Kerajaan negeri Pulau Pinang buat masa kini tidak berhasrat menukar dasar lama berkaitan dengan bangunan haram, penjaja haram, tokong haram, kuil haram, gereja haram, kilang haram dan rumah kediaman haram yang di bina atau diusahakan sebelum 8 Mac 2008 di Pulau Pinang. (m/c)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 13.8.2017.

Kerajaan negeri Pulau Pinang buat masa kini tidak berhasrat menukar dasar lama berkaitan dengan bangunan haram, penjaja haram, tokong haram, kuil haram, gereja haram, kilang haram dan rumah kediaman haram yang di bina atau diusahakan sebelum 8 Mac 2008 di Pulau Pinang. Ini berikutan Ahli EXCO Kerajaan Negeri untuk Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) kerana didakwa menulis dua pucuk surat yang meminta tindakan penguatkuasaan ditangguhkan sehingga satu penyelesaian yang baik kepada semua pihak boleh dicapai.

Memang menjadi dasar kerajaan negeri Pakatan sejak ditubuhkan pada 2008 untuk tidak mengambil tindakan kepada semua bangunan, kilang atau penjaja haram yang beroperasi sebelum 8 Mac 2008 dengan syarat ia tidak menghalang laluan trafik ataupun mengganggu orang awam. Sebaliknya, kerajaan negeri akan cuba cari penyelesaian untuk semua pihak termasuk program pemutihan.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas bangunan, penjaja dan kilang haram yang dibina selepas 2008 agar menghindarkan kegiatan haram tumbuh seperti cendawan. Itupun menggunakan pendekatan perikemanusiaan dengan perbincangan secara elok dan baik yang boleh diterima oleh semua pihak.

Sungguhpun begitu, kerajaan negeri sering dikritik kerana merobohkan beberapa penjaja haram daripada ribuan yang sedia ada. Sekiranya tindakan mesti diambil dan satu dasar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri boleh ditolak begitu sahaja oleh SPRM, maka pulohan ribu bangunan, penjaja dan kilang haram akan terjejas dan harus dirobohkan dengan segera. Adakah ini yang mahu dilihat dengan begitu kejam dan zalim sekali oleh BN?

Bukan sahaja penjaja di pecan dan kampung, maka rumah kediaman yang dibina tanpa permit pun tidak akan terlepas dan akan dirobohkan. Ini akan menghebohkan satu negeri malah mungkin mencetuskan huru-hara di Pulau Pinang yang sukar dikawal. Buat masakini kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menukar dasar yang ditetapkan dan saya akan mengesyorkan dasar ini dikekalkan dalam mesyuarat mingguan negeri pada hari Rabu ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Pakatan Harapan berdiri teguh di belakang Phee Boon Poh kerana kami tidak faham apakah amalan rasuah yang dilakukan oleh beliau sedangkan beliau hanya melaksanakan dasar kerajaan negeri. Kami menyokong Phee dan percaya beliau tidak terlibat dalam rasuah kerana beliau tidak menerima wang suapan ataupun ada kepentingan peribadi atau keluarga dalam kilang haram tersebut. Phee ialah Ahli EXCO yang paling kaya dan diketahui umum berasal daripada keluarga yang kaya di Butterworth.

Sekiranya beliau menjalankan tugas sebagai ADUN atau Ahli EXCO untuk berkhidmat kepada rakyat, meminta tindakan ditangguhkan maka semua wakil rakyat baik pembangkang ataupun kerajaan, bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga di Malaysia, yang meminta tindakan penguatkuasaan ditangguh boleh terjerat dalam rasuah. Kerajaan negeri tidak pasti adakah ini Standard Operating Procedure(SOP) yang baru oleh SPRM, yang boleh menolak sama sekali kuasa kerajaan negeri untuk menetapkan sesuatu dasar tentang bangunan dan penjaja haram. Kami akan menunggu pencerahan oleh SPRM dalam kes Phee Boon Poh.

Sekiranya ini ialah SOP baru SPRM sehingga surat ADUN dan Ahli EXCO bagi pihak rakyat untuk menangguhkan tindakan penguatkuasaan boleh dianggap sebagai amalan rasuah, maka mengapakah tangkapan tidak dibuat oleh SPRM untuk surat yang sama dalam kes tambakan laut RM1.2 bilion yang haram dalam projek Aman Laut(Dubai of Malaysia di Kedah) yang dijalankan sungguhpun laporan DEIA belum diluluskan? Ataupun surat membenarkan perlombongan bauxite dan kilang Lynas di Pahang? Ataupun penebangan hutan simpan kekal yang berleluasa di Pahang sebanyak 161,000 hektar, Kelantan sebanyak 159,000 hektar dan negeri-negeri lain, kecuali Pulau Pinang yang merupakan satu-satu negeri yang tidak sentuh pun seinci hutan simpan kekal?

LIM GUAN ENG

=====================================================
槟城州首席部长于2017年8月13日在乔治市光大发表的文告。

槟城州政府目前没有意愿对于2008年3月8日之前在州内就已经兴建及运作的非法建筑、非法小贩、非法华人庙宇、非法印度庙宇、非法教堂、非法工厂及非法房屋修改原有政策。作出上述宣布是因为槟城州负责福利、爱心与环境的行政议员彭文宝被反贪会指控其写了两封信件要求展缓采取对付行动,以便能达至更好的多赢解决方案,但却遭反贪会扣留。

希盟政府自2008年成立以来,对于2008年3月8日之前就运作的所有非法建筑、工厂及小贩不采取行动的政策一直存在,只要这些非法业者没有阻碍交通或骚扰民众。相反的州政府尝试为各方寻找更好的解决方案包括漂白或合法化。

州政府则会对2008年后才出现的非法建筑、小贩及工厂采取行动以杜绝非法业者如雨后春笋般出现。虽然如此,当局也是极力以人道方式与各方协商以达至各造都接受的方案。

即便如此,州政府还是时常因为在州内数以千计的非法小贩中拆其一二而被抨击。若然,州政府所拟定的政策可以这么随意的就被反贪会所推翻,而被迫真的要采取对付行动,这是否表示往后数以万计的非法建筑、非法小贩及非法工厂将要因为被逼采取行动而受影响及马上拆毁?这是否就是国阵愿意看到的残忍与残酷局面?

到时候不只小贩必须要被迫摧毁,连甘榜没有准证的房屋也将无法幸免的被摧毁。这做法无疑将惊动整个州属,也可能产生难以控制的骚动。因此目前为止州政府没有意愿修改原有规定的政策,我将在下周三的行政议会再次重申这项原有的政策。

槟城州政府与希盟坚决力挺彭文宝,因为我们不明白他只是在履行州政府的政策而已,到底是触犯了那一项的贪污行为?我们支持彭文宝及相信他没有贪污,因为他没有受贿或有任何个人利益或其家族牵涉该非法工厂。彭文宝是行政议员中最富有的议员,并为公众所熟悉其乃来自北海的名门望族。

如果他履行其州议员或行政议员职责为人民服务,要求展缓行动也要被对付,那么无论是反对党或政府,无论是槟城或全马的所有代议士在履行职责要求展缓行动的时候,是否也都成为了贪污的行为?州政府实在不知道这到底是不是反贪会最新的作业标准,竟然能一举推翻州政府的权力及原本就拟定好的非法建筑与非法小贩政策。我们正在等待反贪会给予合理的解释。

如果这是反贪会新的作业标准,而这作业标准竟然能将州议员及行政议员要求展缓的信件当作是贪污的行为,那么反贪会为何没有针对12亿令吉的吉打州大马杜拜填海计划的批准信件展开逮捕行动?这项填海计划竟然在环境评估还没批准下就被允许进行。或者是对彭亨州允许莱纳斯开采稀土的批准信件采取行动?或者是彭亨州16万1000公顷的森林保留地伐木批准信、吉兰丹15万9000公顷森林保留地伐木批准信及其他州森林保留地的伐木批准信采取行动?须知,只有槟州是唯一一个州属是没有触碰过州内的一寸一分森林保留地。

林冠英