UCAPAN PENGGULUNGAN YAB KETUA MENTERI TUAN LIM GUAN ENG PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS
PENGENALAN
1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet 2017, khususnya yang membabitkan perkara-perkara di bawah bidang kuasa portfolio Jawatankuasa MMK yang saya pengerusikan. Banyak perkara yang telah ditimbulkan semasa perbahasan dan Kerajaan Negeri akan memberi perhatian terhadap semua teguran dan berusaha melaksanakan cadangan yang sesuai yang telah dikemukakan. Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Bajet 2017 dapat mencapai matlamat yang dinyatakan dalam Ucapan Bajet pada 15 November 2016 lalu.