (yang kini hendak dimaklumkan kepada Majlis Tanah Negara);
3. Penubuhan Jawatankuasa bersama-sama ahli-ahli profesional daripada 5 pertubuhan pakar dan profesional bagi memperbaiki dan mempermudahkan prosedur dan proses urusan tanah; dan
4. Kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar mengenai pelupusan tanah-tanah yang strategik yang dibuat melalui proses tender terbuka di manasemua syarikat boleh mengambil bahagian. Langkah ini untuk mengelakkan daripada kecenderungan untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja.

YB PROF. DR P. RAMASAMY
Portfolio : MMK Perancang Ekonomi, Pendidikan, Sumber Manusia dan Sains Teknologi & Inovasi

PERANCANGAN EKONOMI

(i) Melaksanakan penyelidikan ekonomi Negeri Pulau Pinang dari semasa ke semasa.
(ii) Mengumpul maklumat/data sosial, ekonomi dan alam sekitar dan aliran pembangunan ekonomi di Pulau Pinang serta mengelolakan seminar/taklimat bagi pembangunan ekonomi mapan dan seimbang Negeri Pulau Pinang
(iii) Menarik pelajar dan pelabur asing ke negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan pertukaran Ringgit Malaysia
(iv) Melonggarkan syarat pinjaman perniagaan
(v) Dasar-dasar sedia ada telah dikaji dan diperhalusi bagi menambah baik pelaksanaan dan perancangan pembangunan ekonomi negeri. Adalah diharap dengan usaha bersepadu semua pihak agensi akan dapat meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negeri.

PENDIDIKAN

(i) Mewujudkan persepaduan pendidikan antara sektor awam dan sektor swasta
(ii) Mewujudkan dan memperkenalkan peluang pendidikan kepada semua golongan masyarakat, terutamanya dari luar negara.
(iii) Memberi pendedahan pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dari kebudayaan yang pelbagai
(iv) Memberi penumpuan yang lebih kepada pendidikan yang lebih sainstifik dan menaruh minat terhadapnya.
(v) Memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang di negeri Pulau Pinang
(vi) Menaiktarafkan IPTS tempatan kepada taraf universiti
(vii) Dasar-dasar sedia ada telah dikaji dan diperhalusi bagi menambah baik pelaksanaan dan perancangan pembangunan pendidikan negeri, seperti program-program yang telah dijalankan oleh BOLD, iaitu Program Intervensi Pelajar Yang Menghadapi Kesukaran Pembelajaran dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun dengan kerjasama antara Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri.

SUMBER MANUSIA

(i) Penggunaan tenaga kerja secara optima
(ii) Mewujudkan perhubungan yang strategik antara Kerajaan Negeri, majikan dan pekerja
(iii) Meningkatkan kemahiran di kalangan pekerja
(iv) Memperkenalkan teori-teori, idea-idea dan pendedahan baru yang kreatif untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran
(v) Lebih peka kepada perkembangan sains dan teknologi untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran
(vi) Penyediaan penempatan pekerjaan sementara serta latihan dan peluang pernigaan kepada pekerja yang telah diberhentikan, para graduan, belia lepasan sekolah dan penganggur

SAINS & TEKNOLOGI DAN INOVASI

(i) Aktiviti dan program pada masa akan datang perlu lebih sainstifik, kreatif dan inovatif agar penumpuan sains dan teknologi secara menyeluruh di negeri ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya
(ii) Penglibatan daripada syarikat swasta amat perlu dalam usaha meningkatkan kerjasama dan nilai tambah terhadap perancangan program kelak.
(iii) Pendidikan sains di kalangan remaja digalakkan.

YB CHOW KON YEOW
Portfolio : MMK Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas

KERAJAAN TEMPATAN

Kerajaan Tempatan sedang dalam proses mengkaji beberapa dasar supaya dapat mencapai matlamat menyokong usaha pembangunan socio-ekonomi negeri. Antaranya dasar pemasangan struktur komunikasi, dasar papan iklan, dasar dasar rumah burung walit dan dasar penglibatan rakyat dalam proses membuat keputusan.

PENGURUSAN LALULINTAS

Pengurusan Lalulintas sedang dalam proses. Menggubal Pelan Induk Pengangkutan Awam dan penubuhan Majlis Pengangkutan Negeri Pulau Pinang.

YB LIM HOCK SENG
Portfolio : MMK Kerjaraya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom), Pengangkutan (Udara, Laut & Keretapi)

JABATAN KERJA RAYA (JKR)

a) Sentiasa menyelenggara jalan raya yang sediada dan memastikannya ia adalah dalam keadaan baik dan selamat.
b) Sentiasa merancang jalan-jalan baru untuk memberi manfaat kepada orang ramai
c) Sentiasa meneliti dan mengawal cadangan pembinaan infrastruktur oleh pihak swasta supaya ianya memenuhi piawaian dan garis panduan mutu kerja
d) Sentiasa memastikan bahawa pelebaran Jambatan Pulau Pinang I berjalan dengan lancar dan siap pada Ogos 2009 dan juga mengkoordinasi kerja-kerja di Jambatan Pulau Pinang yang kedua.

TENAGA (TNB)

a) Sentiasa memastikan bahawa tenaga adalah mencukupi untuk permintaan dan dengan kadar yang cepat
b) Sentiasa memantau keadaan bekalan dan meminimakan gangguan bekalan dan memperbaiki gangguan bekalan dengan segera sekiranya berlaku

TELEKOM

a) Sentiasa memastikan bahawa talian yang ada sentiasa mencukupi untuk permintaan
b) Memperbaiki gangguan talian dengan segera
c) Sentiasa memastikan pemasangan broadband & wireless untuk internet

AIR (PBA)

a) Sentiasa memastikan kualiti bekalan air adalan dalam tahap yang memuaskan
b) Sentiasa berusaha mencari sumber air mentah
c) Mengurangkan kadar NRW dengan memperbaiki kebocoran air dengan segera dan cepat

LTAB (Lapangan Terbang Antarabangsa)

a) Sentiasa mengkoordinasi dengan MAB tentang keperluan penumpang
b) Sentiasa menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan sekitar lapangan terbang
c) Sentiasa memastikan perkembangan dan kemajuan lapangan terbang

PELABUHAN

a) Sentiasa memantau perkhidmatan feri
b) Mendesak implementasi “catamaran” untuk penumpang yang berjalan kaki
c) Mendalamkan selat North Channel
d) Memastikan kargo dan container sentiasa dikendali

KERETAPI (KTM)

a) Sentiasa memantau keselamatan dan kekerapan jadual keretapi
b) ‘Double track” dapat berjaya dilaksanakan

YB LAW CHOO KIANG
Portfolio : MMK Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir

1. Menubuhkan Majlis Pengguna Air (MPA) & Kumpulan Pengguna Air (KPA) untuk pengurusan air bagi saliran air sawah padi yang lebih berkesan.

2. Perlaksanaan Teknologi EM (Effective Micro organism) dalam pengurusan pencemaran alam sekitar di ladang-ladang ternakan.

3. Meneruskan dan melaksanakan Projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Juru yang telah dihentikan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan peningkatan bekalan makanan yang bermutu.

4. Mengkaji & memaksimumkan penggunaan tanah-tanah di bawah Rentis kabel TNB & tebing sungai untuk tujuan memaksimumkan kegunaan tanah terbiar.

5. Membangunkan tanah-tanah berstatus pertanian milik kerajaan negeri yang mempunyai keluasan yang sesuai dengan bentuk dan jenis pertanian yang lebih nilai di pasaran dengan Jabatan Pertanian Negeri.

6. Menarik pelaburan “Private Finance Initiatives’ dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

7. Melaksanakan pewartaan kawasan tali air bagi memastikan keluasan sawah padi di negeri ini tidak terjejas dan bekalan pengeluaran beras sentiasa mencukupi.

YB PHEE BOON POH
Portfolio : MMK Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

KEBAJIKAN

(I) Dasar Kemiskinan Tegar Sifar
– Saranan kerajaan adalah untuk menangani isu kemiskinan tegar dalam negeri dalam tempoh masa setahun.
– Langkah inisiatif yang dijalankan adalah menjemput syarikat-syarikat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan supaya turut serta sebagai Rakan Anti-Kemiskinan (RAK), atau Partners Against Poverty (PAP) bagi menghapuskan kemiskinan tegar dan melahirkan masyarakat penyayang.

(II) Dasar Skim Penghargaan kepada Wargamas

KESIHATAN

(I) Dasar Penang Smoke Free atau Pulau Pinang Bebas dari Asap Rokok
– Mewujudkan persekitaran yang sihat iaitu bebas daripada asap rokok dalam negeri.
– Menguatkuasakan undang-undang di kawasan larangan merokok, Dewan Undangan Negeri dan kawasan awam yang lain termasuk hospital dan balai polis.

(II) Dasar Cleanliness and Brighter
– Memastikan Kompleks Penjaja dan restoran memenuhi syarat-syarat kebersihan dari segi penyediaan makanan dan persekitaran.

MASYARAKAT PENYAYANG

(I) Dasar kewujudan Jiran Tetangga untuk Keselamatan Masyarakat
– Menggalak semua RT, RA menubuhkan Pasukan Perondaan Sukarela untuk menjaga keselamatan penduduk masing-masing.

(II) Dasar Polis Pelancong

ALAM SEKITAR

(I) Dasar penghijauan
– menanam pokok

(II) Dasar Kesedaran Alam Sekitar
– Memulihkan keadaan Sungai Pinang

YB LYDIA ONG KOK FOOI
Portfolio : MMK Belia dan Sukan, Pemmbangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti

BELIA DAN SUKAN

i. Mengambil pendekatan yang “mesra belia” untuk menggalakkan para belia supaya berani tampil ke hadapan dan membentuk “smart partnership” dengan Kerajaan Negeri bagi menyumbang kepintaran dan bakat.

ii. Menggalakkan pembangunan insan yang menyeluruh bukan sekadar dari segi akademik tetapi juga menerapkan unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan sukan.

iii. Menggalakkan semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum

iv. Menggalakkan kesaksamaan gender.

v. Penyaluran sumber Negeri kepada projek yang membawa faedah secara terus kepada masyarakat terutamanya golongan sasar iaitu belia tanpa pembaziran mengikut falsafah CAT Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

vi. Mengalakkan dan memupuk cara hidup yang lebih sihat (healthy lifestyle living) di kalangan belia, komuniti dan keluarga di Negeri Pulau Pinang.

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN KOMUNITI

i. Membela nasib wanita terutamanya ibu tunggal dan meningkatkan taraf ekonomi wanita supaya setanding dengan wanita Negara Maju

ii. Menggalakkan dan menyokong kaum wanita untuk terus berkerjaya serta mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing

iii. Mewujudkan komuniti yang bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dalam memupuk semangat muhibah antara kaum

iv. Mempertahankan kesaksamaan gender

v. Menambah bilangan wanita sehingga mencapai matlamat 30% penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam agensi Kerajaan dan korporat

YB WONG HONG WAI
Portfolio : MMK Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan

PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

1. Dasar Pembangunan Di Kawasan Pengairan Permatang Damar Laut, Daerah Barat Daya

2. Keperluan Menyediakan Laporan Heritage Impact Assessment (HIA) Bagi Cadangan Pembangunan Dalam Zon Warisan Dunia UNESCO

3. Pindaan Prosidur Permohonan Perlingkungan Semula Majlis Perbandaran Pulau Pinang Kepada Jawatankuasa Perancang Negeri

4. Penyerahan Tapak-Tapak Cadangan Sekolah Oleh Pihak Pemaju Kepada Kerajaan Negeri (Syarat untuk menyediakan Tapak Sekolah Bagi Pemajuan Perumahan melebihi 1250 unit – Perlu disediakan satu klausa dalam Konsesi Perjanjian yang menyatakan supaya tapak tersebut perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri)

5. Perlantikan Calon-Calon Profesional dan Bebas untuk menganggotai Lembaga Rayuan untuk memberikan imej dan kredibiliti terhadap badan ini

PERUMAHAN

1. Penubuhan Jawatankuasa Pelepasan Kuota Bumiputera untuk mempertimbangkan kes-kes projek perumahan yang memohon Sijil Layak Menduduki

2. Penetapan Harga Baru Perumahan Pindaan prosidur penetapan harga baru perumahan di mana Jawatankuasa Harga Baru akan menetapkan harga perumahan bagi projek-projek yang dikemukakan oleh pemaju. Permohonan rayuan pemaju akan dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Negeri

3. Perluasan proses temu duga dalam proses penawaran rumah ke projek penswastaan dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kerajaan Negeri. Melalui kaedah ini, hasrat Kerajaan Negeri pemilihan secara yang telus dan adil akan dapat dibuat berdasarkan maklumat-maklumat yang dibekalkan dan keterangan daripada pemohon melalui proses-proses temu duga ini.

YB LAW HENG KIANG
Portfolio : MMK Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

PELANCONGAN

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggariskan sepuluh (10) teras utama pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan negeri iaitu:

1. Pelancongan Kebudayaan, Warisan dan Bersejarah
2. Dataran Kulinari
3. Pusat MICE (meetings, incentives, conventions & exhibitions)
4. Pelancongan perubatan
5. Pelancongan Pendidikan
6. Eko-pelancongan
7. Pelancongan Sukan
8. Pusat Filem dan Kesenian
9. Syurga Membeli-belah
10. Ibu Pejabat Wilayah bagi MNCs

WARISAN

Setahun selepas George Town menerima penganugerahan sebagai tapak warisan UNESCO tahun lepas, tindakan segera berdasarkan Pelan Pengurusan Pemuliharaan perlu diambil.

Pelan ini merupakan mekanisme untuk tadbir urus and memulihara nilai kawasan yang disenaraikan supaya nilai-nilai “Outstanding Universal Value” tapak ini terpelihara.

Bedasarkan Pelan Pengurusan itu, perkara-perkara berikut akan dilaksanaka:

a. Menubunhkan Jawatankuasa Pemandu Warisan bertujuan untuk memantau perlaksanaan perihal warisan peringkat negeri dan kebangsaan;
b. Mewujudkan Pejabat Warisan Dunia (World Heritage Office) peringkat Negeri Pulau Pinang yang berfungsi sebagai pejabat yang bertanggungjawab untuk mentadbir, mengurus dan memantau pelaksanaan projek dalam kawasan tapak warisan;
c. Menubuhkan “State Heritage Fund” bagi menampung projek-projek dan social berkaitan kawasan tapak warisan;
d. Penubuhna Jabatan Warisan di peringkat Majlis Perbandaran Pulau Pinang bagi tujuan memproses kelulusan pelan-pelan yang melibatkan kawasan warisan kelulusan pelan-pelan yang melibatkan kawasan warisan;
e. Menubuhkan “Technical Review Panel” di peringkat Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai badan penasihat berkaitan reka bentuk dan ciri-ciri banguna warisan.

PENERBANGAN “CHARTERED”

Sejak November 2008, sebanyak sembilan penerbangan “chartered” ditempah khas dari Finland untuk membawa pelancong ke Pulau Pinang. Purata pelancong yang menaiki penerbangan “chartered” adalah seramai 220 orang. Agensi pelancongan tersebut menerima sambutan yang baik dan telah membuat keputusan untuk tujuh lagi penerbangan “chartered” ditempah khas dari Finland untuk membawa pelancong ke Pulau Pinang hujung tahun 2009.

YB ABDUL MALIK ABUL KASSIM
Portfolio : MMK Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama

PERDAGANGAN DALAM NEGERI

1. Membangunkan Perdagangan dan Industri Kecil & Sedehana ke Tahap Global
2. Membangunkan Pulau Pinang sebagai Hub Halal Antarabangsa .
3. Memperkukuhkan dan mempertingkatkan kerjasama IMT-GT .
4. Melaksanakan Promosi Perdagangan dan Industri .
5. Mempertingkatkan Perdagangan seperti ‘Barter Trade” ke tahap yang seterusnya
6. Menjadikan Singapura, Hong Kong dan Dubai sebagai penanda aras bagi pembangunan ekonomi dan perdagangan Pulau Pinang.

PELAKSANAAN DASAR
Dasar-dasar di atas akan dilaksanakan melalui beberapa strategi seperti di bawah:-

1. Membangunkan dan menyediakan prasarana dan infrastruktur.
a. Dalam membangunkan industri halal di Pulau Pinang , kerajaan negeri telah mengenal pasti sebidang tanah seluas 130 ekar di Penang Science Park Bukit Minyak untuk dibangunkan sebagai Kawasan Perindustrian Halal Pulau Pinang Fasa pertama sejumlah 30 ekar sedang dibangunkan dan akan menempatkan syarikat Halagel (M) Sdn Bhd, Pusat Inkubator Halal Negeri dan industri berteknologi tinggi.
Fasa ke-2 sebanyak 100 ekar sedang dalam perancangan awal dan akan dibangunkan sebagai pusat perindustrian bersepadu (integrated) dengan kemudahan logistic dan shared services.
b. Dalam menyediakan usahawan-usahawan untuk menerokai industri halal ini, kerajaan negeri dalam proses perancangan awal dengan pihak PDC untuk mendirikan pusat inkubator Halal di Fasa 1 Kawasan Perindustrian Halal.
c. Kerajaan negeri telah mengenalpasti satu kawasan di Pelabuhan Pulau Pinang untuk dijadikan kawasan logistic halal bagi melengkapkan kemudahan industri halal di Pulau Pinang. Penang Port sedang dalam tahap akhir pelaksanaan untuk mendapatkan piawaian MS1900;2005 dan seterusnya mendapatkan status Halal Port
Perkhidmatan tambah nilai (value added services) seperti pembungkusan semula (re-packaging) dan penjenamaan semula (re-branding) akan ditawarkan untuk menggalakkan pengeluar dan pembekal barangan Halal menggunakan Pulau Pinang dalam rangkaian logistik mereka.
d. Kerajan negeri akan terus menyediakan kilang-kilang siap bina bagi membantu rakyat Pulau Pinang memperkukuhkan perniagaan masing-masing.
e. Satu usaha membina jaringan dengan taman-taman perindustrian halal di seluruh Malaysia dan luar negara akan dimulakan untuk membina rantaian nilai Halal yang boleh dikesan (traceability).

2. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui seminar dan program-program latihan.
a. Dalam mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran para perdagangan dan perniaga, Kerajan negeri telah berkerjasama dengan Dewan-Dewan Perniagaan dan NGOs bagi melaksanakan program-program latihan seperti seminar dan forum-forum.
b. Berkerjasama dengan pihak industri dan pusat latihan dalam menyediakan module latihan dan bimbingan yang bersesuian dengan keperluan industri Halal dan tahap keupayaan tenaga kerja

3. Menyediakan jaringan perniagaan dan perdagangan melalui pameran dan expo perdagangan dan perindustrian
a. Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk menyediakan Program Pameran Perdagangan sepanjang tahun . Program ini akan dimasukkan sebagai “Calendar of Events” untuk setiap tahun mulai tahun 2010. Program ini akan diikuti dengan Sesi Pemadanan Perniagaan, Forum,Seminar dan Klinik-klinik usahawan.

b. Kerajan Pulau Pinang telah mengambil beberapa inisiatif bagi memperkukuhkan dan mempertingkatkan kerjasama IMT-GT. Inisiatif ini sangat penting bagi mempertingkatkan potensi perniagaan Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) di Malaysia, Thailand dan Indonesia menerusi jaringan perdagangan dan pemadanan perniagaan. Beberapa lawatan, dialog dan kunjungan misi perdangangan telah diadakan di antara Pulau Pinang, Acheh,Medan, Songkla, Bangkok dan Selatan Thailand.

Hubungan kerjasama dan perdagangan dua-hala melalui kerajaan atau swasta dengan negara-negara di rantau Asia, Timur Tengah, USA dan EU juga akan diperkuatkan.

c. Perdagangan Barter Trade telah dihidupkan semula bagi memperkukuhkan perdagangan dua-hala ini. Melalui IMT-GT Kerajaan Acheh Utara bersetuju mengendalikan satu perhubungan perdagangan ’Coastal Trade’ melalui sebuah kapal MV Marrisa sebesar 1000 tan metrik untuk perjalanan dari Acheh Utara ke Pulau Pinang. Program ini akan dijalankan tidak lama lagi.

Kerajaan Negeri, melalui agensinya Halal Penang, akan menguatkan jaringan komunikasi dengan agensi-agensi persekutuan yang mempunyai cawangan di seluruh dunia seperti MIDA, MATRADE, Tourism Malaysia etc. sebagai satu saluran mempromosi inisiatif Hab Halal Antrabangsa Pulau Pinang .

HAL EHWAL PENGGUNA

1. Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan Negeri dalam mengawal harga barangan; dan

2. Menjadikan pendidikan dan kesedaran tentang hak pengguna sebagai teras utama dalam menghasilkan pengguna yang bijak serta mewujudkan model pengguna yang bijak disemua peringkat masyarakat.

PELAKSANAAN DASAR

1. Mengesan dan memantau perkembangan semasa yang berkaitan dengan kepenggunan (harga barang, perkhidmatan dan sebagainya) dan menjalankan penguatkuasaan terhadap kenaikan harga barangan.

2. Melaksanakan program / aktiviti kesedaran kepenggunaan dengan memperkasakan Program Pemantau Pengguna Negeri Pulau Pinang;

3. Memupuk dan mewujudkan jalinan kerjasama yang bersepadu antara jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dengan badan lain seperti NGO, pihak swasta (pengusaha, usahawan, pengeluar) dan masyarakat; dan

Membincang dan menganalisa isu dan masalah pengguna yang berhubung kait atau mempunyai implikasi terhadap pengguna.

AGAMA

1. Dasar dan Pembangunan
Tema : Ke arah melahirkan generasi Al-Quran

a. Menubuhkan Majlis Musawwarah
i. Dianggotai oleh cerdik pandai, ulama`-ulama`, badan-badan NGO dan individu-individu yang berminat dan mampu memberi pandangan bagi menambah baik pentadbiran Agama Islam di Pulau Pinang.
ii. Majlis ini akan mengadakan mesyuarat dan percambahan minda sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
iii. Majlis ini berfungsi sebagai penasihat dan pengkritik kepada pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
iv. Merancang dan menjalankan beberapa aktiviti yang di luluskan oleh Exco Agama.
v. Berfungsi untuk merapatkan hubungan antara badan-badan kerajaan, badan-badan NGO dan Masyarakat.

b. Memperkasakan Institusi Masjid dan surau
i. Menjadikan masjid berfungsi dengan lebih efisien seperti di zaman Rasullah dan Ambia`.
ii. Mengkaji dan memperkemaskan kaedah perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid dan surau. Ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang AJK perlu di kaji semula dan di tambah – JAIPP di amanahkan untuk membuat kajian terperinci.
iii. Menaik taraf surau-surau di tempat awam seperti di pusat membeli belah dan hotel-hotel.
iv. Menubuhkan satu pasukan yang akan bergerak dari satu masjid ke satu masjid untuk memberi khutbah dan menjalankan aktiviti pada hari Jumaat yang di kenali sebagai ‘Khutbah Litar’.

c. Memperkasakan badan Penguatkuasaan JAIPP
i. Kemudahan dan peralatan untuk penguatkusaan tidak mencukupi seperti kenderaan, lokap JAIPP dan kemudahan hotline penguatkuasa.
ii. Kekurangan penguatkuasa jabatan yang membataskan aktiviti penguatkuasaan.

d. Memperkasakan Pentadbiran JAIPP
i. Suasana pejabat yang kurang sesuai untuk pentadbiran.- kajian akan di lakukan oleh pihak JAIPP

e. Memperkasakan Bahagian Pendakwaan
i. Tidak mempunyai peralatan pejabat yang mencukupi seperti komputer dan juga bilik kebal untuk menyimpan dokumen rasmi.

f. Memperkaskan pendidikan Islam
i. Memperkasakan Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan pusat-pusat pengajian islam.
ii. Mewujudkan jawatankuasa bagi memantau, merancang dan memelihara Sek Agama Raktar(SAR) dan para Huffaz.

g. Memperkasakan Dakwah Islamiah
i. Memperjelaskan isu-isu semasa kepada umat islam dengan tepat dan berkesan.
ii. Meningkatkan cara atau skill para pendakwah dalam menjalankan aktiviti dakwah.
iii. Berkerjasama dengan NGO-NGO Islam Pulau Pinang bagi menjalankan aktiviti menyampaikan dakwah di pulau pinang
iv. Menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji, merancang dan membentes gejala sosial di kalangan remaja sekolah di Pulau Pinang .
v. Melatih para belia dan Mahasiswa untuk terlibat dalam dakwah melalui latihan dan pendidikan di lapangan.

2. Cadangan Program-program
a. Wacana Isu Semasa dan penerangan kepada umat Islam– Setiap Bulan
i. Akidah
ii. Ibadah
iii. Sosial
iv. Dan lain-lain
b. Bulan penghayatan Islam
c. Sambutan Ramadhan Al-mubarak – 1 bulan

Leave a Comment