Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan merayu kepada Perdana Menteri agar memberikan layanan setimpal kepada Pulau Pinang dengan menambahkan peruntukan daripada RM2.88 bilion di bawah RMK-10 kepada lebih RM7.2 billion.(bm/cn)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan merayu kepada Perdana Menteri agar memberikan layanan setimpal kepada Pulau Pinang dengan menambahkan peruntukan daripada RM2.88 billion di bawah RMK-10 kepada lebih RM7.2 billion. Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal bahawa hanya RM2.88 billion diperuntukan bagi melaksanakan 259 program/ projek bagi RMK-10 berbanding dengan RM6.54 bilion bagi melaksakan sebanyak 993 program/ projek di bawah RMK-9.

Memandangkan bahawa RMK-10 telah ditambah sebanyak 10peratus berbanding RMK-9, maka jumlah peruntukan untuk Pulau Pinang juga harus ditambah 10peratus daripada RM6.54 bilion di bawah RMK-9 kepada RM7.2 bilion di bawah RMK-10. Kegagalan Kerajaan Persekutuan berbuat demikian akan dilihat sebagai tindakan terus meminggirkan rakyat Pulau Pinang atau diskrimanasi terhadap negeri Pulau Pinang hanya kerana rakyat negeri ini telah memilih secara demokrasi Pakatan Rakyat untuk memerintah Pulau Pinang.

Kerajaaan Persekutuan harus ingat bahawa Pulau Pinang memberikan sumbangan signifikan dalam pembayaran cukai dan duti kepada Kerajaan Persekutuan. Tambahan pula, Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan menarik pelaburan ke Malaysia dan Pulau Pinang. Ini ketara dibuktikan dengan pencapaian cemerlang Pulau Pinang menjadi jaguh pelaburan di Malaysia secara dua tahun berturut- turut dengan RM12.24 billion dalam tahun 2010 dan RM9.1bilion dalam tahun 2011.

Sekiranya Kerajaan Persekutuan terus mengambil pendekatan diskriminasi yang tidak matang ini, ia hanya memakan tuan kerana yang rugi bukan sahaja Pulau Pinang tetapi juga Malaysia. Bak kata pepatah Melayu “marahkan seekor nyamuk habis kelambu dibakar”.

Soalan bertulis yang dikemukakan oleh saya kepada Perdana Menteri adalah seperti berikut :

Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada Pulau Pinang di bawah RMK-10 berbanding dengan RMK-9 dan sila nyatakan secara terperinci projek-projek, khususnya kos projek jalan demi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan perparitan/ longkang untuk mengatasi banjir kilat.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM2.88 bilion bagi melaksanakan sebanyak 259 program/projek bagi rolling plan pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi Negeri Pulau Pinang. Sementara itu, dalam Rancangan Malaysian Kesembilan (RMK-9)bagi tahun 2006-2010, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM6.54bilion bagi melaksanakan sebanyak 993 program/projek.

Untuk makluman Ahli Yang berhormat juga, daripada jumlah tersebut, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM873.43juta bagi melaksanakan 50 projek pembinaan jalan dan jambatan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Manakala itu, sebagai langkah untuk mengatasi masalah banjir kilat, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM234.96 juta bagi melaksanakan 30 projek untuk mengatasi masalah banjir kilat dalam tempoh RM-9 hingga rolling plan pertama RMK-10.

LIM GUAN ENG

========Mandarin Version=============

槟州首席部长林冠英于2012年3月6日在吉隆坡发表的文告:

槟州政府呼吁首相能公平拨款予槟州,在第10大马计划下,望能从28亿8千万的拨款增加至超过72亿令吉。

槟州政府呼吁首相能公平拨款予槟州,在第10大马计划下,望能从28亿8千万的拨款增加至超过72亿令吉。相较于第9大马计划下槟州获得65亿4千万令吉进933项计划,槟州政府对于只能在第10大马计划下只获得28亿8000万令吉进行259项计划感到失望。

纵观第10大马计划已经比第9大马计划增加10%,因此,槟州理应从原本第9大马计划下所获得的65亿4千万令吉,在第10大马计划下增加10%至72亿令吉。联邦政府无法做到这一点,让人看到其边缘化槟州及其是槟州,只因为槟州人民透过民主程序选择了民联政府管理槟州。

联邦政府须谨记槟州上缴联邦政府的税收是占非常重要的比例。更何况槟州在马来西亚的经济发展及吸引外资到大马及槟城方面扮演着举足轻重的角色。这可从槟州在2010年及2011年,连续吸资高居全国冠军,获得证明。2010年槟州获得了122亿4千万令吉投资,2011年则获得了91亿令吉投资。

如果联邦政府继续不成熟地采取歧视政策对付槟州,联邦政府将自食恶果,因为槟州损失,大马也将会损失,就如马来谚语所说的“为了迁怒于一只蚊子,竟然把蚊帐给烧了”

我询问首相的国会问题如下 :

峇眼国会议员林冠英要求首相列出相较于第9大马计划,在第10大马计划下的拨款,同时详细列出其拨款内的全部计划,特别是列出造路解决交通阻塞计划及造沟渠解决闪电水灾计划的费用。

答案:

联邦政府已经在第10大马计划下拨出28亿8千万令吉给槟州进行259项计划,而在2006年至2010年的第9大马计划下,联邦政府已经拨款65亿4千万令吉在槟州进行993项计划。

联邦政府已经拨款8亿7千343万令吉在槟州进行50项造路及造桥计划,以减少交通阻塞。

同时,为了减少闪电水灾,联邦政府已经在第9及第10大马计划拨款2亿3千496万令吉进行30项治水计划。

林冠英

Leave a Comment