BAYARAN WANG EHSAN BAGI KEJADIAN BANJIR 2017 DI NEGERI PULAU PINANG(m/c)

PSUKPP/21/0353/46 (72)
9 April, 2018

YB Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Tingkat 36, Menara Dato’ Onn
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
41, Jalan Tun Ismail,
50480, KUALA LUMPUR

Yang Berhormat Dato’ Seri,

BAYARAN WANG EHSAN BAGI KEJADIAN BANJIR 2017 DI NEGERI PULAU PINANG

Adalah saya merujuk kepada perkara tersebut di atas berkaitan kelulusan Kerajaan Persekutuan untuk membayar RM250 kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Pulau Pinang untuk bencana angin ribut dan banjir paling buruk dalam sejarah Pulau Pinang yang berlaku pada tahun 2017.

2. Kerajaan Negeri difahamkan seramai 22,534 Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima bayaran RM250 daripada Kerajaan Persekutuan. Jumlah penerima tersebut didapati berbeza dari jumlah yang telah disahkan oleh Kerajaan Negeri sebagai mereka yang telah dipindah dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir akibat banjir berkenaan dan jumlah tersebut adalah seramai 3,085 KIR. Malah berdasarkan bayaran yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir pula, seramai 55,353 KIR telah dibayar RM700 oleh Kerajaan Negeri pada Disember 2017.

3. Memandangkan terdapat perbezaan ketara bagi jumlah penerima bantuan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu 22,534 KIR berbanding dengan jumlah yang telah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri kepada NADMA Malaysia pada 20 November 2017 iaitu 3,085 KIR serta bayaran oleh Kerajaan Negeri kepada 55,353 KIR, sukacita sekiranya Kerajaan Negeri dimaklumkan mengenai asas pemilihan 22,534 KIR untuk dibayar RM250 bagi bantuan bayaran berkenaan. Sekiranya terdapat lebih daripada 3,085 KIR yang layak untuk menerima bantuan banjir sebanyak RM250 sehingga 22,534 KIR, mengapa tidak kesemuanya 55,353 KIR yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?

4. Penjelasan tersebut diperlukan oleh Kerajaan Negeri kerana terdapat perbezaan yang begitu ketara terhadap bilangan penerima bantuan berkenaan. Malah Kerajaan Negeri juga berharap agar kadar bantuan tersebut dapat dinaikkan selaras dengan bantuan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri iaitu sekurang-kurangnya kepada RM500. Adalah tidak adil apabila mangsa-mangsa banjir di negeri lain boleh mendapat bayaran bantuan RM500 setiap mangsa tetapi mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang tidak mendapat bayaran bantuan RM500 tersebut. Adalah perlu agar janji Yang Berhormat Dato’ Seri untuk mempertimbangkan bantuan RM500 kepada setiap mangsa banjir dapat dipenuhi.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

    (LIM GUAN ENG)

    Ketua Menteri Pulau Pinang
    PSUKPP/21/0353/46 (72)
    2018年 4月 9日
    拿督斯里沙希淡
    首相署部长

    YB Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

    Tingkat 36, Menara Dato’ Onn

    Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

    41, Jalan Tun Ismail,

    50480, KUALA LUMPUR

    [No. Faks : 03-2691 3019]

    尊敬的拿督斯里,

    槟州2017年水灾的援助金

    有关联邦政府发放250令吉予经历2017年槟州史上最严重之水灾风灾的受灾户事項。

    2. 据 州 政 府 了 解 ,一 共有2万 2534户 家 庭 将 从 联邦政 府处 获 得 250 令 吉 的 援助金。此受惠户数与州政府的数据有所差别,根据数据,搬迁到救灾中心的受灾户为3085户人家,而州政府所发放的援助金,则有5万5353户人家受惠,每户获得州政府在2017年12月拨出的700令吉援助金。

    3. 联邦政府一共批准了2万 2534户家庭获得援助金,而州政府在2017年11月20日提供予国家天灾管理机构的数据却是 3085户人家,这存有明显的差异。另,州政府一共发放了援助金予5万5353户人家。州政府欲知道有关2万2534户家庭受惠250令吉的遴选基准。若是超过3085户人家有资格领取250令吉的援助金,且人数多至2万2千534户人家,为何不将数额扩大至5万5千353户人家?那是州政府批准的受益家庭的数额。

    4. 因受益者的人数相差很大,州政府需要得到有关解释。州政府也希望有关援助金可以增加到至少500令吉或是和州政府的数额一样。其他州的水灾灾黎获得500令吉的援助金,而槟州的灾黎没有拿到同样的数额, 这是不公平的待遇。希望尊敬的拿督斯里会对发放500令吉的援助金于每位灾黎做出考虑。

    谢谢

    林冠英

    槟州首席部长