Dato Supiah Bt Md. Yusof Akan Menjalankan Siasatan Dan Memberikan Laporan Bebas Tentang Skendal Kehilangan RM 223.7 Juta Rizab MPSP.

Kenyataan Di Persidangan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Ibupejabat MPSP Di Bandar PERDA Pada 1.12.2008:

Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Supiah Bt. Md. Yusof dilantik oleh EXCO Negeri Pulau Pinang untuk menyandang Pemangku Yang di Pertua MPSP semasa En. Farizan bin Darus bercuti sehingga 31 Disember 2008. Saya datang bersama dengan Ahli EXCO untuk Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow untuk menyaksikan upacara angkat sumpah Dato’ Supiah, yang akan diminta menjalankan siasatan bebas tentang pengurusan kewangan MPSP yang menyebabkan skendal kehilangan rizab MPSP sebanyak RM 223.7 juta dalam tempoh masa 9 tahun.

Daripada lebihan Kumpulan Wang Baki sebanyak RM 230.1 juta pada 1.1.2000 dan tinggal hanya RM 6.4 juta pada 31.12.2008, di antara faktor utama kehilangan RM 223.7 juta dalam tempoh masa 9 tahun adalah seperti berikut:-
• Peruntukan kawasan sebanyak RM 50.3 juta kepada ADUN BN di Seberang Perai dan RM 8.6 juta kepada ahli-ahli MPSP menjadi keseluruhannya RM 59 juta wang MPSP digunakan sebagai politik wang;
• Terus membina Ibupejabat MPSP sebanyak RM 84.3 juta di Bandar Perda tanpa tender terbuka kepada Syarikat Aseania Development Sdn. Bhd(ADSB) sungguhpun pilihan lebih murah wujud bila kerajaan negeri memperuntukkan sebidang tanah seluas 30 ekar di Ampang Jajar; dan
• Penyelenggaraan sistem hawa dingin dengan kos mahal kepada Aseania Linear District Cooling System Sdn. Bhd.

Siasatan bebas yang akan dijalankan oleh Dato’ Supiah akan dilaporkan kepada kerajaan negeri. Laporan kedudukan kewangan MPSP seperti berikut:-

“Bajet MPSP bagi tahun 2008 telah diluluskan dengan defisit sebanyak RM19.54 juta. Bagi tahun 2008 anggaran pendapatan adalah sebanyak RM148 juta manakala anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM167.55 juta. Kedudukan kewangan MPSP sehingga 13 November 2008 adalah seperti berikut :

Pendapatan RM130.20 juta
Perbelanjaan RM118.87 juta
——————–
Lebihan RM 11.33 juta
——————–

Walaupun terdapat lebihan sebanyak RM11.33 juta, namun terdapat beberapa lagi tanggungan yang perlu dijelaskan oleh MPSP sehingga hujung tahun 2008 antaranya ialah emolumen kakitangan sebanyak RM9.85 juta, bayaran kontrak PPS & KPA sebanyak RM13.7 juta, tipping fees sebanyak RM6 juta, transfer station sebanyak RM6.2 juta, lain-lain pemiutang MPSP sebanyak RM16.11 juta dan bayaran utiliti sebanyak RM1.89 juta. Keseluruhannya, tanggungan MPSP sehingga Disember 2008 adalah berjumlah RM 53.77 juta. Kenaikan kos bahanapi, tarif elektrik serta kos emolumen juga telah menyumbang kepada peningkatan kos operasi MPSP secara relatifnya.

Kedudukan tunai MPSP sehingga 13 November 2008 adalah sebanyak RM10.06 juta. Bagi memastikan MPSP dapat menampung tanggungan perbelanjaan sehingga hujung tahun 2008, selain daripada langkah memohon bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri, MPSP juga telah melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat dalam pentadbirannya sejak tahun 2007 lagi. Antara langkah-langkah yang telah diambil dan dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan MPSP ialah :

1. Mempergiatkan usaha untuk memungut tunggakan cukai taksiran. Untuk setengah tahun pertama sejumlah 4,090 waran tahanan telah dikeluarkan dan MPSP mensasarkan sejumlah 4,500 waran akan dikeluarkan bagi setengah tahun kedua bermula November ini. Jawatankuasa Pemantauan Tunggakan Hasil juga telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut.

2. Meningkatkan penguatkuasaan kepada binaan/tambahan bangunan haram bagi meningkatkan hasil cukai. Jawatankuasa Pemantauan Kilang-kilang Tanpa Kebenaran/Lesen telah diwujudkan untuk tujuan ini.

3. Kursus kepada kakitangan dibuat di peringkat dalaman sahaja dan menggunakan kemudahan MPSP yang ada. Perjalanan pegawai-pegawai melalui kapalterbang dihadkan kepada kelas ekonomi sahaja.

4. Melantik panel peguam bagi membawa kes-kes pemilik tegar yang gagal menjelaskan tunggakan cukai kadaran ke mahkamah.

5. Bahagian Letak Kereta ditubuhkan bagi memastikan penguatkuasaan yang lebih berkesan dan berterusan supaya MPSP mendapat hasil yang sewajarnya dan hasil kutipan meningkat dari semasa ke semasa. Usaha-usaha penguatkuasaan ke atas petak-petak yang disalah guna sebagai petak khas akan disegerakan.

6. Memohon peruntukan pembangunan dan infrastruktur daripada Kerajaan Persekutuan.

7. Mensyaratkan supaya cukai kadaran dibayar terlebih dahulu dalam berurusan dengan MPSP.

8. mengawal kos pentadbiran dan operasi seperti penjimatan penggunaan elektrik, kertas dan iklan-iklan MPSP dipaparkan melalui laman web bagi mengurangkan kos pengiklanan melalui media cetak.

Bajet MPSP untuk tahun 2009 yang diluluskan oleh Majlis Penuh pada 31 Oktober 2008 secara ringkasnya adalah seperti berikut :

Pendapatan RM145.15 juta
Perbelanjaan RM160.62 juta
——————–
Defisit (RM 15.47 juta)
——————–

MPSP bagi Bajet 2009 tidak memperuntukkan wang untuk perbelanjaan pembangunan. Ia akan dipohon daripada Kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah yang dinyatakan akan diteruskan malah akan dikemaskan lagi mulai akhir tahun ini bagi menjamin pertambahan pendapatan.”

Dengan defisit 2009 sebanyak RM 15.5 juta, ia akan menyusahkan prestasi kewangan MPSP yang telah susut pada 1.1.2000 sebanyak RM 230.1 juta kepada RM 6.5 juta pada akhir tahun 2008 seperti berikut:-

4 thoughts on “Dato Supiah Bt Md. Yusof Akan Menjalankan Siasatan Dan Memberikan Laporan Bebas Tentang Skendal Kehilangan RM 223.7 Juta Rizab MPSP.”

  1. YAB Lim,

    Amat gembira apabila membaca rencana di atas, kerana is mengulaskan masalah dan cara mengatasi dengan jelas. “Well done”

    Saya dengan secara hati terbuka semoga laporan bebas yang akan dijalankan oleh Dato Supiah mendapat jawapan yang jelas & telus.

    1. Peruntukan RM 50.3juta kepada ADUN BN, bagaimana mereka membelanjanya? Walaupun wang tersebut diperuntukan khas untuk mereka, mereka perlu menjelaskan apa yang dibelanjakan? Mengapa kepda ADUN BN sahaja? Ada sebarang dokumen untuk menyokong perbelanjaan mereka? Penjelasan yang munasabah untuk perbelanjaan RM 8.6juta untuk ahli-ahli MPSP juga wajib.

    2. Sebuah pejabat yang bernilai RM 84.3juta boleh dikatakan pejabat yang bertaraf tinggi, apakah keistimewa pejabat tersebut? Sedangkan dibina dengan harga tersebut. Jika sekarang menjemput “valuer” mentaksifkan, berapakah nilai bangunan tersebut?

    3. Semua kebocoran dari segi pentabiran perlu dipertimbangkan dan diperbaikan dan bukan sahaja kepada “Penyelenggaraan sistem hawa dingin dengan kos mahal”.

    4. Mempergiatkan usaha untuk memungut tunggakan cukai taksiran, memrupakan satu sifat yang baik. Saya berasa pelik, jika cukai taksiran dapat memungut dengan cepat, waran tahanan sepatutnya dikurangkan akan tetapi MPSP berhasrat menambahnya. Dengan menubuhkan “Jawatankuasa Pemantauan Tunggakan Hasil”, jawatan kuasa seharusnya mendidik kepada penduduk-penduduk dan ahli perniagan, supaya mereka faham kepada cukai hasil yang perlu mereka bayar, cara ini mesti lebih baik daripada memgeluarkan waran tahanan. Jikalau YDP sendiri boleh kunjungi penduduk atau perniaga di sekitar kawasan tersebut, mestinya punggutan cukai hasil akan lebih berkesan. Selain itu, MPSP juga perlu mendengar kepada “feedback” mereka, dari segi mana MPSP boleh pembaikan.

    5. Meningkatkan penguatkuasaan kepada binaan/tambahan bangunan haram bagi meningkatkan hasil cukai dan memdirikan “Jawatankuasa Pemantauan Kilang-kilang Tanpa Kebenaran/Lesen”. Kita harus faham, mengapa mereka enggan mendapatkan lesen? Adakah urusan di MPSP adalah leceh dan tidak berkesan? Atau mereka memohon lesen tetapi MPSP enggan menluluskan? Pada pandangan saya, mesti memberikan peluang untuk mereka. Jika kilang-kilang mematuhi syarat yang ditetapkan, MPSP mesti menluluskan dan ini dapat meningkat cukai hasil MPSP, pandangkan kilang-kilang tersebut perlu membayarkan cukai hasil setiap tahun.

    Walaupun bajet 2009 dalam keadaan defisit, MPSP perlu menjalankan tugas yang sepatutnya dengan kesan dan tidak seharusnya menggunakan alasan ini menjadikan MPSP memberikan kualiti kerja yang buruk.

  2. hi yab lim, i’m a malay from sarawak. i just want to say that you have done a splendid job as cm of penang so far. keep up the good work. don’t worry about what those umno rats say about you in the press. i wish we sarawakians have a cm like you.

  3. Hi YAB, You’ve done a good job! Keep it up! Make Penang shine and a better place to stay………. Make Penang A Tourist & Investment state of choice!!

  4. Mr Y.B,
    Komen ini mungkin tak kena mengena dengan kes MPsp, tetapi ada ruang untuk kerajaan Penang boleh menjimatkan banyak wang perbelanjaan Mengurus ke atas Jabatan-Jabatan negeri yang terlebih ambil pekerja.
    Jika Y.B buat ‘sport-check’,dengan izin, ke atas jabatan-jabatan yang ramai kaki tangannya, boleh dilihat hampir 30% dan lebih kaki tangan yang dilantik sejak sekian lama (sejak era BN) adalah secara kontrak, yang dilantik secara bersambungan dari setahun ke setahun tanpa dibuat pengumuman tentang kekosongan secara beriklan untuk makluman orang lain.
    Hampir 95% dari pekerja kontrak ini diambil kerana ada hubungan dengan kakitangan TETAP yang lain di jabatan yang sama. Ada yang diambil semata-mata kerana boleh mewakili Jabatan dalam sukan sahaja, kerja hanya kadang-kadang.
    Kontrak disambung dengan sesuka hati oleh ketua jabatan sampai ada pekerja kontrak yang telah bekerja hingga lebih 10 tahun, sedangkan orang [email protected] ada kroni dalaman, terpaksa memohon melalui JPA.
    Tak adil bagi rakyat!
    Bila kontrak disambung pula dapat kenaikan gaji seperti pekerja tetap! Sepatutnya tak boleh!
    Ada yang sampai telah dua kali bersalin semasa dalam perkhidmatan pekerja kontrak, cuti bersalin pun bergaji penuh!!,
    Ada tempoh maksimum bagi penyambungan kontrak, dan gaji tak boleh diberi kenaikan setiap kali kontrak disambung dari setahun ke setahun.
    SUK sendiri banyak pekerja kontrak(untuk main sukan), selain JKN.
    JPS ambil banyak pekerja kontrak tetapi kerja-kerja luar diberi kepada kontraktor pulak! Mengapa??
    Seorang pekerja kontrak sekurang-kurangnya menerima gaji RM1,200.00 sebulan! Kalu seratus orang!, sebulan perbelanjaan untuk bayaran gaji termasuk caruman KWSP dah berapa?…
    Boleh duit ini dibelanja untuk hal-hal lain! Perjawatan untuk setiap jabatan dah mencukupi! dengan pekerja tetap, tetapi ditambah atau disimpan pekerja-pekerja kontrak untuk jangka masa yang agak lama, dengan kenaikan gaji setiap tahun, kerana hanya untuk boleh main sukan yang hanya 1% dalam sumbangan kepada Kerajaan!
    Tolong la semak semula pekerja kontrak, buat pengambilan semula untuk semua kekosongan,dengan gaji permulaan mengikut SKALA GAJI PEKERJA SAMBILAN! Iaitu gaji dibayar untuk hari-hari bekerja sahaja! Adil bagi pekerja tetap yang susah payah memohon melalui JPA, dan tak dapat cuti tanpa rekod yang dikurniakan kepada pekerja-pekerja kontrak yang boleh ambil setiap kali pergi menyertai mana-mana pertandingan sukan, termasuk sukan yang bukan antara jabatan kerajaan! (gaji dibayar pulak tu) Siapa yang rugi??
    Jiak dibayar gaji SAMBILAN, mereka akan kurangkan penglibatan dalam sukan di mana mereka meninggalkan pejabat tanpa dibayar gaji! Kerajaan tak rugi.
    Siasat juga ada pekerja kontrak yang bukan berasal dari Penang! Sepatutnya kita bagi peluang kepada anak negeri kita sendiri, baru lah UNDI mereka berguna!
    Yang datang dari negeri-negeri lain tentunya mulakan kerja kontrak kerana kronisme!
    Dalam situasi ekonomi sekarang yang mana banyak orang dibuang kerja, lebih baik tindakan segera diambil! Tamatkan khidmat pekerja kontrak yang telah berakar umbi sejak sekian lama, buka iklan di media massa, tawarkan HANYA GAJI SAMBILAN, bagus untuk menerima lebih kepercayaan dari rakyat negeri ini, bagus untuk pemerintahan Y.B sendiri!
    Ini juga win & win situation! Boleh tolong rakyat sendiri dan Kerajaan dapat menjimatkan ratusan ribu ringgit sebulan!
    Sedar tak Y.B bahawa pekerja kontrak perlu dibayar ganjaran kontrak apabila kontrak mereka tamat stiap tahun!? Bersamaan dengan sebulan gaji! Bonus pun mereka dapat! Lagi untung berbanding pekerja tetap!
    Mereka juga boleh memohon untuk ditukarkan ke mana-mana tempat dalam negeri, setaraf dengan pekerja tetap! Jumlah mereka yang banyak ini menggagu peluang pekerja-pekerja tetap untuk mengisi kekosongan yang mana keistimewaan ini hanya layak kepada pekerja tetap sahaja!
    Ada juga pekerja-pekerja kontrak yang diberi tempat tinggal secara percuma di premis milik jabatan terbabait! Contoh Tapak Pesta! Pekerja kontrak di situ dapat tempat tinggal percuma tetapi elaun perumahan dibayar penuh kepada mereka! Kerajaan yang rugi, elaun dibayar!, sewa tak dapat! Tempat sebegini tak perlukan banyak pekerja dan penyelia! hanya sibuk semasa Pesta sahaja! Selain dari waktu itu pejabat utama boleh mengurus tempat tersebut! Juga tapak ekspo di Seberang Jaya! Gaji yang dibayar agak banyak! Tolong siasat segera! Jika tak diambil tindakan tegas, banyak duit dibazirkan ke atas pekerja-pekerja yang hanya ada kepentingan lain kepada jabatan tersebut! Kerajaan negeri yang rugi banyak duit/membazirkan duit kerajaan!
    Banyak lagi perkara-perkara tak betul berlaku dalam pentadbiran sekarang! Harap Y.B dapat ambil masa untuk ambil tahu tentang hal-hal dalaman jabatan yang salah dan membazir! Terbaru ada interview pekerja kontrak baru di JKN, tetapi tiada iklan disiarkan di mana-mana! Ini salah dengan perintah am bagi kerja kosong yang ada di jabatan-jabatan. Mungkin sudah ada kroni-kroni yang sudah dipilih untuk mengisi jawatn tersebut!? Mungkin!!..SEKIAN
    Terima kasih,

Leave a Comment