UMNO Dan Utusan Malaysia Terperangkap Dengan Fitnah Jahat Dan Permainan Perkauman Bila Mempersoalkan Mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Menggunakan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Sebanyak RM33.6 Juta Untuk Membina 10,000 Rumah Kos Rendah Dan Mampu Milik.(bm/cn)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 18.10.2012.

UMNO dan Utusan Malaysia terperangkap dengan fitnah jahat dan permainan perkauman bila mempersoalkan mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera sebanyak RM33.6 juta untuk membina 10,000 rumah kos rendah dan mampu milik. Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa Akaun Amanah tersebut naik 58% kepada RM33.6 juta.

Sebelum ini kerajaan negeri PR dituduh bahawa tidak menubuhkan akaun amanah sedemikian untuk membantu membina rumah untuk orang Melayu/bumi. Sekarang bila fitnah ini dibuktikan, tidak pula minta maaf sebaliknya pusing mendakwa Kerajaan negeri Pulau Pinang menganiayai orang Bumi dan Melayu dengan tidak menggunakan wang tersebut untuk membina rumah mampu milik. Fitnah jahat ini mempermainkan ideologi perkauman untuk menanam kebencian di kalangan rakyat dan mengancan pemimpin kerajaan negeri, khususnya saya sebagai Ketua Menteri.

Sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah mencatatkan rekod yang tidak pernah dilakukan dengan memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau. Usaha mengumpulkan wang RM500 juta bukanlah mudah dan perlu 4 tahun untuk mencapainya. RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang.

Sejak 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation(PDC) telah berjaya membina 4,000 yunit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit. Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi.

Maka untuk mengelakkan tuduhan sedemikian, wang kerajaan negeri digunakan dahulu. Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 yunit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta.

Fitnah jahat Utusan dan UMNO terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi PERDA Dato Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 yunit rumah kos rendah dan mampu milik. Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit! Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan.

Kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan jaminan akan menggunakan wang akaun amanah perumahan bumiputera untuk membina rumah mampu milik. Ia akan dibukti dengan rumah pangsa dan bukan dengan kata. Kerajaan negeri akan menepati janji bukan macam BN yang masih belum menepati janji yang dibuat 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas.

330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan. Saya difahamkan 330 ekar tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri pada 1982 bagi tujuan tapak rumah kelamin TUDM dengan pampasan RM 5,148,000 ataupun harga RM 15,600 seekar.

Selepas proses pengambilan tanah siap, Geran tanah telahpun dipindahmilik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 23.2 1984. Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina di atas 330 ekar tanah. Sebaliknya tanah tersebut yang terdiri daripada pokok kelapa sawit kini disewa dengan harga RM7,000 sebulan.

Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013. Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?

Lim Guan Eng

----Mandarin Version—-

槟州首席部长林冠英于2012年10月18日 在乔治市发表声明:

巫统及《马来西亚前锋报》热衷于诬谄及玩弄种族情绪,他们质疑为何槟州政府没有使用土著房屋基金的3360万令吉来兴建1万所廉价屋及可负担房屋。

巫统及《马来西亚前锋报》热衷于诬谄及玩弄种族情绪,他们质疑为何槟州政府没有使用土著房屋基金的3360万令吉来兴建1万所廉价屋及可负担房屋。2011年总稽查报告指出,上述基金存款增加58%至3360万令吉。

之前,民联政府被指责没有设立上述基金来兴建房屋给马来人或土著。现在,当证据显示他们诬赖后,他们没有道歉,反而指责州政府欺压土著及马来人,因为我们没有利用上述款项来兴建可负担房屋。这种恶意的指责是在玩弄种族情绪 ,以便在人民之间埋下怨恨的情绪,威胁州政府的领导层特别是我这名首长。

虽然联邦政府有责任兴建可负担房屋,民联州政府却已经破记录,拨出5亿令吉来兴建槟州可负担房屋,包括槟岛区。要筹集这5亿令吉并不容易,它需要4年时间。上述5亿令吉也仅足够 我们在五年内兴建1万8000间可负担房屋。

自2008年以来,州政府通过槟州发展机构,成功兴建4000所廉价屋及中廉价屋,而私人发展商也兴建了8000个单位,共1万2000个单位。一旦州政府使用土著基金,前锋报和巫统又将指责州政府没有使用自己的钱来兴建可负担房屋,而是利用土著的钱。

因此,为了避免上述指控,我们先使用州政府的钱。再说,上述土著基金也不足够,因为若要兴建350个中廉价屋,单单是建筑费(未包括土地费)已经超过3500万令吉。

前锋报及巫统的恶意指责很明显,槟州在野党领 袖及槟州区域发展机构(PERDA)主席拿督阿查哈也批评政府没有使用3360万令吉兴建1万所廉价屋及可负担房屋。阿查哈的言论简直荒谬,因为这意味着每所房屋为3360令吉。我想要看看上述机构如何使用3360令吉兴建一所房屋,这是不可能的。

槟州政府保证将利用土著房屋基金的存款来兴建可负担房屋。我们会以组屋来证明,而不是讲讲而已。州政府将会遵守诺言,而不像国阵那样,还没有兑现28年前的诺言,那就是在甲抛峇底兴建住房给马来西亚皇家空军部队。

在柏淡甲抛峇底330英亩的地段,自1984年起便以每月7000令吉出租,而不是兴建住房给皇家空军部队。据知,州政府于1982年征用上述330英亩的土地,征地费为每英亩1万5600令吉或总共514万8000令吉。

土地征用后,有关地契于1984年2月23日被转交给联邦土地理事会。但是,28年后,上述330英亩的土地并没有用来兴建住房给皇家空军部队。反之,上述地段种满油棕树,每月租金为7000令吉。

上述租约每3年更新,将在2013年6月到期。为什么巫统、前锋报及阿查哈不问:如果征用330英亩土地,不用来兴建空军部队住房,而以每月7000令吉出租,这对空军部队及国家有什么好处?

林冠英

Leave a Reply