Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pada pagi ini menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato’ Haji Mohd Hamdan bin Abd Rahman, ADUN Permatang Pasir yang kembali ke rahmahtullah pada pagi tadi jam 6.10 di Institut Jantung Negara
Ahli Exco Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pada pagi ini yang dipengerusikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato’ Haji Mohd Hamdan bin Abd Rahman yang telah kembali ke rahmahtullah pada jam 6.10 pagi ini di Institut Jantung Negara.
Kerajaan Negeri juga bersimpati dengan ahli-ahli keluarga beliau dan akan membantu menguruskan urusan pengebumian jenazah beliau.


