Solidariti Bersama Tengku Zulpuri dan Mengecam Tindakan Menteri Besar Pahang Yang Liar dan Mencemar Kemuliaan Dewan Undangan Negeri(m/c)

Kenyataan media Setiausaha Agong DAP merangkap Ahli Parlimen kawasan Bagan, Lim Guan Eng, pada 23 November 2017 di Pulau Pinang

Saya ingin meluahkan rasa kecewa dan mengecam tindakan ganas Menteri Besar Pahang, Adnan Yaacob yang telah mengejutkan orang ramai apabila mencemar kesucian dewan dengan mencabar Ketua Pembangkang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji untuk bertumbuk. Sangat menyedihkan apabila Adnan bertindak liar hanya kerana gagal membalas hujah dari Tengku Zulpuri dengan baik.

Adalah satu perkara yang amat memalukan apabila seorang Menteri Besar gagal bersikap matang dan berwibawa di dalam dewan. Pada masa sama menunjukkan contoh buruk kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa keganasan merupakan jalan penyelesaian kepada semua perkara.

Tengku Zulpuri membangkitkan tentang permasalahan banjir di kawasan DUN beliau. Permasalahan banjir adalah permasalahan yang harus ditangani bersama demi keselamatan rakyat dan bukan tempat untuk bersikap emosi. Adnan sepatutnya menjadikan kerajaan Pulau Pinang sebagai contoh bagaimana perbezaan politik tidak menghalang kerjasama demi memastikan rakyat selamat dan tenteram.

Saya yakin tidak ada mana-mana tamadum maju di dalam dunia yang mengajar manusia untuk meninggalkan hujah dan bertindak menggunakan kekerasan. Sebelum ini Adnan pernah menyalahkan penganjuran Oktoberfest sebagai sebabnya bencana rebut kencang dan banjir berlaku di Pulau Pinang. Ini juga mengejutkan kerana Oktoberfest telah dianjurkan selama 45 tahun tanpa sebarang masalah sebelum ini. Janganlah memperlekehkan kebijaksanaan rakyat Malaysia.

Saya bersolidariti bersama Tengku Zulpuri dan memuji sikap beliau. Malah beliau turut menyatakan bahawa beliau sedia ditumbuk oleh Adnan dan tidak akan membalas kembali. Inilah sifat terpuji seorang pemimpin yang matang, berwibawa dan sanggup berdepan apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Saya berharap kejadian ini membuka mata rakyat Malaysia agar memilih pemimpin yang terbaik demi kesejahteraan mereka.

– Lim Guan Eng

—–
民主行动党秘书长暨峇眼国会议员林冠英于2017年11月23日在吉隆坡所发布的媒体文告:

声援东姑朱布里并谴责彭亨州务大臣的野蛮行为,玷污了神圣的州议会

彭亨州务大臣安南耶谷挑战州反对党领袖东姑朱布里“打架”的事件,震惊全国,我对他的暴力野蛮行为感到非常失望,并且要谴责他的举动,已经玷污了神圣的州议会。由于安南耶谷无法回应东姑朱布里的驳斥,以至于老羞成怒之下挑战动粗,这让人感到悲伤。

堂堂一位州务大臣,竟然无法在神圣议会上展现成熟和威严的一面,这是非常丢人的事情。与此同时,他也向全国人民作出错误糟糕的示范,仿佛行使暴力是解决问题的手法。

东姑朱布里是在议会上提出其选区的水灾问题,水灾问题是大家都必须共同面对和解决的问题,以保障人民安全,而不是拿来宣泄情绪。安南耶谷应该效仿槟州政府,处理事情时摒弃政治歧见,异中求同一起合作,以保障人民的安全和福祉。

我相信,这世界上没有任何进步的文明,会教导人类采取暴力强硬的措辞和行为来解决问题。早前,安南耶谷把发生在槟州的风暴和水灾,归咎于啤酒节活动。这让人感到震惊,因为啤酒节在槟州已经举办了45年,一直以来都相安无事,安南耶谷不需要发表如此谬论来侮辱人民的智慧。

谨此我要声援东姑朱布里,且要赞扬他的行为。他向我表示,他已经做好准备被安南耶谷殴打,并且不会还手。东姑朱布里良好地展现了如何当一位成熟且宽宏大量的领袖,并且愿意为了人民的安危和福祉,面对一切挑战。

我希望通过这次事件,能够让马来西亚人民看清楚,以选择最优秀的领袖,来保障他们的安全和福祉。

林冠英

0 Responses to “Solidariti Bersama Tengku Zulpuri dan Mengecam Tindakan Menteri Besar Pahang Yang Liar dan Mencemar Kemuliaan Dewan Undangan Negeri(m/c)”


Comments are currently closed.