Surat kpd Ketua Polis Negara: Tindakan Keras Ke Atas Ahli UMNO dan PERKASA yang memukul wartawan dan mengancam saya (bm/cn)


PSUKPP/21/

29 Februari 2011

YBhg Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar
Ketua Polis Negara
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

YBhg Tan Sri,

TINDAKAN KERAS KE ATAS AHLI UMNO DAN PERKASA YANG MEMUKUL WARTAWAN DAN MENGANCAM SAYA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Seperti yang Tan Sri sedia maklum, pada 26 Februari 2012, beberapa pembantahan telah diadakan di seluruh Malaysia berkenaan dengan isu pembinaan loji nadir bumi Lynas di Kuantan. Malangnya, pembantahan anti-Lynas pada 26 Februari 2012 pada pukul 6:00 petang di Dataran Pidato, Padang Kota Lama, Pulau Pinang, telah diganggu oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang telah membuat rusuhan di kawasan itu. Sebelum saya sampai ke situ pada pukul 6:30 petang, saya difahamkan bahawa perusuh-perusuh itu telah cuba memaksa orang awam dan pembantah anti-Lynas balik rumah dan meninggalkan tempat itu. Ramai pula yang ditolak dan dipukul sehingga mereka jatuh, termasuklah wanita-wanita. Adalah nasib baik bahawa mangsa-mangsa tersebut tidak bertindakbalas balik.

3. Ini boleh dilihat dari laporan-laporan media dan juga dari rakaman video yang dilampirkan bersama surat ini, di mana perhimpunan aman yang diadakan di Dataran Pidato Pulau Pinang telah diganggu dan digugat oleh kekecohan sekumpulan orang yang dikenali sebagai ahli-ahli UMNO dan Perkasa Pulau Pinang, yang telah menyerang perhimpunan aman anti-Lynas itu dan telah menggunakan bahasa kasar, makian dan carutan perkauman seperti “Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri”. Ahli-ahli kumpulan tersebut telah juga mengganas peserta-peserta dan wakil-wakil media yang hadir, setakat dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh, Chew Seng Tun dan Lee Hong Chun, telah dipukul sehingga tercedera dan dipaksa mendapat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang.

4. Peristiwa ini adalah kali kedua wartawan dan orang awam diugut dan diganas oleh perusuh-perusuh UMNO-Perkasa tanpa tindakan keras diambil ke atas mereka oleh polis. Sebelum ini, pada 1 Julai 2011 dua orang wartawan telah dipukul oleh peserta-peserta demonstrasi yang melibatkan ahli-ahli UMNO dan Perkasa di KOMTAR dan selepas itu juga di Jambatan Pulau Pinang. Sehingga sekarang, tiada tindakan yang diambil terhadap mereka yang memukul wartawan itu.

5. Saya ingin menarik perhatian Tan Sri kepada tingkahlaku perusuh-perusuh UMNO-Perkasa pada 26 Februari 2012 itu yang memukul, menghalang dan meludah kereta saya. Peristiwa ini berlaku secara terbuka dan sewenang-wenangnya di hadapan anggota-anggota polis yang hadir berhampiran, tetapi anggota-anggota polis tersebut tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengawal keadaan, melindungi saya dan mengambil tindakan ke atas mereka yang menghalang, memukul serta meludah kereta saya. Dari rakaman video yang dilampirkan bolehlah dilihat bahawa anggota-anggota polis berdiam diri dan menonton sahaja apabila orang awam diganas dan apabila kereta saya dihalang, dipukul dan diludah.

6. Saya sebagai Ketua Menteri negeri ini telah dijemput menghadiri perhimpunan tersebut, tetapi saya sendiri telah diancam dan hampir dipukul oleh ahli-ahli kumpulan UMNO-Perkasa yang tersebut. Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah menunjukkan penumbuk terhadap saya dan telah menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti “You jaga”. Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya bahawa saya sendiri akan diserang. Saya difahamkan bahawa sebelum saya sampai, sudah berlaku kekecohan di mana ada beberapa orang awam diserang dan dipukul kumpulan ahli Perkasa dan UMNO ini. Semua laporan polis yang berkenaan dan rakaman video telah dibuat dan diberikan kepada pihak polis.

7. Adalah jelas bahawa tinkahlaku anggota-anggota polis yang berdiam diri dan tidak menghalang mereka yang mengganas rakyat Pulau Pinang itu tidak boleh diterima. Saya berharap bahawa tindakan yang keras sekarang akan diambil oleh pihak polis ke atas mereka yang bersalah agar peristiwa-peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi di Negeri Pulau Pinang.

Perhatian peribadi Tan Sri ke atas perkara ini adalah didahului dengan terima kasih.

Sekian,

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang

lamp.
s.k.: YBhg Dato’ Wira Ayub Haji Yaakob, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang

—–Mandarin Translation —

PSUKPP/21/

2012年2月29日

全国总警长丹斯里伊斯迈奥玛
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

尊敬的丹斯里,

采取严厉的行动,对付攻击记者和威胁我的巫统和土权成员

2. 于2012年2月26日,全国几个地方展开反对关丹建造莱纳斯稀土厂的绿色盛会。遗憾的是,当天下午6时于槟州旧关仔角草场言论广场进行的集会遭巫统党员和土权成员捣乱。我在当天下午6时30分抵达之前,该群流氓企图强逼在场的民众和反莱纳斯稀土厂请愿者离开,民众被推挤和殴打至跌倒,受害者中包括女性,欣慰的是这些受害者没反击。

3. 这封信附上媒体的报导和录影,可看到在槟州言论广场展开的和平集会被一群巫统党员和槟州土权成员捣乱和威胁,他们粗言秽语、辱骂和以种族歧视字眼,如“华人猪、槟州华人愚蠢、猪支持林冠英当首长”等。这群流氓也攻击参与集会者和出席的媒体代表,光华日报的2名记者周圣栋和李宏俊甚至被打伤,到槟州中央医院接受治疗。

4. 这是巫统和土权的流氓第二次威胁和攻击民众与记者,在这之前的2011年7月1日,已有2名记者被一群涉及在光大和槟城大桥上示威的巫统和土权的流氓殴打,至今仍没有采取行动对付那些殴打记者的行凶者。

5. 我促请丹斯里关注巫统及土权流氓在2012年2月26日所做的恶劣行径,包括对着我的官车敲打、阻挡及吐口水。这件事竟公然赤裸裸发生在警察部队面前,但是警察部队竟然没有采取行动控制局面保护我,也没有对阻挡、敲打、吐口水我官车的人采取行动。从录影中可看见警察部队就静静地站在那边观看着公众被欺凌,我的官车被阻挡、敲打及兔口水。

6. 我作为首席部长受邀出席这项集会,但是我却被巫统及土权侵犯,而且几乎被殴打。巫统及土权成员用种族歧视及粗口污辱我,并且以“你给我小心”(You jaga)恐吓我。若不是人民保护我,我相信我已经被攻击。据我了解,我抵达前现场已有数名民众被土权和巫统的成员攻击和殴打,所有相关的报案书和录影片段已交给警方。

7.很明显的警方静静站着袖手旁观他们欺凌人民是很难接受的。我希望警方对犯下这事件的人采取行动,以确保往后不在槟州发生类似事件。

在此先向丹斯里您先谢过。

林冠英
槟州首席部长

附寄: 槟州总警长,拿督阿育雅格

2 Replies to “Surat kpd Ketua Polis Negara: Tindakan Keras Ke Atas Ahli UMNO dan PERKASA yang memukul wartawan dan mengancam saya (bm/cn)”

Leave a Reply