Penang BN Chairman Teng Chang Yeow must explain why 2 UMNO leaders who claim to defend the rights of the Malays chose to profit as land brokers but refused to share their RM 5 million profits, earned within a mere three and a half months, with the 31 Malay landowners. Today, Teng has chosen to defend both Umno Penang deputy chairman Dato Musa Sheikh Fadzir and BN Penang general election strategy director Dato Omar Faudza for profiting RM 5 million from sale of land owned by 31 Malay landonwers in Kampung Terang, Balik Pulau, as a private business transaction.
Teng clearly forgets that as political leaders, public interest demands that the private business transactions of these 2 UMNO leaders must also conform with their public political positions. Is this how UMNO leaders defend the rights of Malay landowners by buying their land cheap and then selling it high, pocketing 100% the profits from the sale? I regret that Musa has refused to explain why he refused to share the RM 5 million profit with the 31 Malay landowners and instead behaved emotionally and irrationally by attacking me as a racist for bringing up this issue of public interest.
How am I a racist when I asked Musa and Omar to share the RM5 million profits with the 31 Malay landowners and not with non-Malays? Clearly BN and UMNO are so bankrupt of political ideas that a racist party is calling a multi-racial party racist!
Teng’s irresponsible refusal to explain is similar to dishonest tactics of spreading lies after lies without proof against PR leaders. Beginning with falsifying Google photographs of hillslope projects to run down the PR state government, Teng has still not shown evidence that myself, 4 EXCO members Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai and Danny Law together with ADUN Komtar Ng Wei Aik has a personal interest in the Taman Manggis private hospital project.
Now Teng tries to explain BN’s failure to fulfill their promise to buy the Taman Manggis 1.1 acre piece of land at RM450 per square feet to build Projek Perumahan Rakyat(PPR) by saying that the state government has not written officially to BN. This is a new condition which was never mentioned earlier by BN.
To ensure that Teng does not try to run away again from making unsubstantiated allegations and promises, I have directed my Political Secretary Ng Wei Aik to write an official letter to be handed over to Teng’s office that BN can buy over the land at RM450 per square feet to build PPR. Profits from proceeds from the sale to BN will be used to fund the building of affordable housing by the state government in the island, especially in Jalan S.P. Chelliah.
The question is will BN come up with the over RM22 million before the next general elections to buy the land to build PPR or this is another sandiwara to get cheap publicity?
Lim Guan Eng
—-BM Version —-
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 3 September 2012
BN Harus Menjelaskan Mengapa 2 Pemimpin UMNO Yang Mendakwa Diri Pembela Hak Melayu Memilih Untuk Mengaut Keuntungan Sebanyak RM5 Juta Dalam Jangka Masa Tiga Setengah Bulan Sebagai Broker Tanah Tetapi Enggan Berkongsi Keuntungan Tersebut Dengan 31 Pemilik Tanah Melayu.
Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow harus menjelaskan mengapa 2 pemimpin UMNO yang mendakwa diri pembela hak Melayu memilih untuk mengaut keuntungan sebanyak RM5 juta dalam jangka masa tiga setengah bulan sebagai broker tanah tetapi enggan berkongsi keuntungan tersebut dengan 31 pemilik tanah Melayu. Hari ini, Teng memilih untuk mempertahankan kedua-dua timbalan pengerusi UMNO Pulau Pinang Dato’ Musa Sheikh Fadzir dan pengarah pilihan raya BN Pulau Pinang Dato’ Omar Faudzar kerana mengaut keuntungan RM5 juta daripada jualan tanah yang dimiliki 31 pemilik tanah Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau, sebagai satu urusan perniagaan.
Teng jelas lupa bahawa sebagai pemimpin politik, kepentingan awam menuntut bahawa urusan perniagaan kedua-dua pemimpin UMNO ini harus selari dengan jawatan politik yang disandangi. Adakah ini cara pemimpin-pemimpin UMNO melindungi hak pemilik tanah Melayu dengan membeli tanah mereka pada harga yang murah kemudian menjualnya pada harga yang tinggi, dan menelan 100% keuntungan yang didapati? Saya kesal bahawa Musa bukan sekadar enggan menerangkan mengapa beliau tidak mahu berkongsi keuntungan RM5 juta tersebut dengan 31 orang pemilik tanah Melayu, tetapi apabila disoal beliau berlaku emosi dan bersikap tidak rasional serta menyerang saya sebagai rasis kerana menimbulkan isu kepetingann awam ini.
Bagaimanakah saya boleh dianggap rasis kerana menyaran supaya Musa dan Omar berkongsi keuntungan RM5 juta itu dengan 31 pemilik tanah Melayu dan bukan dengan orang bukan Melayu? Jelas BN dan UMNO ketandusan idea politik apabila sebuah parti perkauman boleh mencela sebuah parti pelbagai bangsa sebagai rasis!
Keengganan Teng untuk memberi penjelasan adalah serupa dengan taktik menabur fitnah demi fitnah tanpa bukti terhadap pemimpin-pemimpin PR. Bermula dengan pemalsuan foto Google dalam kes projek-projek bukit untuk mengutuk kerajaan negeri PR, Teng masih lagi belum menunjukkan bukti bahawa saya, 4 ahli EXCO iaitu Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai dan Danny Law serta ADUN Komtar Ng Wei Aik mempunyai kepentingan peribadi dalam projek hospital swasta Taman Manggis.
Kini Teng cuba untuk menjelaskan kegagalan BN untuk menunaikan janji untuk membeli tanah 1.1 ekar di Taman Manggis pada harga RM450 sekaki persegi untuk tujuan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri belum lagi memberi surat rasmi kepada BN. Ini merupakan satu syarat baru yang tidak pernah disebut oleh BN.
Untuk memastikan Teng tidak dapat mengelak dengan membuat janji-janji dan dakwaan yang tidak berasas, saya telah mengarahkan Setiausaha Politik saya Ng Wei Aik untuk menulis surat rasmi yang akan dihantar kepada pejabat Teng supaya BN boleh membeli tanah itu pada harga RM450 sekaki persegi untuk tujuan PPR. Keuntungan daripada penjualan tanah itu kepada BN akan digunakan untuk pembinaan perumahan mampu milik oleh kerajaan negeri di kawasan Pulau, terutamanya di Jalan SP Chelliah.
Soalannya, adakah BN akan membayar lebih RM22 juta sebelum pilihan raya umum yang akan datang untuk membeli tanah tersebut untuk pembinaan PPR atau adakah ini hanya sandiwara murahan semata-mata?
—-Mandarin Version —–
槟州首席部长林冠英于2012年9月4日在乔治市发表声明:
国阵应该解释为什么两名巫统领袖,口口声声说要捍卫马来人的权益,却通过身为土地经纪在三个半月内赚取500万令吉,还不愿意与31个马来地主分享他们利润?
槟州国阵主席邓章耀一定要解释为什么两名巫统领袖,口口声声说要捍卫马来人的权益,却通过身为土地经纪在三个半月内赚取500万令吉,还不愿意与31个马来地主分享他们利润?今天,邓章耀选择维护巫统槟州副主席拿督慕沙昔法迪兹及国阵槟州大选策略总监拿督奥玛法查,指两人转售浮罗山背甘榜直浪31名马来地主的土地,赚了500万令吉,纯粹是私人的商业交易。
邓章耀很明显地忘了,身为政治领袖,基于公众利益,两名巫统领袖的私人商业交易必须符合他们的公共政治职位。这就是巫统领袖如何捍卫马来地主的权益?以低价买进土地,高价出售?然后赚取100% 的利润?我对于慕沙还不愿意解释他为何拒绝与31名马来地主分享500万令吉的利润感到遗憾,他还表现得情绪化及不理智,在我提出这项课题时,攻击我为一种族主义者。
我叫慕沙和奥玛与31名马来地主分享500万令吉利澜,不是非马来人,我怎会是种族主义?很明显地,国阵与巫统已经政治破产,他们叫一个多元种族政党为种族政党!
邓章耀不愿意解释也是不负责任的,等同于他在没有证据的情况下,针对民联领袖散布谣言。开始时,他们拿出伪造的谷歌山坡影像图,以打击民联政府,邓章耀还是没有拿出证据,他指我、四名州行政议员曹观友、彭文宝、黄汉伟、罗兴强以及光大区州议员黄伟益在山竹园(Taman Manggis)私人医院工程中有私人利益。
现在邓章耀试图辩解国阵无法以每平方公尺450令吉买下山竹园的1.1英亩土地,以兴建人民组屋,他说州政府还没有正式写信给国阵。这是国阵之前没有提过的新条件。
为了确保邓章耀不会再次捏造无意义的谎言和诺言,我已经指示我的政治秘书黄伟益,正式写信然后交到邓章耀的办公室,好让国阵可以每平方公尺450令吉买下土地来兴建人民组屋。我们出售土地给国阵赚来的钱,将会用以在槟岛齐亚来路兴建可负担房屋。
现在问题是国阵会不会在来届大选前,拿出2200万令吉来购买土地兴建人民组屋,或者这是另一个获取廉价宣传的伎俩?
林冠英