BN Pulau Pinang Dan Dr Teng Hock Nan Dicabar Untuk Menunjukkan Bukti Bahawa Saya Telah Membuat Bayaran RM14.7 Juta Dalam Skendal Tanah Tang Hak Ju Sungguhpun Kes Ini Masih Dalam Proses Rayuan Semata-mata Demi Kepentingan Peribadi Saya(bm/cn).

BN Pulau Pinang dan Dr Teng Hock Nan dicabar untuk menunjukkan bukti bahawa saya telah membuat bayaran RM14.7 juta dalam skendal tanah Tang Hak Ju sungguhpun kes ini masih dalam proses rayuan, semata-mata demi kepentingan peribadi saya. Saya tahu BN Pulau Pinang dan Dr Teng marah saya kerana saya enggan menarik balik atau meminta maaf kerana menyebut kes tanah Tang Hak Ju sebagai satu skendal.

Akan tetapi mengapakah beliau atau BN Pulau Pinang tidak berani menyaman saya ke mahkamah kalau saya tidak bercakap benar? Saya telah menyatakan samada kerugian kepada kerajaan negeri adalah RM40 juta ataupun RM14.7 juta ataupun RM500,000 ia tetap satu skendal. Jumlah wang yang kerugian rakyat samada RM40 juta ataupun RM500,000 tidak menukar istilah skendal kepada bukan skendal samada seperti yang haram tidak boleh dihalalkan hanya kerana jumlah yang terbabit dikurangkan.

Oleh kerana BN dan Dr Teng tidak berani buat saman malu ke atas saya, mereka telah membuat suatu tuduhan serius bahawa saya lebih suka membayar RM14,7 juta pampasan dalam skendal tanah Tang Hak Ju kepada mahkamah atas kepentingan peribadi saya. Tuduhan ini adalah serius kerana menyatakan saya telah menyalahgunakan kuasa saya untuk membuat bayaran RM14.7 juta kepada Tang Hak Ju dalam mahkamah yang sepatutnya tidak dibayar.

Mahkamah telah melepaskan wang RM14.7 juta kepada Tang Hak Ju tanpa restu kerajaan negeri. Tetapi bolehkah Teng dan BN mengambil pendirian bahawa kerajaan negeri berkuasa untuk engkar perintah mahkamah?

Kerajaan negeri telah menurut perintah mahkamah dan nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang yang dilantik oleh Peguam Negara. Semua rekod ada minitkan bahawa pembayaran RM14.7 juta ini dibuat atas nasihat Penasihat Undang-undang sungguhpun dengan tidak rela hati oleh kerajaan negeri. Tuduhan BN Pulau Pinang dan Dr Teng adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan serius kerana dibuat ke atas saya atau Penasihat Undang-undang Pulau Pinang bahawa pembayaran dibuat daripada dana wang rakyat kemudian dipolitikkan isu berkenaan demik kepentingan peribadi.

Bayaran deposit RM14.7 juta merupakan 50% daripada jumlah kos ganti rugi sebanyak RM29.4 juta kepada Tang Hak Ju. Sekiranya bayaran faedah yang dianggarkan sebanyak RM10 juta diambilkira, maka jumlah kos pampasan adalah sebanyak RM40 juta. Kes ini berlaku bila kerajaan BN yang lama “tersilap’ dengan memberikan kelulusan tanah seluas 10.6 ekar dan permit kuari kepada Tang Hak Ju atas tanah yang tidak dimiliki kerajaan negeri tetapi oleh pihak swasta.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendepositkan wang sejumlah RM14,678,135.50 ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 18 Mei 2009 seperti yang telah diperintahkan oleh mahkamah pada 19 Febuari 2009 sungguhpun skendal tanah ini berlaku pada pentadbiran lama.Berikutan suatu keputusan oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini telah mengurangkan bayaran ganti rugi untuk Tang Hak Ju kepada RM500,000/-. Akan tetapi perkara ini belum muktamad kerana proses perundangan belum selesai dan mungkin dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan

Adakah kerajaan BN bersedia menghormati prinsip akauntabiliti menanggung pembayaran sekiranya kerajaan negeri PR berjaya mengurangkan pembayaran kepada RM500,000/-.. Lagi serius jika RM14.7 juta deposit yang telahpun dibayar kepada Tang Hak Ju tidak dikembalikan kepada kerajaan negeri adakah BN Pulau Pinang dan Dr Teng rela membayar RM14.7 juta ini?

Setiausaha BN Datuk Seri Dr Hilmi Yahya pula menyatakan bahawa Suruhanjya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) pun telah sahkan bahawa kes ini bukan skendal atau penipuan sungguhpun kerajaan negeri tidak dimaklumkan tentang perkara ini. SPRM sepatutnya menghubungi kerajaan negeri yang buat laporan kepada SPRM tetapi tidak dimaklumkan langsung yang seterusnya menimbulkan soalan samada SPRM bertindak hanya sebagai alat dan senjata politik BN.

Lim Guan Eng

——Mandarin Translation ———–

槟州首席部长林冠英于2012年2月7日在槟城乔治市发表声明:

我挑战槟州国阵及丁福南医生 拿出证据,证明我一味地为了私人利益,而在陈合裕土地丑闻案件还在上诉的当中,缴付了1470万令吉。

我挑战槟州国阵及丁福南医生 拿出证据,证明我一味地为了私人利益,而在陈合裕土地舞弊案件还在上诉的当中,缴付了1470万令吉。我知道槟州国阵与丁福南医生对我感到生气,是因为我拒绝针对指陈合裕土地案是一宗舞弊案撤回言论或道歉。

如果我讲的话不是事实,为什么他或槟州国阵不敢告我上法庭?我已经说了,不论是造成槟州政府损失4000万令吉、还是1470万令吉或是50万令吉,舞弊就是舞弊。人民钱财的损失,不论是4000万令吉,还是50万令吉,不会改变“舞弊”这个词的含义,正如非法的事情,不会因为涉及数额的大小,而变得合法。

由于国阵与丁福南不敢起诉我毁谤,他们做了一个严重的指责,说我为了个人的利益,在陈合裕土地舞弊案中缴付1470万令吉给法庭。这是一项严重的指责,等于说我滥用权力,在法庭缴付1470万令吉给陈合裕,这笔钱原本是不必还的。

法庭已经在未经州政府的同意下,将1470万令吉交给了陈合裕。丁福南和国阵能否表明立场,州政府是否可以违抗庭令?

州政府根据庭令并听取国家法律局所委任的州法律顾问的劝告。 所有记录都显示,州政府是在的听取州法律顾问的建议下,不情愿地缴付1470万令吉。槟州国阵及丁福南实在不负责任,还对我或州法律顾问进行严重的指控,指我们为了私利付款,然后将课题政治化。

上述1470万令吉的抵押金是付给陈合裕赔偿金2940万令吉的50%,这还不包括约1000万令吉的利息。这宗案件的发生是由于前朝国阵政府“失误”,批准陈合裕拥有一块10.6英亩的土地及采矿准证,这块土地并非由州政府拥有,而是属于私人地。

槟州政府已经在2009提5月18日遵从庭令,将1千467万8千135令吉50仙的款项,付给槟城第二高等法庭,作为陈合裕土地舞弊案的赔偿抵押金。此案也是前朝政府涉及土地舞弊所留下的。上诉庭最近已经将这笔赔给陈合裕的款项减少至50万令吉。但是这宗案件还没有了结,因为其司法程序还没有解决,可有可能会交由联邦法庭处理。

如果槟州民联政府成功将赔偿金减至50万令吉,国阵会不会负起责任缴付这笔赔偿金?更严重的是,如果州政府拿不回已经缴付给陈合裕的1470万令吉,槟州民联和丁福南是否愿意赔偿这1470万令吉?

国阵秘书拿督希尔米也说,反贪污委员会已经证实这起案件不是舞弊案也不是欺骗案,但是,州政府却对此毫不知情。既然是州政府向反贪委报案,他们应该直接通知州政府有关调查报告。这不禁让人怀疑,反贪委究竟是不是国阵的政治工具兼武器。

林冠英

Leave a Comment