Open Letter By DAP Secretary-General Lim Guan Eng To All Malaysian Voters(en/bm/cn)

Open Letter By DAP Secretary-General Lim Guan Eng To All Malaysian Voters Following The Dissolution Of Parliament To Make Way For The 13th General Elections

To All Malaysians Who Believe That Malaysia Deserves Better

As we count down towards this ground-breaking 13th General Election, you can play a significant role in changing the course of our country’s history. By simply daring to change, you bring a brighter future for a Malaysia free from fear, free from ignorance and free from corruption.

Malaysia Deserves Better!

This historic general election will be about the economy and which party has the correct policies, ideas, ideals and principles to make our livelihood better.

Malaysia is caught in a middle-income trap. Many find it hard to believe that in 1966 Malaysia’s GDP per capita of USD350 was ahead of South Korea’s USD130. Almost fifty years later, Malaysia has improved to USD9,977 whilst South Korea jumped ahead of Malaysia to USD22,424.

Since March 2008, a 2-party system gives us both a choice but also make our choices count. Countries that were once less developed than us like South Korea and Taiwan have transformed into high-income economies while we remain stuck in the middle-income trap.

In 1963, Malaysians were richer than the Koreans and Taiwanese, with a per capita income of 13.6% relative to US income, whereas Korea and Taiwan per capita incomes were both lower at 10.7% and 12.6% respectively. 50 years later today, Malaysia is way behind being only half as rich as Korea and Taiwan.

Income as % of US income (in GDP per capita)

There are 3 critical success factors namely a functioning democracy, fighting corruption and building human talents. Bad governments that fail to deliver are replaced through democratic elections by good governments resulting in progressive reforms and improvements. Corrupt leaders are replaced by those with integrity. And the country’s prosperity is underpinned by building and retraining human talent.

The greatest gift that a good government can bestow to our future generation is not cash handouts but knowledge, education, a just system with integrity and equal opportunity. Only then can we live with dignity and our young live better than us.

Malaysia Deserves Better.

In contrast to these two countries, Malaysia is No.1 in the world in terms of illegal capital flight per capita, with a loss of RM 32,000 for every Malaysian, which is more than even China with a loss of RM6,400 per capita during the same period of time. No wonder then, that our national debt has doubled from RM267 billion in 2007 to over RM502 billion today, five years later.

To top it off, Malaysia has been running a budget deficit for 15 years in a row. The last time Malaysia recorded a surplus was when Dato Seri Anwar Ibrahim was Deputy Prime Minister. It is imperative that he be elected as Prime Minister to put Malaysia back in the black.

By learning from South Korea’s three critical success factors, we can arrest Malaysia’s graceful decline. Pakatan Rakyat has proven that we can run a clean, accountable and transparent state governments. We have overturned deficits into surpluses, reduced our state debts, increased our assets and reserves, and managed to save billions of public funds through open competitive tenders. More importantly, we have channelled our savings to the people through our people-centric social programmes. With your help and support, we can do the same for Malaysia.

Malaysia Deserves Better!

I also wish to assure you that policies which will benefit the people will not bankrupt our country – only corruption will. Our promises in our Pakatan Rakyat Manifesto amounting to RM46 billion can easily be funded by an “anti-corruption dividend” of 25% from the RM206 billion worth of annual government procurements and projects. 25% amounts to RM51 billion in savings that we can potentially reap, which is more than enough to pay for our promises.

Let us move forward to an international and intelligent state – one that educates and nurtures talent; one that promotes and rewards diligence, expertise and entrepreneurship; one that is liveable by being clean, green, safe and healthy; and one that practices integrity, justice and people-centric governance.

Malaysia Deserves Better.

The only progress is change. Only when you have the courage to change, then can you live with dignity. The time has come for us to connect with each other as Malaysian brothers and sisters.

Where your problems be it Malay, Chinese Indian, Kadazan or Iban are our problems. Where your leaders, are our leaders. And where your children, are also our children. And where your hopes are our aspirations.

We do not want to fear the government but the government to fear us. Join us in giving hope to you and the young.

Let us connect with each other so that we can face the challenges of the future together. In preparing for the future, let us not let BN steal our children’s future as they have stolen ours for the last 56 years. Ini kali lah!

Malaysia Deserves Better.

Sincerely,

Lim Guan Eng
DAP Secretary-General

—–BM Version—–

Surat Terbuka Oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Kepada Semua Pengundi Malaysia Berikutan Pembubaran Parlimen Bagi Membuka Jalan Untuk Pilihan Raya Umum ke-13

Untuk Semua Rakyat Malaysia Yang Percaya Bahawa Malaysia Berhak Menikmati Masa Depan Yang Lebih Baik.

Sambil kita menantikan detik berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 yang bersejarah ini, anda boleh memainkan peranan yang penting dalam mengubah perjalanan sejarah negara kita. Hanya dengan keberanian untuk berubah, anda dapat menggalas masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia yang bebas daripada ketakutan, bebas daripada kejahilan dan bebas daripada rasuah.

Malaysia berhak menikmati masa depan yang lebih baik!

Pilihan Raya Umum yang bersejarah ini berkisar pada ekonomi negara serta parti mana yang mempunyai dasar yang betul, idea, aspirasi dan prinsip untuk membina kehidupan rakyat dengan lebih baik.

Malaysia tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana. Ramai yang sukar percaya bahawa pada tahun 1966, KDNK per kapita Malaysia adalah sebanyak USD350, jauh mendahului Korea Selatan dengan USD130. Hampir lima puluh tahun kemudian, KDNK Malaysia meningkat kepada USD9,977 sementara Korea Selatan melonjak mendahului Malaysia kepada USD22,424.

Sejak Mac 2008, sistem dwi-parti bukan sahaja memberikan kita pilihan malah memberi nilai kepada pilihan kita. Negara-negara yang dahulunya kurang maju daripada kita seperti Korea Selatan dan Taiwan telah berubah menjadi negara ekonomi berpendapatan tinggi sementara kita masih tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana.

Pada tahun 1963, rakyat Malaysia lebih kaya daripada Korea dan Taiwan, dengan pendapatan per kapita sebanyak 13.6% berbanding dengan pendapatan AS, manakala Korea dan Taiwan pula mempunyai pendapatan per kapita lebih rendah pada 10.7% dan 12.6% masing-masing. 50 tahun kemudian hari ini, Malaysia jauh di belakang dengan hanya menjadi separuh kaya daripada Korea dan Taiwan.

Pendapatan sebagai % pendapatan AS (dalam KDNK per kapita)

Terdapat 3 faktor kejayaan yang kritikal, iaitu demokrasi yang berfungsi, memerangi rasuah dan membina modal insan. Kerajaan yang gagal untuk melaksanakan tugas dengan baik akan digantikan melalui pilihan raya demokratik oleh kerajaan yang baik, lantas menghasilkan pembaharuan dan penambahbaikan progresif. Pemimpin yang korup digantikan oleh mereka yang berintegriti. Sementara itu, kemakmuran negara pula disokong dengan membina dan melatih semula modal insan.

Hadiah terbaik yang boleh diberi oleh sesebuah kerajaan kepada generasi masa depan kita bukanlah pemberian wang tunai tetapi pengetahuan, pendidikan, serta sistem yang adil dengan integriti dan peluang yang saksama. Barulah kita boleh memastikan kehidupan yang bermaruah serta kehidupan yang lebih baik untuk generasi masa depan kita.

Malaysia berhak menikmati masa depan yang lebih baik!

Jauh berbeza dengan kedua-dua negara di atas, Malaysia merupakan jaguh No.1 di dunia dari segi aliran keluar modal haram per kapita, dengan kerugian RM32,000 bagi setiap rakyat Malaysia, iaitu angka yang lebih teruk berbanding China dengan kerugian RM6,400 per kapita dalam tempoh masa yang sama. Tidak hairanlah bagaimana hutang negara kita telah meningkat dua kali ganda daripada RM267 bilion pada tahun 2007 kepada lebih RM502 bilion pada hari ini, lima tahun kemudian.

Tambahan pula, Malaysia telah mencatat belanjawan defisit selama 15 tahun berturut-turut. Kali terakhir Malaysia mencatat lebihan adalah ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Adalah penting supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri untuk meletakkan Malaysia kembali ke keadaan sepatutnya.

Dengan mengambil iktibar daripada faktor-faktor kejayaan Korea Selatan, kita boleh menyanggah kejatuhan ekonomi Malaysia. Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa kita boleh mentadbir negeri dengan bersih, bertanggungjawab dan telus. Kami telah menukar defisit menjadi lebihan, mengurangkan hutang negeri, meningkatkan aset dan rizab kami, dan berjaya menyelamatkan berbilion dana awam melalui tender terbuka yang berdaya saing. Lebih penting lagi, kami telah menyalurkan simpanan negeri kepada rakyat melalui program-program berjiwa rakyat. Dengan bantuan dan sokongan anda, kita boleh melakukan perkara yang sama untuk Malaysia.

Malaysia berhak menikmati masa depan yang lebih baik!

Saya juga ingin memberi jaminan kepada anda bahawa dasar-dasar yang memanfaatkan rakyat tidak akan membankrapkan negara – hanya rasuah yang akan membankrapkan negara. Janji-janji dalam Manifesto Pakatan Rakyat berjumlah RM46 bilion dapat dibiayai dengan mudah melalui “dividen anti-rasuah”, iaitu simpanan 25% daripada semua pemerolehan dan projek kerajaan yang berjumlah RM206 bilion setahun. Simpanan 25% adalah bersamaan dengan RM51 bilion, iaitu lebih daripada cukup untuk membiayai janji-janji kami.

Mari kita bergerak ke hadapan untuk menjadi sebuah negara pintar yang bertaraf antarabangsa – negara yang mendidik dan memupuk bakat; negara yang memberi galakan dan ganjaran untuk ketekunan, kepakaran dan keusahawanan; negara yang sesuai didiami dengan menjadi bersih, hijau, sihat dan selamat; serta negara yang mengamalkan integriti, keadilan dan tadbir urus berjiwa rakyat.

Malaysia berhak menikmati masa depan yang lebih baik!

Satu-satunya langkah ke hadapan adalah perubahan. Hanya apabila anda mempunyai keberanian untuk berubah, maka anda boleh hidup dengan bermaruah. Masanya telah tiba untuk kita bersatu padu sebagai satu keluarga rakyat Malaysia.

Masalah anda sebagai orang Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban turut menjadi masalah kami. Pemimpin anda menjadi pemimpin kami. Anak-anak anda adalah juga anak-anak kami. Harapan anda menjadi aspirasi kami.

Kita tidak mahu takut kepada kerajaan tetapi sebaliknya kerajaan takut kepada kita. Sertailah kami dalam perjuangan untuk memberi harapan kepada anda dan anak-anak muda.

Marilah kita bersatu supaya kita dapat menghadapi cabaran masa depan bersama-sama. Dalam persediaan untuk masa depan, janganlah kita membiarkan BN mencuri masa depan anak-anak kita sepertimana mereka telah merompak masa depan kita selama 56 tahun yang lalu. Ini kali lah!

Malaysia berhak menikmati masa depan yang lebih baik!

Yang ikhlas,

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

============= Mandarin Version =======================

民主行动党秘书长林冠英于国会解散、迎接第13届全国大选之际,写给全体马来西亚人的公开信:

写给全体相信马来西亚值得更好的马来西亚人

正当我们倒数这场历史性的第13届全国大选,你们在改变我国历史方向扮演重要的角色。只要你们勇于改变,你们将为马来西亚带来一个免于恐惧、免于无知、免于贪污的未来。

马来西亚值得更好!

这场历史性的全国大选将是关于经济、关于哪一个政党的政策、理念、理想及原则可以让我们生活得更好。

马来西亚陷入中等收入陷阱。很多人难以相信,1963年,马来西亚的人均国内生产总值为350美元,超越韩国的130美元,近50年后,马来西亚的人均国内生产总值为9千977美元,但是韩国已经领先达2万2千424美元。

自2008年3月以来,两线制给了我们选择的机会,也让我们的选择有了份量。那些从前在我们后头的国家如韩国、台湾,如今已经转型成为高收入经济体,而我们却还陷在中等收入陷阱。

1963年, 马来西亚人民比韩国人、台湾人还富有,人均国内生产总值是美国的13.6%, 而韩国及台湾的人均国内生产总值分别是美国的10.7%及12.6%。50年后的今天,马来西亚远远落后韩国及台湾,人均国内生产总值只达他们的一半。

占美国收入的百分比(人均国内生产总值)

成功的三个关键因素是:作用性民主、肃贪及培育人才。一个无法表示的坏政府通过民主选举被好的政府取代,然后带来进步改革及改善。廉洁的领袖取代贪污的领袖,国家的繁荣昌盛取决于培育人才、再培训人才。

一个良好政府所给予下一代最好的礼物,不是现金,而是知识、教育、免于恐惧及贪污。唯有如此,我们才能活得有尊严,我们的年轻一代才能活得比我们好。

马来西亚值得更好的。

比起上述两个国家, 我国在非法资金外流外面的人头比例倒是世界第一,估计每一名马来西亚人损失3万2000令吉,比起中国,每一名中国人在同一时期损失6400令吉。怪不得,我国的国债从2007年的2670亿令吉,五年后增加至今天的5020亿令吉。

最重要的是,马来西亚已经连续15年都面对财政赤字。最后一次我们财政预算出现盈余的年代是拿督斯里安华担任副首相的时候。因此, 让他当选成为首相,才能让马来西亚回到正轨。

如果我们愿意学习韩国三个成功的关键因素,我们可以挽救马来西亚国力日渐走下坡的局面。民联州属已经证明, 我们可以把州政府管理得当,我们的施政廉洁、负责任、具透明度,财政预算转亏为盈,债务缩减、资产及储备金增加;通过公开竞争招标,我们节省了上百亿令吉的公款。更重要的是,我们把省下来的钱,通过社会福利计划还给人民。只有得到你的协助及支持,我们才能在全国推行同样的措施。

马来西亚值得更好!

我借此向你们保证,上述利民政策不会导致国家破产,只有贪污才会亡国。我们在民联宣言中承诺460亿令吉的利民计划,能够在每年价值2060亿的政府采购及工程中,截取25%的“反贪利息”。省下25%相等于省下510亿令吉,足以支付我们所承诺的利民计划。

让我们迈进成为一个国际化、智能化的州属,共同实现教育、培育人才;奖赏勤勉、专才及企业精神;打造净绿安康的宜居地;推崇廉洁、公义及民本施政。

马来西亚值得更好!

唯一进步的做法就是改变。唯有你有勇气改变,你才能活得有尊严。是时候让我们联系在一起,视彼此为手足。

无论你是马来人、华人、印度人、卡达山或伊班人,你的问题就是大家的问题。你们的领袖,也是我们的领袖。你们的孩子,也是我们的孩子。你的希望,就是我们的启示。

我们不要畏惧政府,反而应该是政府畏惧人民。让我们把希望给予为你及你的下一代。

让我们联系在一起,一起面对未来的挑战。为未来做好准备,别再让国阵一直重复他们过去56年的做法,继续窃取我们孩子的未来。这一次,让我们改朝换代!

马来西亚值得更好的。

林冠英
民主行动党秘书长

Leave a Comment