Asset declarations for public officials(en/bm/cn)

Press Conference Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 13 January 2012.

Yesterday the Penang state government publicly declared the assets of Penang State EXCO members. Today, the Penang state government officially uploads the information of their assets on our government website: http://www.penang.gov.my/. Penang State EXCO members holding positions of public trust believe that the rakyat has a right to demand accountability from public officials.

The public declaration of assets fulfils the personal obligation of PR leaders and political commitment of the Penang PR State government towards reinforcing leadership with integrity in line with the CAT principles of Competency, Accountability, Transparency principles.

For the first time in Malaysian history, this public declaration of assets was conducted not by the state government but by an independent audit company. I regret that this important piece of information was not published by certain media and blogs and hope that this can be corrected.

The Penang state government has chosen the internationally renowned accounting firm, KPMG and its senior partner Chartered Accountant Ooi Kok Seng, for the verification exercise and to formulate the template and presented to the public. As an independent audit firm, KPMG is required to uphold the highest standards of professional standards ensuring that it complies with the principles of objectivity, independence and no conflict of interest before undertaking any task.

I also express the hope that the media can publish the information of our assets in full. I regret that basic financial knowledge appears to be lacking when some print the value of assets without stating the loans taken out to purchase them. Or confuse the number of units in unit trusts(10,000 units) with value(RM10,000) as number and value of unit trusts are not equivalent. Most unit trusts are valued be between 30 cents to 50 cents per unit.

The Penang state EXCO members wish to stress that they have no other sources of income except from their public allowances as public officials and ADUNs. Their allowances can be obtained from the Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri(Saraan) 1980.

—- BM Translation —–
Kenyataan Sidang Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 13 Januari 2012

Semalam, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Hari ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan rasminya memuat naik maklumat tersebut ke dalam laman web kerajaan http://www.penang.gov.my. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memegang jawatan dan amanah awam sebulat suara bersetuju bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut kebertanggungjawaban penjawat-penjawat awam.

Pengisytiharan harta secara terbuka ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan PR Pulau Pinang terhadap kepimpinan yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus).

Untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia, pengisytiharan harta secara terbuka telah dikendalikan bukan oleh kerajaan negeri tetapi oleh sebuah syarikat audit bebas. Saya berasa kesal bahawa maklumat yang penting ini tidak disiarkan oleh media massa dan blog-blog tertentu, dan berharap bahawa ini akan diperbetulkan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memilih firma akauntan antarabangsa yang terkenal iaitu KPMG dan rakan kongsi kanannya Akauntan Bertauliah Ooi Kok Seng, untuk mengesahkan dan menetapkan templat yang akan dipaparkan kepada umum. Sebagai sebuah firma audit bebas, KPMG perlu mendukung standard profesional yang tertinggi untuk memastikan pematuhan kepada prinsip-prinsip keobjektifan, kebebasan dan tiada konflik kepentingan sebelum menjalankan apa-apa tugasan.

Saya juga berharap bahawa pihak media boleh menyiarkan maklumat harta kami secara penuh. Saya berasa kesal melihat kekurangan pengetahuan asas dalam kewangan apabila nilai harta-harta disiarkan tanpa menyatakan pinjaman yang telah diambil untuk pembeliannya. Ada juga yang keliru di antara jumlah unit dalam unit amanah (10,000 unit) dengan nilai unit tersebut (RM10,000), kerana jumlah unit dengan nilainya adalah tidak sama. Secara purata, unit amanah mempunyai nilai antara 30 hingga 50 sen seunit.

Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa kami tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan yang lain selain daripada elaun awam sebagai penjawat awam dan wakil rakyat. Jumlah dan angka elaun ini boleh diperolehi daripada Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri(Saraan) 1980.

Lim Guan Eng

—-
槟州首席部长林冠英于2012年1月13日在乔治市发表声明:

昨天,槟州政府公开行政议员的财产。今天,槟州政府正式将有关资料上载至我们的官方网站:http://www.penang.gov.my/。 槟州行政议员相信,人民有权要求公职人问责、透明。

行政议员公布财产符合了民联领袖和槟州民联政府的政治意愿,也与领袖坚持奉行能干、公信及透明的廉正原则相一致。

这是马来西亚历史上,这项公开行政议员财产不是由州政府进行,而是由独立的稽查公司进行。我感到遗憾,这项消息并没有被一些媒体与部落客报道,我希望有关媒体可以指正。

槟州政府选择了国际著名的会计公司毕马威(KPMG)及其资深会计师黄国成, 进行查证及设计公布财产的格式并公布给公众。做为独立的稽查公司,毕马威在接下任务前,必须维护其最高的专业水平,以确保其工作符合目标与原则,保有独立性及没有利益冲突。

我希望媒体可以完整刊登我们所公布的资料。我感到遗憾,一些报道看来缺乏财经知识,在刊登某些资产价值时,对于贷款额只字不提。一些报道也混淆信托基金的单位与市场价值,将1万个单位等同于1万令吉,其实两者完全是不同等的。大多数的信托基金市场每单位介于30仙至50仙。

槟州行政议员要强调,除了身为公职人员及州议员的津贴,他们没有其它收入来源。而他们的津贴详情可以从1980年行政议员及州议员(津贴)法令中可以查知。

林冠英

Leave a Comment