Kami Sayang Pulau Pinang

KENYATAAN SIDANG AKHBAR YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG DI KOMTAR, GEORGE TOWN PADA 9 APRIL 2018

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada tengah hari ini telah mengadakan mesyuarat terakhirnya buat kali yang ke-215 sejak 5 Mei 2013. Sepanjang lima (5) tahun menerajui Negeri Pulau Pinang sejak memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 pada 5 Mei 2013, semua Ahli EXCO termasuk saya, serta barisan Ex-Officio yakni YB Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Pegawai Kewangan Negeri dan YB Penasihat Undang-undang Negeri; ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakyat Pulau Pinang, kerana memberikan kami peluang untuk memimpin Pulau Pinang dan berkhidmat untuk rakyat.

2. Kami sayang Pulau Pinang dan bersama-sama rakyat negeri ini, kami telah mencatatkan 13 rekod unik dalam Dewan Undangan Negeri Ke-13 seperti berikut:

i. Negeri berintegriti dan bersih dengan pengisytiharaan aset oleh ahli pentadbiran negeri yang dicerminkan melalui lebihan Belanjawan tahunan setiap tahun, di mana “keuntungan terkumpul” bagi sepuluh (10) tahun berturut-turut adalah sebanyak RM719.3 juta, jauh melebihi prestasi 50 tahun di bawah pemerintahan Kerajaan lama iaitu sebanyak RM373 juta.

ii. Pengurangan hutang Kerajaan Negeri sebanyak 90% dan merupakan negeri yang mempunyai jumlah hutang yang terendah di Malaysia iaitu sebanyak RM62.06 juta pada 2017.

iii. Berjaya menjadikan Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai negeri terkotor di Malaysia atau ‘Pulau Pinang Darul Sampah’, kepada antara bandaraya yang paling bersih di antara negara-negara ASEAN.

iv. Satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak pernah mengenakan catuan air, dan kami memberikan jaminan tidak akan berlaku catuan air untuk sepuluh (10) tahun akan datang. Pada masa yang sama, rakyat Pulau Pinang juga dapat menikmati kadar tarif domestik air terendah di Malaysia dengan kadar bayaran 32 sen setiap 1,000 liter untuk 35,000 liter pertama, berbanding dengan kadar yang dikenakan di Negeri Johor iaitu RM1.32 bagi jumlah yang sama.

v. Satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak pernah menebang hutan simpan kekal walaupun seinci dalam tempoh sepuluh (10) tahun ini, berbanding dengan negeri-negeri lain yang telah menebang 544,011 hektar hutan simpan kekal mereka.

vi. Negeri Berkebajikan dengan pemberian wang tunai melalui pelbagai program rakyat dengan perbelanjaan melebihi RM412.6 juta dan juga menghapuskan miskin tegar.

vii. Negeri Keusahawanan dengan jumlah pelaburan meningkat 90%, pertambahan penerbangan baru dan penerbangan terus daripada Doha, Hanoi, Ho Chi Minh dan Hainan, telah mendorong bilangan pelancong meningkat kepada lebih 100% berbanding Kerajaan lama.0

viii. Pulau Pinang mencatatkan kadar kitar semula tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 38% berbanding dengan kadar kitar semula negara iaitu sebanyak 22%.

ix. Pulau Pinang adalah di antara negeri yang paling selamat di Malaysia dengan pemasangan hampir 1,000 buah CCTV di seluruh negeri.

x. Memberikan peruntukan tahunan untuk sekolah-sekolah agama dan ibunda, serta memperluaskan pendidikan STEM dan juga Revolusi Industri 4.0, termasuk pembinaan Perpustakaan Digital yang pertama di Malaysia di kawasan Pulau dan Seberang Perai.

xi. Berjaya mentransformasikan projek yang gagal di bawah pentadbiran lama seperti Bukit Bendera, Pusat Konvensyen SPICE, pemulihan projek perumahan terbengkalai Taman Majestic dan bangunan KOMTAR kepada projek berjaya.

xii. Membina 25,555 buah rumah kos rendah (RM42,000) dan rumah kos sederhana rendah (RM72,500) iaitu lima (5) kali ganda lebih banyak daripada jumlah 5,154 buah rumah yang dibina oleh Kerajaan lama.

xiii. Memartabatkan Islam dengan meningkatkan peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak 84% serta peruntukan kepada agama-agama lain dengan mengiktiraf statusnya.

3. Kami percaya bahawa masih terdapat banyak lagi urusan serta kerja yang menanti untuk disempurnakan. Akan tetapi, telah tiba masanya untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat semula. Ekoran daripada pembubaran Parlimen oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada Sabtu lepas, kami menghormati Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan prinsip demokrasi, dengan menyerahkan balik kepada rakyat Pulau Pinang untuk menentukan sama ada mahu memilih kami semula sebagai Kerajaan Negeri ataupun parti lain sebagai Kerajaan baru. Kami akan akur dan menghormati apa jua keputusan rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-14 yang bersih.

4. YAB Perdana Menteri telah membubarkan Parlimen pada 7 April 2018 dan beliau telah mengutuskan surat kepada saya untuk meminta pembubaran Dewan Undangan Negeri dijalankan supaya pilihanraya umum untuk Parlimen dan Negeri boleh dijalankan serentak.

5. Bagi menyahut saranan YAB Perdana Menteri tersebut, pada pagi ini saya telah menghadap Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas di Seri Mutiara berkaitan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Saya bersyukur Tuan Yang Terutama Tun telah memberikan perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri yang akan berkuatkuasa pada 10 April 2018.

6. Saya telah membuat syor yang serupa kepada Mesyuarat EXCO sebentar tadi, yang mana telahpun meluluskannya sebulat suara. Surat pembubaran akan dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang oleh
YB Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri pada hari ini untuk pembubaran hari esok.

LIM GUAN ENG

槟州首席部长林冠英于2018年4月9日在乔治市光大发表声明:

我爱槟城

槟州行政议会在今早进行了2013年5月5日来的第215次会议,这也是本届最后一次的行政会议。全体行政议员包括本人、州秘书、州财政及州法律顾问在此向槟州人民致以万二分的谢意,因为让我们在2013年5月5日的第十三届全国大选中胜出,有机会在这五年里领导槟州,服务人民。

2. 我们深爱槟城以及这片土地上的人民。在第十三届州议会之中,我们共创下了13项纪录:-

i. 我们致力打造一个清廉州属,推行州行政人员申报财产,州财政预算案每年也都有盈余,10年下来一共累积了7亿1930万令吉,相较前朝治理50年,仅有3亿7300万令吉。凡此种种,反映了槟州的廉明。

ii. 槟政府减少了90%的债务,2017年槟州的债务为全国最低,共6206万令吉。

iii. 成功将槟城从“全国最脏”的州属转型至东盟最干净的城市。

iv. 成为全国唯一没有实行配水的州属,并保证未来10年也不会配水。同时,槟城享有全国最低水费,首3万5000公升,每1000公升仅计价32仙,在柔佛则是1令吉32仙。

v. 过去10年来,州内的森林保留地寸土不减,是全国唯一没有破坏森林保留地的州属。相较其他州属,一共开发了54万4011公顷的森林保留地。

vi. 晋升成为福利州,在相关福利方面总共支出了超过4亿1260万令吉,同时也消除了赤贫。

vii. 作为企业州,我们的投资额增长了90%,新航线如多哈、河内、胡志明市和海南,推动了旅游业,带来的游客和过去比较,足足增高超过100%。

viii. 槟州再循环率为全马最高,达38%,而全国仅有22%。

ix. 全马最安全的州属,州内一共安装了近1000台闭路电视监控系统。

x. 每年拨款予宗教学校、各源流学校,同时扩大科学、技术、工程、数学(STEM)教育应对工业4.0,亦在槟岛及威省打造全国第一的数码图书馆。

xi. 将前朝治理下垂死的计划成功改造,诸如升旗山、SPICE国际会展中心、大华高原房屋计划以及光大。

xii. 一共兴建了2万5555所廉价屋(4万2000令吉)及中廉价屋(7万2500令吉),这数字是前朝政府兴建5154单位的5倍。

xiii. 巩固伊斯兰地位,提高伊斯兰事务的拨款达84%,同时也公开拨款予其他宗教事务。

3. 我们自知还有许多工作尚未完成,但现在已来到将权力归还给人民的时候。随着首相宣布星期六解散国会后,吾等尊重槟州宪法以及民主原则,将权力重新交还予人民,由广大的人民决定是否让我们再次成为槟城政府,或由其他政党来组织新政府。在公正干净的选举中,我们尊重人民的任何决定。

4. 首相已在上星期六解散国会,他亦致函要求我解散州议会,以便国会与州议会能够同步举行选举。

5. 回应首相的要求,今早我已到珍珠官邸觐见州元首敦阿都拉曼阿巴斯,以寻求解散州议会。感激州元首点头同意于2018年4月10日解散槟州州议会。

6. 我也已经在刚才举行的州行政议会中提出解散州议会,并获得一致的同意。州秘书将会在今日把有关明天解散州议会的函件送往议长处。

https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

林冠英