PELANCARAN PENDAFTARAN BANTUAN KECEMASAN (RM700 ONE-OFF) (m/c)

PELANCARAN PENDAFTARAN BANTUAN KECEMASAN (RM700 ONE-OFF) BAGI BENCANA BANJIR DAN RIBUT PADA 4 DAN 5 NOVEMBER 2017
OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Kerajaan Negeri telah mengumumkan program “Pulau Pinang Bangkit” yang melibatkan peruntukan RM105 juta dalam membantu pemulihan dan pembinaan semula kehidupan rakyat pasca bencana angin ribut kencang dan banjir terburuk dalam sejarah Negeri Pulau Pinang dalam tempoh 30 tahun ini. Tiga (3) cabaran terbesar yang dihadapi adalah kerja pembersihan; kerja membaik pulih harta dan aset; dan menggantikan apa-apa yang tidak boleh dibaiki.

Di bawah Program “Pulau Pinang Bangkit”, Kerajaan Negeri akan membelanjakan RM50 juta untuk membayar wang ihsan sebanyak RM500 secara one-off kepada setiap isi rumah baik kediaman mahupun perniagaan yang terlibat dengan banjir. Dijangka 100,000 penerima akan mendapat RM500 ini. Setiap isi keluarga atau perniagaan hanya boleh membuat permohonan sekali sahaja untuk kerugian hartanah mereka.

Saya ingin mengumumkan bahawa derma yang dikutip akan diagihkan sepenuhnya kepada mangsa banjir dengan tambahan RM200 kepada setiap mangsa banjir. Ini akan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta lagi. Sekiranya kutipan derma ini tidak menjangkaui RM20 juta, maka Kerajaan Negeri sendiri akan menambah atau “top-up” bagi menjadikan bayaran ihsan “one-off” secara keseluruhannya adalah sebanyak RM700 bagi setiap penerima.

Selain itu, bagi mengurangkan beban pasca bencana yang melibatkan kerja pembersihan dan penggunaan air yang banyak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah bersetuju untuk mengecualikan Surcaj Konservasi Air (Water Conservation Surcharge) untuk pengguna domestik bagi tempoh bayaran satu pusingan (cycle) selama dua (2) bulan. Diskaun air sebanyak 50% juga akan diberikan kepada pengguna domestik, manakala 25% bagi pengguna komersil. Saya ingin menyatakan di sini bahawa diskaun 25% berkenaan bukanlah untuk tempoh sebulan tetapi dua (2) bulan; yakni sama dengan pengguna domestik. Bagi tujuan ini, PBAPP akan membelanjakan RM15 juta bukannya RM10 juta demi faedah pengguna.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan memberikan diskaun cukai pintu sebanyak 10% untuk semua hartanah. Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan ini dijangka akan mencecah RM40 juta. Pada masa yang sama, dokumen-dokumen Kerajaan Negeri seperti geran tanah yang hilang atau rosak akibat banjir akan digantikan dengan percuma.

Oleh itu, keseluruhan perbelanjaan bagi Program “Pulau Pinang Bangkit” ini akan melibatkan sekurang-kurangnya RM105 juta. Ini tidak mengambil kira wang yang perlu ditambah atau “top up” oleh Kerajaan Negeri sekiranya wang derma tidak mencukupi RM20 juta.

Pada hari ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memulakan pendaftaran permohonan bantuan kecemasan (one-off) bernilai RM700 bagi mangsa-mangsa bencana banjir dan ribut yang berlaku pada 4 dan 5 November 2017.

Mangsa-mangsa banjir boleh mengisi borang permohonan atas talian (online) melalui laman web www.penangbangkit.com atau pergi ke Pusat Khidmat KADUN yang berkaitan. Pemohon perlu pergi ke Pusat Khidmat KADUN mengikut lokasi kerosakan yang dinyatakan dalam permohonan mereka. Pemohon adalah digalakkan untuk mengisi borang permohonan sendiri di laman web sebelum menghantar dokumen ke Pusat Khidmat KADUN untuk pengesahan dokumen. Ini berikutan dijangka lebih daripada 100,000 permohonan akan diterima, maka bilangan pemohon yang akan hadir ke Pusat Khidmat KADUN dan kaunter pendaftaran adalah agak tinggi. Justeru itu, mangsa-mangsa banjir digalakkan untuk mengisi borang atas talian bagi mengurangkan masa menunggu dan memudahkan serta mempercepatkan proses pemberian wang ihsan itu. Borang tercetak (hard copy) hanya akan disediakan mulai 22 November 2017.

Selepas pendaftaran, dokumen-dokumen berikut (salinan fotokopi atau muat naik (scan) atas talian) perlu dibawa ke Pusat Khidmat KADUN:

salinan kad pengenalan

salinan penyata bank//buku bank

Jika alamat permohonan berbeza daripada alamat kad pengenalan, maka pemohon perlu menghantar bukti alamat permohonan (bagi kediaman: salinan mana-mana bil utiliti TNB/PBA/TM/IWK yang lengkap dengan nama pemohon dan alamat permohonan, manakala bagi perniagaan: salinan lesen perniagaan atau pendaftaran SSM yang lengkap dengan nama pemohon dan alamat permohonan).

Jika hanya kenderaan rosak, pemohon perlu menghantar salinan cukai jalan (yang lengkap dengan nama pemohon) dan resit pembaikian kenderaan.

Permohonan-permohanan akan diterima untuk kerosakan-kerosakan berikut:

kediaman (bangunan/harta) rosak dibanjiri air

perniagaan (bangunan/harta) rosak dibanjiri air

kenderaan (termasuk motorsikal) rosak disebabkan banjir di kawasan kediaman, tempat kerja atau tempat letak kereta

bangunan/kenderaan rosak disebabkan ribut atau pokok tumbang

Pegawai-pegawai Pusat Khidmat KADUN akan menyiasat kesahihan permohonan berdasarkan lokasi kerosakan banjir yang dilaporkan dan dokumen-dokumen bukti yang disertakan. Lokasi-lokasi bencana banjir dan ribut di seluruh Negeri Pulau Pinang telah dikenalpasti dan dimasukkan di dalam sistem. Jika pemohon adalah penyewa kediaman atau perniagaan, bukti alamat melalui bil utiliti atau perjanjian penyewaan perlu dibawa ke Pusat Khidmat KADUN untuk siasatan dan pengesahan.

Mereka yang telah menerima sumbangan daripada Bantuan Bencana Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang melebihi RM700 tidak akan dipertimbangkan untuk Bantuan Bencana Banjir dan Ribut (RM700 one-off) ini. Walau bagaimanapun, mereka yang telah menerima sumbangan daripada Bantuan Bencana TYT Pulau Pinang kurang daripada RM700, boleh dipertimbangkan. Keputusannya hanya akan dimaklumkan selepas 16 Disember 2017.

Semua permohonan mesti didaftarkan sebelum 5 petang, 2 Disember 2017. Selepas sistem pendaftaran ditutup, mereka yang telah mendaftar atas talian (www.penangbangkit.com) mesti menghantar dokumen-dokumen ke Pusat Khidmat KADUN sebelum 5 petang, 8 Disember 2017.
Pemohon boleh memilih agar wang bantuan dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka, atau memilih untuk hadir sendiri ke majlis pemberian wang ihsan pada 16 Disember 2017. Lokasi majlis tersebut bagi setiap KADUN akan diumumkan nanti.
Dalam tempoh pendaftaran ini (21 November hingga 2 Disember 2017), Pusat Khidmat di KADUN-KADUN tertentu akan memanjangkan masa operasi mereka atau membuka kaunter khas untuk membantu dalam proses pendaftaran. Pusat Khidmat lain akan memanjangkan operasi mereka bergantung kepada keperluan.

Pusat Khidmat yang akan pemanjangkan operasi adalah seperti di berikut:

1) Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru
21 hingga 27 November 2017 sahaja
10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari

2) Pusat Khidmat KADUN Air Itam
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi hingga 5.00 petang dan 8.00 malam hingga 10.00 malam
Sabtu & Ahad
Kerja pendaftaran luar pejabat akan dibuat di lokasi-lokasi banjir

3) Pusat Khidmat KADUN Machang Bubuk
Isnin hingga Jumaat
10.00 pagi hingga 9.00 malam

Rabu
10.00 pagi hingga 11.00 malam

Sabtu & Ahad
Kerja pendaftaran luar pejabat akan dibuat di lokasi-lokasi banjir

4) Pusat Khidmat KADUN Sungai Pinang
Isnin hingga Jumaat
10.00 pagi hingga 9.00 malam

Sabtu & Ahad
Kerja pendaftaran luar pejabat akan dibuat di lokasi-lokasi banjir

5) Kaunter Khas di Padang Lalang

Taman Kota Permai
Lokasi Kaunter: Container JKKK (dekat Pasar Kota Permai)
8.00 pagi hingga 2.00 petang setiap hari

Lokasi Kaunter: Rukun Tetangga (dekat gelanggang bola keranjang berbumbung)
6.00 petang hingga 10.00 malam, setiap hari sehingga 26 November 2017 sahaja

Taman Sri Rambai Fasa 4
Lokasi Kaunter: Pejabat Rukun Tetangga (sebelah gelanggang bola keranjang)
10.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari

Taman Sri Rambai Fasa 2 & 3
Lokasi Kaunter : Yi Lan Teng (sebelah Pusat Bomba Sukarela)
8 malam hingga 10:30 malam, dari 23 hingga 25 November 2017
8.00pagi hingga 6.00 petang, Ahad 26 November 2017 sahaja

Taman Sri Rambai Fasa 1
Lokasi Kaunter : 49, Lorong Tembikai 3
8.00 malam hingga 10 malam, setiap hari sehingga 26 November 2017

Taman Makok
Lokasi : Kopitiam Kok Beng (sebelah Persatuan Penduduk)
1.00 tengah hari hingga 5 petang, Ahad 26 November 2017

Kampung Padang Lalang
Lokasi Kaunter : Surau Padang Lalang
6.00 petang hingga 8.00 malam, dari 22 hingga 26 November 2017

Kampung Baru Alma
Lokasi Kaunter : Kedai At, Jalan Megat Harun
5.00 petang hingga 8 malam, setiap hari sehingga 26 November 2017

Taman Jumbu Mawar
Lokasi Kaunter : Pejabat Persatuan Penduduk (RA)
7:30 malam hingga 10:30 malam, dari 23 hingga 26 November 2017

Taman Desa Damai
Lokasi Kaunter : Ti Ling Kong
7.00 malam hingga 10 malam, dari 22 hingga 26 November 2017

Taman Permai Jaya 1 & 2
Hubungi Encik Michael Tan di talian 0124873101 untuk maklumat lanjut

Pendaftaran di atas talian (www.penangbangkit.com) telah mula beroperasi pada 20 November 2017. Sehingga jam 7.30 pagi 21 November 2017 , sebanyak 4,747 orang telah didaftarkan iaitu 267 orang daripada Daerah Barat Daya; Daerah Timur Laut (852); Daerah Seberang Perai Selatan (1,393); Daerah Seberang Perai Tengah (2,184) dan 51 orang daripada Daerah Seberang Perai Utara (telah mengalami masalah teknikal). Daripada semua permohonan berkenaan, sebanyak 4,181 orang telah memilihi agar wang dikreditkan terus ke akaun bank mereka, manakala 566 orang telah memilihi untuk menghadiri majlis pemberian wang ihsan yang dijadualkan pada 16 Disember 2017.

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

— CN version —

槟城州政府2017年11月5日水灾风灾700令吉一次性紧急救助金申请登记通告仪式(华文翻译)

州政府已经宣布1亿500万令吉的“槟州再出发”计划协助灾民在槟州史上最严重的风灾与水灾之后重建及恢复原来的生活。当务之急需要面对的三项大挑战包括清理工作;重修家当资产;及更新无法修复的东西。

首先,在槟州再出发计划下,州政府将拨出5000万令吉,一次过分发500令吉予每一户水灾受灾家庭及商家。预料这将涵盖10万个家庭或商家。每一户家庭及商家只能申请一次这项一次性500令吉的灾后财产损失救助金。

我今早要在此宣布,州政府如今筹得的善款将以200令吉拨予每户灾黎,这将额外增加2000万令吉的拨出,若所筹得的款项不足2000万令吉,州政府将会自行补足。换言之,灾黎将一共获得一次700令吉的水灾救助金。

第二,为了减少水灾善后清理工作时需要使用大量的用水,槟州供水机构同意这两个月的家用水将豁免征收为了浪费水源所征收的附加费,同时这两个月的家用水费也将获得50%折扣,至于商用水使用者则将获得25%的折扣。

在此需说明的是商用水25%折扣同样与家用水一样为期2个月。因此槟供水机构为了使用者的利益,将要承担不是之前所宣布的1000万令吉,而是1500万令吉。

第三,州政府将透过槟岛市政厅及威省市政局,折扣10%门牌税给所有土地产业,这10%折扣预计得耗费州政府4000万令吉。

第四, 所有州政府所发的文件如地契,若因为水灾而遗失或损坏,将获得免费更新。

所有“槟州再出发”下的措施将耗费1亿500万令吉,尚不包括若善款不足2000万令吉州政府需要“补足”的款项。

槟州政府已经开始在今天接受2017年11月5日水灾及风灾的受灾户登记申请700令吉紧急救助金。

受灾户可以上网透过登录www.penangbangkit.com 网址填写申请表格,另一方法是直接到申请者受灾地点所属的州议员服务中心进行申请。因为这项紧急救助金有超过10万户申请,预料登门服务中心的申请者会很多,因此我们鼓励受灾户以上网的方式先填写表格,较后再将所列印表格递交到所属州议员服务中心进行文件核实,以提升申请程序的效率。

纸本表格将在2017年11月22日星期三才会分发。因此我们鼓励受灾户直接上网登记申请,减少等待时间及简化分发救助金的程序。

申请者在网上登记申请后,必须将之前在网上申请所上载的相关文件递交到相关州议员选区服务中心。文件要求如下:
– 身份证影印本
– 银行账单或银行存折
-若申请者住址与申请者身份证所记录的地址不同,申请者必须携带居住凭证,住宅的居住凭证如:以申请者名字登记的受灾住址电费单、水费单或英达丽水单影印本;商家的住用凭证如:以申请者名字及该申请受灾住址注册的商业执照及商业注册局证书影印本。
-若只是交通工具毁坏,申请者必须携带以申请者名字登记的路税影印本及修车收据。

11月5日水灾风灾可以接受申请救助金的灾害损失如下:
– 住宅因水灾而损坏(建筑/财产)
-商店因水灾而损坏(建筑/财产)
-交通工具(包括摩托车) 因水灾在所住、工作或停车场受到损坏
-建筑物/交通工具因为风灾或树倒受到损害

州选去服务中心的工作人员将会根据受灾地点的受灾情况与文件地址的真伪,对每一项申请进行核实。当局已经确认水灾与风灾的地点,并已经输入电脑系统。若申请者是租户,无论是居住或商用皆得携带水电费账单或租约到州选区服务中心进行核实。

如有已经获得州元首天灾基金超过700令吉的救助金者,将不获考虑可以申请此项700令吉一次性紧急救助金。至于已经获得州元首天灾基金少于700令吉救助金者,将获考虑可以申请这项紧急救助金,不过申请结果仍得待2017年12月16日才能知晓。

所有的申请者必须在2017年12月2日 下午5点之前登记。一旦申请系统关闭,已经上网登记(www.penangbangkit.com)的申请者必须将文件在2017年12月8日 5点之前送到州议员服务中心。

申请者可以选择让州政府通过银行户口汇入援助金,或亲自参加2017年12月16日的援助金派发仪式。各个州选区的援助金派发地点将在较后公布。

在11月21日至12月2日 之间,有关州选区服务中心将会延长服务时间或特设柜台以协助登记。那些将会延长服务时间的服务中心如下,其它服务中心将视情况需要而定:

Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru

21 – 27 November 10 pagi – 9 malam setiap hari

Pusat Khidmat KADUN Air Itam

Isnin – Jumaat 9 pagi – 5 petang dan 8 malam – 10 malam

Sabtu & Ahad Kerja pendaftaran luar pejabat akan dibuat di lokasi-lokasi banjir

Pusat Khidmat KADUN Machang Bubuk

Isnin – Jumaat 10 pagi – 9 malam

Rabu 10 pagi – 11malam

Sabtu & Ahad Kerja pendaftaran luar pejabat akan dibuat di lokasi-lokasi banjir

Pusat Khidmat KADUN Sungai Pinang

Isnin – Jumaat 10 pagi – 9 malam

Sabtu & Ahad Kerja pendaftaran luar pejabat akan dibuat di lokasi-lokasi banjir

Kaunter Khas di Padang Lalang

Taman Kota Permai

Lokasi Kaunter: Container JKKK (dekat Pasar Kota Permai)

Masa: 8 pagi – 2 petang setiap hari

Lokasi Kaunter: Rukun Tetangga (dekat gelanggang bola keranjang berbumbung)

Masa: 6 petang – 10 malam, setiap hari sehingga 26 November 2017

Taman Sri Rambai Fasa 4

Lokasi Kaunter: Pejabat Rukun Tetangga (sebelah gelanggang bola keranjang)

Masa: 10 pagi – 5 petang setiap hari

Taman Sri Rambai Fasa 2 & 3

Lokasi Kaunter : Yi Lan Teng (sebelah Pusat Bomba Sukarela)

Masa : 8 malam – 10:30 malam, 23 – 25 November 2017

8 pagi – 6 malam, Ahad 26 November 2017

Taman Sri Rambai Fasa 1

Lokasi Kaunter : 49, Lorong Tembikai 3

Masa : 8 malam – 10 malam, setiap hari sehingga 26 November 2017

Taman Makok

Lokasi : Kopitiam Kok Beng (sebelah RA)

Masa : 1 tengah hari – 5 petang, Ahad 26 November 2017

Kampung Padang Lalang

Lokasi Kaunter : Surau Padang Lalang

Masa : 6 petang – 8 malam, 22 – 26 November 2017

Kampung Baru Alma

Lokasi Kaunter : Kedai At, Jalan Megat Harun

Masa : 5 petang – 8 malam, setiap hari sehingga 26 November 2017

Taman Jumbu Mawar

Lokasi Kaunter : Pejabat Persatuan Penduduk (RA)

Masa : 7:30 malam – 10:30 malam, 23 – 26 November 2017

Taman Desa Damai

Lokasi Kaunter : Ti Ling Kong

Masa : 7 malam – 10 malam, 22 – 26 November 2017

Taman Permai Jaya 1 & 2

Hubungi Michael Tan 0124873101 untuk makluman lanjut

上述网上登记系统 (www.penangbangkit.com)的beta版已经在2017年11月20日 开放,在Beta版开放后,已经有4747名人士登记(11月20日 12时01分至11月21日早上7时30分)分别267名来自西南区、852名来自东北区、1393人来自威北、2184人来自威中、51名来自威南(技术问题)4181名人士选择援助金直汇银行户口。另外566人选择参加2017年12月16日的援助金派发仪式。

林冠英