UCAPAN PENGGULUNGAN YAB KETUA MENTERI(m/c)

UCAPAN PENGGULUNGAN YAB KETUA MENTERI TUAN LIM GUAN ENG PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS 14 NOVEMBER 2017

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan
Ahli-ahli Yang Berhormat

PENGENALAN

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi/jabatan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, NGO, JKKK, agensi swasta dan semua penduduk Pulau Pinang pada 4 dan 5 November 2017 yang telah bertungkus lumus bagi menyelamatkan Pulau Pinang yang mengalami bencana angin ribut kencang banjir terburuk dalam sejarah Negeri Pulau Pinang. Bencana alam yang terjadi ini adalah di luar jangkaan, di mana ia berpunca daripada tiga elemen luar jangka. Pertama, hujan terlalu lebat, setinggi 372mm dicatat dan air banjir naik sampai 10 kaki tinggi tercatat di setengah tempat, iaitu hujan sebanyak sebulan setengah telah turun dalam masa 15 jam sahaja. Kedua, air banjir besar yang turun dari Kedah dan menyebabkan air naik 3 kaki sungguhpun tidak ada hujan di kawasan Seberang Perai selepas 4-5 November 2017. Ketiga, dalam masa yang sama telah berlaku angin kencang yang tidak pernah dilihat di Malaysia, sampai 40 batu sejam sehingga feri boleh ditolak ke darat atas jeti konkrit.

Bencana alam ini adalah satu hakikat yang kita terpaksa hadapi dan saya ingin menekankan di sini bahawa kita tidak akan elak, tidak akan sembunyi, tidak akan hilang dan tidak akan lari. Sejak bencana alam bermula pada 4hb November 2017, kepimpinan negeri berada bersama mangsa banjir dan rakyat sepanjang masa. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak baik daripada agensi Kerajaan Persekutuan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahupun daripada Kerajaan Negeri yang telahpun membantu dan menyelamatkan mangsa banjir.

Perlu disebutkan dua Menteri Besar yang turun sendiri ke padang banjir “Ground Zero” iaitu Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali. Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua Menteri Besar yang turun ke padang dengan rombongannya dan sendiri membuat pembersihan. YAB Datuk Seri Azmin Ali juga menyerahkan hampir RM1.5 juta kepada Kerajaan Negeri dan badan-badan pertubuhan di Pulau Pinang.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakyat, DAP dan persatuan-persatuan di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia yang telah memberikan derma untuk mangsa banjir, di bawah “Bantuan Banjir Pulua Pinang” hampir RM9.6 juta sekarang. Sekarang hanya tinggal berita baik daripada YAB Perdana Menteri yang masih belum mengumumkan bantuan kewangan secara langsung kepada mangsa banjir ataupun projek Rancangan Tebatan Banjir sebanyak RM1 bilion untuk 13 buah projek yang dijanjikan oleh beliau sendiri akan diberikan pertimbangan serius.

Pada minggu lepas, Kerajaan Negeri telah mengumumkan program “Pulau Pinang Bangkit” bernilai RM105 juta untuk membantu pemulihan dan pembinaan semula kehidupan rakyat pasca bencana angin ribut kencang dan banjir terburuk dalam sejarah yang melanda Pulau Pinang. Tiga cabaran terbesar yang dihadapi adalah: kerja pembersihan; kerja membaik pulih harta dan aset; dan menggantikan apa yang tidak boleh dibaiki.

Kerajaan Negeri telah mengaturkan banyak tawaran istimewa daripada perniagaan untuk meringankan beban banjir baik dari segi diskaun khas daripada perkhidmatan Grab dan UBER ataupun daripada doktor swasta ataupun syarikat perniagaan yang membekalkan kelengkapan dan peralatan eletrikal pengguna. Kita harapkan lebih banyak berita baik daripada syarikat swasta.

Di bawah Program Pulau Pinang Bangkit, Kerajaan Negeri akan membelanjakan RM50 juta untuk membayar wang ehsan sebanyak RM500 secara one-off kepada setiap isi rumah baik kediaman ataupun perniagaan yang ditimpa banjir. Dijangka 100,000 penerima akan mendapat RM500 ini. Setiap isi keluarga atau perniagaan hanya boleh pohon sekali sahaja untuk kerugian hartanah mereka.

Saya ingin mengumumkan pagi ini bahawa derma yang dikutip akan diagihkan sepenuhnya kepada mangsa banjir dengan tambahan RM200 setiap mangsa banjir. Ini akan memperuntukkan tambahan RM20 juta kepada mangsa banjir. Sekiranya kutipan derma tidak mencukupi RM20 juta, maka ia akan ditambah atau “top-up” oleh Kerajaan Negeri. Ini akan menjadikan bayaran ehsan “one-off” secara keseluruhannya sebanyak RM700 setiap penerima.

Kedua, bagi mengurangkan beban pasca-bencana yang melibatkan kerja pembersihan dan penggunaan air yang banyak, PBA telah bersetuju untuk tempoh bayaran satu pusingan (cycle) sepanjang dua bulan akan mengecualikan Surcaj Konservasi Air (Water Conservation Surcharge) untuk pengguna domestik. Diskaun air sebanyak 50% juga akan diberikan kepada pengguna domestik. Bagi pengguna komersil, PBA akan memberikan diskaun sebanyak 25%.

Saya ingin menyatakan diskaun 25% untuk pengguna komersil bukanlah untuk sebulan tetapi sama dengan pengguna domestik, untuk tempoh dua bulan. Ini bermakna PBAPP akan membelanjakan bukan RM 10 juta tetapi RM15 juta untuk faedah pengguna.

Ketiga, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menyediakan diskaun cukai pintu sebanyak 10% untuk semua hartanah. Jumlah keseluruhan perbelanjaan oleh Kerajaan Negeri dijangkakan mencecah RM40 juta.

Keempat, dokumen-dokumen Kerajaan Negeri seperti geran tanah yang hilang atau rosak akibat banjir akan digantikan dengan percuma. Keseluruhan langkah-langkah program Bangkit Pulau Pinang ini akan makan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM105 juta, tidak mengambil kira wang yang perlu ditambah atau “top up” oleh Kerajaan Negeri sekiranya wang derma tidak mencukupi RM20 juta.
Berita baik 10 hari selepas bencana alam yang terburuk dalam sejarah Malaysia, Pulau Pinang telah bangkit dalam aspek pembersihan apabila hampir seluruh bahagian Pulau telah siap dan kawasan Sebarang Perai adalah lebih 80%. Dengan kerja keras dari pelbagai pihak dan NGO seperti Tzu Zhi yang sanggup bekerja keras tanpa mengira waktu dalam menyelamatkan keadaan telah menjadikan keadaan terkawal dalam masa yang singkat. Mana-mana keluarga yang memerlukan bantuan untuk membersihkan premis mereka diminta menghubungai MBPP atau MPSP. Adalah diharapkan bahawa keadaan akan pulih 100% menjelang akhir minggu ini.

Bayaran RM700 kepada setiap penerima akan dibayar sebelum akhir tahun ini. Borang-borang pendaftaran akan dipermudahkan. Tidak perlu ada laporan polis dan ia akan diedarkan selepas 20 November untuk membolehkan bayaran RM400 kepada mangsa-mangsa banjir tatkala 15 September 2017 dibayar terlebih dahulu. Seperti yang diumumkan, RM400 ini akan dibayar pada 18 November iaitu hari Sabtu ini, kecuali KADUN Datuk Keramat yang akan dibayar untuk tempoh dua hari iaitu 18 dan 19 November 2017. Pembayaran RM400 sekali lagi membuktikan janji ditepati oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.

Ahli-ahli Yang Berhormat

Saya percaya penggulungan pada kali ini adalah yang terakhir memandangkan pilihan raya mungkin akan diadakan dalam masa terdekat. Sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat, saya telah melancarkan “Pulau Pinang Bangkit” yang melibatkan kos berjumlah RM105 juta. Ia adalah suatu jumlah yang besar. Suka saya nyatakan bahawa jumlah tersebut tidak termasuk wang derma yang disumbangkan oleh pelbagai pihak bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir. Inilah antara kesinambungan “Belanjawan Marhaen” yang dinyatakan dalam Ucapan Bajet pada 2 November 2017 lalu iaitu kita perlu menjaga kebajikan rakyat marhaen, iaitu orang kebanyakan dan keluarga-keluarga bekerja.
PINJAMAN PDC BERJUMLAH RM609 JUTA

Kerajaan Negeri telah meluluskan suatu pinjaman yang terancang kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebanyak RM679 juta bagi tujuan pembiayaan kos pengambilan tanah dan pembangunan infrastruktur bagi menggalakkan pembangunan yang seimbang terutamanya di kawasan Seberang Perai pada tahun 2016. Sebanyak RM70 juta telah diluluskan dalam Bajet 2016 dan telah disalurkan kepada PDC. Manakala sebanyak RM609 juta lagi diluluskan dalam Bajet 2017.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan amaun pinjaman sebanyak RM155.34 juta kepada pihak PDC. Tumpuan pembangunan ini akan dapat menggerakkan ekonomi Negeri Pulau Pinang kerana Seberang Perai boleh menjadi penggerak utama pembangunan ekonomi masa hadapan terutamanya di kawasan Seberang Perai Selatan, khasnya Batu Kawan yang kini menjadi nadi perkembangan ekonomi dengan pelaburan besar seperti IKEA yang sangat ditunggu-tunggu oleh penduduk di utara.

Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada PDC juga tidak menimbulkan risiko kewangan, memandangkan Kerajaan Negeri akan mula mendapat pulangan termasuk keuntungan pinjaman pada tahun 2018 dengan jangkaan keuntungan melebihi RM120 juta dalam tempoh lapan (8) tahun seterusnya. Terkini, PDC telah menjelaskan sepenuhnya pinjaman tersebut pada 10 November 2017.

KEBANGKITAN SEMULA PULAU PINANG

Kita harus ingat bahawa Pulau Pinang sememangnya akan bangkit semula selepas bencana yang melanda. Kita tidak akan tunggu dan lihat serta bersedih, malahan kita akan jadikan kejadian bencana ini suatu peluang untuk memperbaiki mutu perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada Rakyat Pulau Pinang. Jika dilihat kebangkitan Pulau Pinang sejak 2008 setelah Kerajaan Pakatan Harapan mengambilalih tampuk pemerintahan, kita telah maju 10 tahun ke hadapan melalui banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan sehingga menjadi salah satu destinasi pelaburan dan pelancongan yang dipandang tinggi tidak kira dalam dan luar negeri.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri berasa begitu kesal apabila Jabatan Kaji Cuaca hanya memberi amaran tentang bencana alam sekitar pada jam 9.30pm, 4 November 2017. Tatkala itu hujan sedang turun dengan lebat dan angin ribut mulai melanda Negeri Pulau Pinang.

Justeru, Kerajaan Negeri akan meminta Penang Green Council (PGC) untuk melihat apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan amaran yang lebih awal. Kerajaan Negeri kesal bahawa Jabatan Kaji Cuaca hanya memberikan amaran yang lewat apabila angin ribut kencang dan hujan lebat sedang berlaku dan bukanlah 3 hari ataupun 1 hari sebelum, seperti mana yang dinyatakan dalam KPI mereka.

Dalam aspek ini, Kerajaan Negeri tentulah akan mendapat maklum balas dan kajian dengan pihak Kaji Cuaca di peringkat antarabangsa yang nampaknya mempunyai maklumat yang lebih tepat dan terkini daripada Jabatan Kaji Cuaca.

Sekiranya amaran awal dapat diberikan dan sesungguhpun kita tidak dapat menghalang banjir dan juga angin ribut yang kencang, ianya sekurang-kurangnya dapat meringankan atau mengurangkan kerugian, kehilangan atau kerosakan harta benda.

Di samping itu, Kerajaan Negeri amat prihatin tentang kenyataan yang dibuat oleh YB Dr. Afif bin Bahardin, Ahli EXCO Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan bahawa banyak pusat bencana di bawah kawal selia Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak ada bekalan makanan ataupun kosong hampir 2 bulan sebelum bencana alam berlaku pada 4 November 2017 yang lalu.

Kelewatan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyampaikan bekalan tidak boleh diterima dan Kerajaan Negeri akan mewujudkan stok bekalan minima, sekiranya stok tidak sampai daripada Kerajaan Persekutuan supaya pusat bekalan bencana tidak kosong iaitu tiada sebarang bekalan. Kita masih mengharapkan Kerajaan Persekutuan agar mempercepatkan penghantaran bekalan-bekalan dan tidak membiarkan pusat bekalan kosong selama 2 bulan sebagaimana yang berlaku baru-baru ini.

Saya ingin meminta agar YAB Perdana Menteri memberikan bantuan kewangan dan meluluskan projek-projek tebatan banjir. Kerajaan Negeri tidak menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak bantu, tetapi Kerajaan Negeri meminta bantuan diluluskan. Ada bezanya di antara bantu dan bantuan. Kita juga berharap perkara ini tidak diputarbelitkan oleh media Barisan Nasional, khususnya Utusan Malaysia dan sebagainya. Ini adalah kerana ianya tidak tepat dan cuba memburukkan imej Kerajaan Negeri dengan hasad dengki dan fitnah jahat.

Saya juga ingin mengutuk Ketua Pembangkang dan ADUN-ADUN UMNO lain yang menyatakan bahawa bayaran ehsan one-off RM500 hanya akan dibayar kepada mereka yang menjadi ahli politik kepada parti-parti pemerintah Pakatan Harapan. Ini adalah satu fitnah yang amat jahat sekali. Kerajaan Negeri tidak pernah membezakan pemberian bantuan daripada segi politik. Kita bayar kepada semua. Anda boleh lihat bayaran Program Emas yang dibuat oleh Kerajaan Negeri yang dibayar kepada semua tanpa mengira latar belakang termasuk pemimpin-pemimpin cawangan serta ahli-ahli UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN.

Saya harap bahawa pihak Yang Berhormat daripada UMNO boleh tunjukkan bukti bahawa Kerajaan Negeri membuat pembayaran secara sedemikian. Sekiranya tidak, mereka harus meminta maaf dan menarik balik tuduhan dan fitnah yang amat jahat itu sekali. Janganlah memperlekehkan usaha Kerajaan Negeri yang ingin membantu rakyat semata-mata kerana kepentingan politik. Kerajaan Negeri Pakatan Harapan tidak mahu menjadi Kerajaan Negeri untuk penyokong kami tetapi mahu menjadi Kerajaan untuk semua 1.6 juta rakyat Pulau Pinang termasuk penyokong Barisan Nasional (BN).

Sekiranya anda daripada Kerajaan Persekutuan tidak boleh melakukan sedemikian sepertimana yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM500, janganlah cuba untuk menggagalkan usaha rakyat untuk mendapatkan bayaran RM500 dengan membuat tohmahan dan pembohongan yang jahat seperti ini. Kita tidak menyatakan Kerajaan Persekutuan tidak bantu tetapi Kerajaan Negeri sekarang meminta bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan yang tidak diberikan sehingga hari ini. RM500 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri merupakan jumlah bantuan yang paling besar diberikan oleh mana-mana Kerajaan Negeri.

Kita berharap Kerajaan Persekutuan dapat memberikan bantuan yang sama sebagaimana yang diterima oleh mangsa-mangsa banjir di Kelantan sebanyak RM500. Mengapa Pulau Pinang tidak menerima bantuan sedemikian? Kita berharap YAB Perdana Menteri boleh bersimpati dengan masalah dan penderitaan mangsa-mangsa banjir yang dilihat sendiri semasa mengunjungi Pulau Pinang pada 7 November 2017 yang lalu.

Dengan kejadian bencana yang terburuk dalam sejarah Pulau Pinang ini, Kerajaan Negeri akan bekerja keras untuk mempertingkatkan lagi infrastruktur awam, pengawalseliaan serta kemampuan rakyat menerima perkhidmatan kerajaan yang baik, menikmati kemudahan rumah mampu milik dan pengangkutan awam. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan terus memperbanyakkan peluang perniagaan, pekerjaan dan pendidikan dengan memberikan kebebasan untuk setiap orang mencapai potensinya serta melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Dengan adanya Kad “I-Love-Penang” Saya Sayang Pulau Pinang, ianya merupakan kunci utama kesungguhan Kerajaan Pakatan Harapan demi kesejahteraan rakyat marhaen Pulau Pinang pada masa hadapan.

Sesungguhnya muafakat dan kerjasama yang jitu oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua golongan masyarakat amatlah dihargai dan segala perancangan yang diatur pada masa hadapan perlu dilaksanakan dengan Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang memungkinkan negeri Pulau Pinang mencapai matlamat menjadi negeri maju bertaraf antarabangsa dan pintar menjelang tahun 2020.

Sekian, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, saya mohon menyokong. Terima kasih.

LIM GUAN ENG

================================================================
槟城州首席部长林冠英于2017年11月14日在槟城州议会辩论总结的中文翻译。

引言

1.首先我要感谢州政府与联邦政府各机构、非政府组织、乡村委员会、私人界及槟城全民在2017年11月4日至5日因为暴风雨导致发生槟州史上最严重水灾之后携手拯救槟城于危难。这次天灾完全出乎预料,有三项因素完全在预料之外,第一,雨量前所未有的高,高达372毫厘,15小时内下了1个半月的雨量,导致有些地区水淹超过10尺。第二,邻州吉打的水灾导致大量水从上游而下至威省,即使威省在11月5日之后已经没有下雨,也照样水淹3尺高。第三,发生大马罕见的风暴,风暴风速高达时速40英里,所引起风浪甚至被硕大的渡轮推上码头地面。

2.这项天灾是我们必须要去面对的,我在此强调我们不会抗拒、逃避、失踪或落跑。从2017年11月4日开始,州内的领导层一直都长时间与水灾灾民及人民同在。在此,我要感谢联邦政府单位、大马军队、州政府机关协助拯救灾民。

3.必须一提的是两位州务大臣亲自到灾场不只巡视也帮忙灾黎清理灾场,在此州政府要感谢这两位州务大臣,他们就是霹雳州务大臣拿督斯里占比里及雪兰莪州务大臣拿督斯里阿兹敏阿里。另外雪大臣阿兹敏也拨出了150万令吉与槟州政府及槟城各组织。

4.我也要在此感谢人民、行动党及槟城乃至全马的各组织社团慷慨解囊协助水灾灾黎,“槟城水灾救助基金”已经筹获960万令吉。如今只待首相宣布好消息,首相至今仍未宣布拨款救助金给灾黎,同时也仍在慎重考量之前所承诺要拨款10亿令吉充作13项治水计划。

5.上星期,州政府已经宣布1亿500万令吉的“槟州再出发”计划协助灾民在槟州史上最严重的风灾与水灾之后重建及恢复原来的生活。当务之急需要面对的三项大挑战包括清理工作;重修家当资产;及更新无法修复的东西。

6.州政府也安排了商界特别为了这次的水灾减轻人民的生活给予折扣,比如Grab及Uber、私营诊所、生活电器用品公司。我们也希望有更多的好消息来自私人商家可以更多的协助灾后重建。

7.首先,在槟州再出发计划下,州政府将拨出5000万令吉,一次过分发500令吉予每一户水灾受灾家庭及商家。预料这将涵盖10万个家庭或商家。每一户家庭及商家只能申请一次这项一次性500令吉的灾后财产损失救助金。

8.我今天在此宣布,州政府如今筹得的善款将以200令吉拨予每户灾黎,这将额外增加2000万令吉的拨出,若所筹得的款项不足2000万令吉,州政府将会自行补足。换言之,灾黎将一共获得一次700令吉的水灾救助金。

9.第二,为了减少水灾善后清理工作时需要使用大量的用水,槟州供水机构同意这两个月的家用水将豁免征收为了浪费水源所征收的附加费,同时这两个月的家用水费也将获得50%折扣,至于商用水使用者则将获得25%的折扣。

10.在此需说明的是商用水25%折扣同样与家用水一样为期2个月。因此槟供水机构为了使用者的利益,将要承担不是之前所宣布的1000万令吉,而是1500万令吉。

11.第三,州政府将透过槟岛市政厅及威省市政局,折扣10%门牌税给所有土地产业,这10%折扣预计得耗费州政府4000万令吉。

12.第四, 所有州政府所发的文件如地契,若因为水灾而遗失或损坏,将获得免费更新。所有“槟州再出发”下的措施将耗费1亿500万令吉,尚不包括若善款不足2000万令吉州政府需要“补足”的款项。

13.今天是堪称槟州史上最严重天灾发生后的第十天,值得欣慰的是槟岛地区几乎已经清理完毕,威省也已经有超过80%的地区清理完毕。经过各造及如慈济等的非政府组织不计时间的不懈救灾赈灾,让这次灾难得以在短时间内受控。任何家庭若因为水灾有需要清理家园可以联络槟岛市政厅或威省市政局。预料在这个周末,情况将100%恢复。

14.700令吉给予每受灾户将在今年底发出,其登记表格程序将会从简,无需向警方报案。表格将在11月20日后开始分发,以让州政府先行在2017年11月18及19日派发400令吉予9月15日的受灾户。这项400令吉的救助金,证明希联政府履行承诺讲到做到。

15.由于大选将近,我相信这一次的总结将是大选前最后一次。做为一个以民为本的政府,我推介了耗资1亿500万令吉“槟城再出发”计划。这笔款项不包括各方捐献给灾黎的款项。这也是2017年11月2日财政预算所提的升斗市民预算案,旨在照顾全体升斗市民的福祉,大多数的劳动家庭。

槟州发展机构总额 6亿900万令吉的贷款

16.州政府在20116年已经批准了一项总额6亿7900万令吉的贷款给槟州发展机构,作为征用土地及基建发展之用,以平衡槟威两地,特别是威省区的发展。在2016年度的财政预算中,已批准了7000万令吉并发放给槟州发展机构。剩余的6亿900万令吉,则是在2017年度的财政预算中获批。

17.截至目前为止,州政府一共拨出1亿5534万令吉的贷款总额给槟州发展机构。这个发展重点将有助推动槟州整体的经济发展,因为威省可以作为槟州未来经济发展的火车头,特别是在威南峇都交湾一带。随着北马区居民引颈长盼的宜家等巨头注资于此,峇都加湾目前已经当地经济发展的主要命脉。

18.槟州政府为槟州发展机构所提供的贷款,不会造成财务风险,因州政府将从2018年起,得以从发出贷款中获利。有关的盈利,预料在未来的8年内将会超过1亿2000万令吉。目前,槟州发展机构已在2017年11月10日,清还有关的贷款。

结语,槟州再出发

19.我们必须谨记槟城在这次重大天灾之后一定会重新再出发。我们不会任命的坐以待毙顾影自怜,相反的我们会以这次的天灾作为改善州政府为人民服务的契机。槟城自2008年希联执政之后就再度崛起,这10年来透过实施各种革新政策,已经把槟城打造成国内外闻名的投资地点。

20.与此同时,州政府对气象局仅在2017年11月4日晚上约9时半才发出天灾警报一事,感到遗憾。那个时候,槟城已经处处大雨及刮大风了。

21.因此,州政府将要求槟州绿色机构(PGC)探讨应如何能尽早获取警报的措施。州政府对气象局延误至槟城已遭暴风雨袭击时才发布警报感到遗憾。根据气象局的关键绩效指标,他们理应在事发前的3天至一周前就发布警报。

22. 在这方面,州政府当然会向国际性并具有比气象局更齐全资料的国际气象机构索取反馈及研究资料。

23.虽然无法阻止水灾及暴风雨,但如果我们能够早获取警报,起码我们可将伤害减、损失及三通坏到最低点。

24.此外,州政府也非常关注槟州农业及农基、郊区发展及卫生委员会主席阿哥菲夫行政议员发表过的言论。他点出,许多在福利局管辖下的救灾中心,在2017年11月4日发生天灾前的2个月,已出现断粮的现象。

25.州政府无法接受联邦政府在提供物资上的缓慢,因此州政府将会设立一个最低的供应库存,一旦来自联邦的物资没到,起码州内的救灾中心不会出现物资真空现象。我们依然盼望联邦能够加速派送物资,以不再出现像近期般物资在过去2个月内出现真空的局面。

26.我也在此恳请首相提供财务支援,批准各项治水工程。州政府从未说联邦政府没有协助;但是州政府要求联邦批准我们的援助申请。我们也希望此事不会遭国阵媒体所扭曲,特别是《马来前锋报》等等。因为这是不确实并企图以仇恨及恶意诽谤破坏州政府形象的作法。

27.我也在此谴责反对党领袖及其他的巫统州议员声称州政府的500令吉水灾救助金只会发放给那些希联党员的说法。这是一项非常恶毒的的诽谤。州政府从来没有以政治背景作为分发救助金的考量,我们一视同仁分给符合资格者。你们可以从州政府的各项福利计划中看出,我们是不分政治背景分发援助金,甚至连巫统、马华、国大党及民政党的区部领袖,也得以领取这些福利援助。

28.我希望来自巫统的议员们能够示出证据,证明州政府是以他们所指的方式发放款项,否则,他们须收回他们所作出的指控及恶意诽谤,并作出道歉。请不要为了搞政治而抹杀了州政府欲协助灾民的努力。希联州政府不要只成为希联支持者的州政府而已,而是成为所有槟城人的州政府,包括国阵的支持者。

29.若联邦政府无法像州政府般发出500令吉救助金,那就恳请不要以恶毒的指及谎言来搞破坏进而阻止人民获得这500令吉的救助金。我们没有说过联邦政府没有协助,但是州政府现在要求联邦政府提供他们迄今依然未曾实践的财务援助。500令吉的救援金是所有州属当中最高的款额。

30.我们希望联邦政府能够给槟城灾民如给予吉兰丹水灾灾民般,500令吉的援助。为什么槟城没有如此同等的际遇?我们希望首相可以同情槟州灾民的遭遇及困难,因为首相本人在2017年11月7日曾亲自莅临,已亲眼目睹这一切。

31.在发生了槟城史上其中最严重的天灾之后,槟州政府将更努力地提升公共设施、监管及让州民获得更佳的政府服务、享有平民屋及完善的公共交通。因此,州政府将会继续为每一个人创造更多经商、就业及升学机会,让他们自由发挥他们的潜能,脱离贫困。《爱槟卡》将会是槟州希联政府为槟州升斗市民未来福祉而特设的。

32.我们感激议员及社会各阶层的合作,未来任何规划将秉持能干、公信、透明的方针,以在2020年,将槟城打造成一个国际及智慧型城市。

林冠英