Shocking RM2.52 Billion Losses In 2011 Suffered By MAS Marks A Spiralling Dive Of No Return For Our National Carrier Unless Failed Policies Are Replaced With Professional Management, Results-Oriented Work Ethic And A New Business Model Based On CAT (en/bm/cn)

Press Statement by DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng in Kuala Lumpur on 1.3.2012

Shocking RM2.52 Billion Losses In 2011 Suffered By MAS Marks A Spiralling Dive Of No Return For Our National Carrier Unless Failed Policies Are Replaced With Professional Management, Results-Oriented Work Ethic And A New Business Model Based On Competency, Accountability and Transparency(CAT)

The shocking net loss of RM2.52 billion for 2011 recorded by national carrier Malaysia Airlines (MAS) is a stark reminder of how mismanagement and a failed business model has caused a crisis in the once-reputable and proud airline with its cash reserves almost bled dry.In fact, MAS has been on a downward spiral since the departure of now Minister in the Prime Minister Department Dato’ Seri Idris Jala in 2009, with its net profit of RM490 million in 2009 to RM234 million in 2010 plunging tragically to the record breaking staggering losses of RM2.52 billion in 2011.

These losses suffered are a far cry from a few years ago when Dato’ Seri Idris Jala was tasked to revitalise MAS as CEO. He was appointed in 2005 and was able to turn the company around to record a profit of RM850 million in 2007 against a loss of RM1.3 billion two years before that. Why is it that Dato’ Seri Idris was able to turn aroudn MAS and leave it in healthier conditions but all his hard work has been undone? Do we need Dato’ Seri Idris Jala back at the MAS cockpit to save the doomed airline?

In addition to the stark losses, MAS’s cash reserves more than halved to RM1 billion at the end of last year from RM2.1 billion at the end of 2010 while net assets dropped from RM3.5 billion to RM1.1 billion. In other words, MAS is no longer flying on fuel but instead is now flying on fumes. This is the legacy of a piratisation deal disguised as privatisation and subsequent re-nationalisation gone awry. Even 2001 bailout in which the Federal Government paid double the market price at the time could not rescue MAS from its fundamental problems. The Federal Government paid RM1.8 billion or RM8 per share to Tan Sri Tajudin Ramli instead of the market value of RM3.68 at the time.

MAS can not blame prevailing poor global economic conditions. In contrast Singapore Airlines managed to record profits last year. In fact, we need not even look that far as even local budget carrier Air Asia has been able to outdo MAS by miles. One need only to look at Air Asia’s current market capitalization which stands at RM10.1 billion, compared to MAS at RM4.8 billion. Air Asia, despite being only a decade old and far smaller in operations, is worth more than double in market capitalisation!

There must be something wrong when a budget airline that charges far lesser fares can make more money than an airline that charges more. The viability of our national airline is in question until and unless the fundamental issues are resolved. Is it a question of a failed business model or management failure, or both?

Clearly, the only way to prevent our national asset from plunging into a fatal crash is to engage a new business model based on the principles of Competency, Accountability and Transparency which has served the Penang State Government well. Not only have we been able to impress and attract investors by being the top manufacturing investment destination in Malaysia for two consecutive years running in 2010 and 2011, Penang has also been able to record budget surpluses every year since 2008 and have shaved our state government debts by 95% from RM630 million to RM30 million.

The current business model employed by MAS is clearly a failed one. If MAS continues to subscribe to the old centrally-planned model and political interference that breed corruption and inefficiency, our national carrier is doomed.

Finally, the question that Malaysians demand to know is who will be held accountable for such a loss? Surely RM2.52 billion losses by our national airline is unacceptable to everyone in the country, especially when the reason it was renationalised in the first place was to rescue it from the afflictions of mismanagement and a poor business model. The government must identify those responsible for such huge losses and take action against them as the people expect nothing less from a responsible government.

—BM Translation —

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 1.3.2012

Kerugian Mengejutkan Sebanyak RM2.52 Bilion Yang Dialami Oleh MAS Untuk Tahun 2011 Akan Menjunamkan Syarikat Penerbangan Kebangsaan Melainkan Dasar-Dasar Yang Gagal Digantikan Dengan Pengurusan Profesional, Etika Kerja Yang Berorientasikan Hasil Dan Model Bisnes Baru Yang Berdasarkan Prinsip Cekap, Akauntabel Dan Telus (CAT).

Kerugian mengejutkan sebanyak RM2.52 bilion yang dialami oleh syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia Airlines (MAS) untuk tahun 2011 adalah pengingatan jelas bahawa salah urus dan model bisnes yang gagal telah mengakibatkan krisis dalam syarikat penerbangan yang pernah menjadi kebanggaan ramai apabila simpanan tunainya juga sudah hampir kehausan. Sebenarnya, MAS sudah pun mula menjunam sejak pemergian Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Idris Jala pada tahun 2009, apabila keuntungan bersihnya telah merudum dari tahun ke tahun, yakni keuntungan RM490 juta pada tahun 2009 telah diikuti oleh keuntungan RM234 juta pada 2010 dan kemudiannya kerugian sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011.

Kerugian yang dialami ini jauh berbeza dengan prestasi beberapa tahun lalu apabila Dato’ Seri Idris Jala telah dilantik untuk memulihkan MAS sebagai CEO. Beliau dilantik pada tahun 2005 dan telah berjaya mencatatkan keuntungan RM850 juta pada tahun 2007 berbanding dengan kerugian RM1.3 bilion hanya 2 tahun sebelum itu. Dato’ Seri Idris telah memulihkan MAS tetapi semua usahanya sudah sia-sia sekarang. Adakah kita memerlukan Dato’ Seri Idris Jala untuk kembali menerajui kokpit MAS untuk menyelamatkannya?

Di samping kerugian yang teruk itu, simpanan tunai MAS telah diseparuhkan kepada RM1 bilion pada akhir tahun lepas daripada RM2.1 bilion pada akhir tahun 2010, sementara aset bersih telah menurun daripada RM3.5 bilion kepada RM1.1 bilion.

Dalam kata lain, MAS sudah tidak lagi terbang dengan bahan api tetapi hanya terbang dengan wasap. Inilah pewarisan “piratisation” atau perompakan yang menyamar sebagai penswastaan dan kemudian pengambil alihan semula oleh kerajaan secara tidak keruan. Malah tindakan Kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan MAS pada tahun 2001 dengan membayar dua kali ganda harga pasaran tidak dapat membantu. Kerajaan Persekutuan telah membayar RM1.8 bilion ataupun RM8 setiap saham kepada Tan Sri Tajudin Ramli walaupun harga pasaran pada masa itu hanya RM3.68 setiap saham.

MAS tidak boleh menyalahkan keadaan ekonomi global yang kurang sihat kerana Singapore Airlines telah mencatatkan keuntungan untuk tahun lepas. Malah, kita tidak perlu pergi jauh kerana syarikat penerbangan bajet tempatan Air Asia pun telah mengalahkan MAS. Kita hanya perlu melihat permodalan pasaran Air Asia yang bernilai RM10.1 bilion, berbanding MAS yang hanya bernilai RM4.8 bilion. Meskipun Air Asia hanya berumur satu dekad dan jauh lebih kecil dari segi operasi, ia bernilai lebih dua kali ganda dalam permodalan pasaran.

Tentunya terdapat masalah apabila syarikat penerbangan bajet yang mengenakan caj yang lebih rendah boleh lebih berjaya dan untung berbanding syarikat penerbangan yang mengenakan caj yang tinggi. Daya maju syarikat penerbangan kebangsaan kita akan terus dipersoalkan melainkan isu-isu fundamental diselesaikan. Adakah ianya satu masalah model bisnes yang gagal atau pengurusan yang gagal, ataupun kedua-duanya?

Adalah jelas bahawa cara untuk mengelakkan aset kebangsaan kita daripada terhempas adalah untuk menggunakan model bisnes baru yang berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus yang telah membawa kejayaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Bukan sahaja kita berjaya meyakinkan dan menarik pelabur dan menjadi destinasi pelaburan pembuatan nombor satu di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut pada tahun 2010 dan 2011, Pulau Pinang juga telah mencatatkan lebihan bajet pada setiap tahun sejak 2008 dan telah mengurangkan hutang Kerajaan Negeri sebanyak 95% daripada RM630 juta kepada RM30 juta.

Model bisnes yang sedang digunakan MAS jelas sudah gagal. Sekiranya MAS terus menggunakan kaedah perancangan pusat dan membenarkan campur tangan politik yang membiakkan rasuah dan ketidak cekapan, syarikat penerbangan kebangsaan kita akan ditakdirkan untuk gagal.

Akhirnya, soalan yang ingin ditanya oleh rakyat Malaysia adalah siapakah yang akan bertanggungjawab untuk kerugian yang besar ini? Sudah tentu kerugian RM2.52 bilion oleh syarikat penerbangan kebangsaan kita ini tidak boleh diterima semua, terutamanya apabila sebab utama ia diselamatkan oleh kerajaan adalah untuk menyelamatkannya daripada masalah-masalah salah urus dan model bisnes yang lemah. Kerajaan mestilah mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab untuk kerugian yang besar ini dan mengambil tindakan ke atas mereka kerana itulah yang diharapkan oleh rakyat Malaysia.

========Mandarian Translation ==================

民主行动党秘书长及峇眼区国会议员林冠英于2012年3月1日在吉隆坡发表的文告:

马航竟然在2011年亏了高达25亿2千万令吉,实在令人震惊。如果所有失败的政策再不以专业的管理、以工作成绩衡量及能干、公信、透明的新经营模式来取代,那么我们国家的前途将会急转直下难以再回首。

马航2011年净亏本25亿2千万令吉实在令人震惊,也在在显示了管理不当及经营模式的失灵,已经为这家曾经著名的航空公司带来危机,其现金储备也几近枯竭。其实,在现任首相署部长拿督斯里依德利斯在2009年离开马航后,马航业绩就急转直下,从2009年的净利4亿9千万令吉、下滑至2010年的2亿3千400万令吉,接着灾难性的在2011年疯狂净亏25亿2千万令吉。

这巨大亏损与数年前拿督斯里依德利斯作为马航总裁时,简直天差地远。他在2005年走马上任后,在2007就为马航创下8亿5千万净利纪录,成功扭转前两年净亏13亿令吉的局面。为何,拿督依德利斯能转亏为盈,并且让马航走上健康的正轨,但如今他的心力付出却功亏一篑?我们是否需要拿督依德利斯重返马航,领航马航,拯救垂危的马航?

在严重亏损下,马航的现金储备已经从2010年终的21亿令吉,骤降超过一半至2011年终的1亿令吉。同时,马航净资产也从35亿令吉骤降至11亿令吉。换句话说,马航现在不再是载满汽油飞翔,而是载着满满的烦恼与问题在飞。

这就是私己化伪装成私营化的后遗症,将促使接下来的再度国有化曲折重重。即使当2001年联邦政府付出双倍市价紧急财援马航的时候,也根治不了马航的核心问题。当时联邦政府给付丹斯里塔朱丁每股8令吉共18亿令吉,而其市价只有每股3令吉68仙。

马航不可以将差强人意的表现归就全球经济危机,因为相反的新加坡航空却在去年的净利创纪录。其实远的不说,就连我国的廉价航空公司亚航的营运也赢了马航好几条街。看看亚航现有的资本额已经高达101亿令吉,而马航只有48亿令吉。亚航不只年轻马航数十年,营运规模也比马航小,但是资本额竟然是马航的两倍!

收取更少费用的廉价航空比收费更高的航空更赚钱,这一定有问题。我们国家的航空公司是否可行还是个问题,除非根本问题获得解决,究竟问题出在失败的运作模式或失败的管理,还是两者都有问题?

显然,只有如槟州政府实行的能力、问责和透明原则为基础的新商业模式,才是预防国家资产陷入致命崩溃的唯一方法。槟州民联政府不仅能打动和吸引外资,在2010年和2011年连续蝉联全国制造业投资之冠,也在2008年执政槟州后每年有盈余,并减少州政府的债务高达95%,从6亿3000万令吉减少至3000万令吉。

马航目前的运作模式明显失败,如果马航继续延续腐败和低效率的旧式中央计划模式和政治干预,国家事业注定失败。

最后,大马人民要知道谁该为这项亏损负责?全国没有一个人可以接受国航亏损了25亿2000万令吉,尤其当初重新国有化国航的原因就是要拯救其管理不当和糟糕的经营模式,政府必须找出谁必须对此巨大亏损负责并采取对付行动,这是国民对一个负责任政府的期待。

林冠英

Leave a Comment