Laporan Awal Projek Tempat Letak Kereta Bertingkat Di Stesen Bawah Bukit Bendera(bm/cn)

LAPORAN AWAL PROJEK TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI STESEN BAWAH BUKIT BENDERA OLEH DATO ROSLI JAAFAR, PENGURUS BESAR PDC KEPADA KETUA MENTERI PULAU PINANG DAN PENGERUSI PENANG DEVELOPMENT CORPORATION(PDC) LIM GUAN ENG PADA 6 SEPTEMBER 2011:

YAB LIM GUAN ENG TIDAK DIMINTA BERIKAN KELULUSAN KERANA PROJEK STESEN BAWAH BUKIT BENDERA(PENANG HILL) TELAHPUN DILULUSKAN LEBIH AWAL DI BAWAH KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI PADA 2007.

LATAR BELAKANG PROJEK
Projek di atas adalah merupakan projek untuk meningkatkan kemudahan di Stesen Bawah Bukit Bendera yang merangkumi penyediaan kemudahan tempat letak kereta bertingkat dan juga hentian bas pelancongan.

Kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan di tapak adalah atas kehendak serta kelulusan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pulau Pinang di bawah Kementerian Pelancongan. Peruntukan bagi projek ini diluluskan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di bawah RMK9. Jumlah siling peruntukan yang diluluskan adalah berjumlah RM5.0 juta.

Projek ini pada asalnya diserahkan kepada pihak JKR dan MPPP untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun, mesyuarat Post EXCO Pelancongan pada September 2007 di bawah kerajaan negeri dulu, telah meminta untuk PDC bertindak sebagai agensi pelaksana.

Itulah sebabnya kerajaan negeri PR yang baru dan YAB Ketua Menteri tidak dimaklumkan tentang kemajuan atau diminta memberikan kelulusan untuk projek ini kerana “pelanggan” adalah Kementerian Pelancongan.

PDC telah melantik PDC Consultancy Sdn Bhd bagi penyediaan rekabentuk dan pelaksanaan projek. Di dalam merekebentuk, sejumlah 6 hentian bas dan 112 tempat letak kereta dapat disediakan di atas lot yang seluas 0.62 ekar.

Pelan merancang telah diluluskan pada 21 Mei 2009. Pihak PDC telah memohon untuk mendapatkan kebenaran khas untuk memulakan lewat pembinaan dan telah memperolehinya pada 3 September 2009.

Satu tender terbuka telah dipanggil pada 23 Mac 2009 dan Lembaga Perolehan Persekutuan peringkat negeri Pulau Pinang pada 24 Jun 2009 telah meluluskan projek ini ditawarkan kepada DTE Construction Sdn Bhd pada harga RM3,958,988.26 dengan tempoh binaan selama 14 bulan.

Tarikh memulakan kerja adalah pada 10 Ogos 2009 dan tarikh siap pada 9 Oktober 2010, walaupun tarikh siap sebenar adalah pada 30 Mac 2011.

Dalam proses pembinaan, pihak konsultan telah membuat beberapa perubahan ke atas rekabentuk akibat dari masalah tapak yang telah menjadi lebih kecil akibat ‘encroachment’ rumah berdekatan. PDC terpaksa berbuat demikian supaya tidak mengganggu penduduk tempatan dan menambilkira permintaan pihak Kementerian agar memperuntukkan 6 hentian bas. Justeru itu, pelan pindaan kepada pelan bangunan yang diluluskan dikemukakan pada 12 November 2010 dan ianya masih belum diluluskan.

Pihak PDC sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas projek tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera tidak akan berkompromi dari aspek keselamatan pengguna. Justeru itu atas dakwaan bahawa bangunan yang dibina tidak selamat, satu badan penyiasatan bebas iaitu pihak IKRAM dengan kepakaran geoteknikal telah dilantik untuk menyiasat secara menyeluruh keadaan struktur yang dibina. Kerja-kerja penyiasatan telah mengambil masa selama 30 hari dan pada 24 Ogos 2011, satu laporan lengkap telah dikemukakan kepada PDC.

Hasil daripada penyiasatan IKRAM telah mengenalpasti beberapa perkara struktur bangunan yang perlu dipantau dan sekiranya perlu diambil langkah memperbaiki. Langkah yang akan diambil adalah:

(i) IKRAM akan memasang ‘settlement markers’ pada 22 bilangan tiang dan akan memantau ‘settlements’ secara berkala setiap tiga (3) bulan untuk tempoh tiga (3) tahun. Dalam tempoh ini, bangunan dapat beroperasi sepenuhnya. Sekiranya hasil pemantauan ‘settlements’ adalah baik, maka langkah mengukuhkan asas bangunan dapat dikurangkan atau tidak diperlukan sama sekali.

(ii) Sekiranya hasil pemantauan ‘settlements’ menunjukkan terdapat bacaan yang tidak memberangsangkan, langkah seterusnya adalah berkemungkinan memberhentikan operasi bangunan sementara waktu dan melaksanakan ‘foundation underpinning’ yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta dan mengambil masa enam (6) bulan dan juga membuat pembaikan terhadap sebarang kerosakan pada bangunan.

Dalam menangani isu rekabentuk yang tidak memenuhi kehendak piawaian serta mutu rekabentuk yang rendah, pihak PDC akui terdapat kelemahan di dalam rekabentuk yang tidak seharusnya berlaku. Dan ini akan menjejaskan keselesaaan pengguna. Pihak PDC telah sebaik mungkin memperbaiki kelemahan rekabentuk khususnya mengurangkan kecuraman ‘ramp’ agar lebih landai dan boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.

Beberapa pemeriksaan tapak bersama pihak MPPP telah dilakukan dan tindakan untuk menyelesaikan masalah ini masih diusahakan. Pemeriksaan terakhir adalah pada hari ini (5 September 2011) bersama MPPP di mana beberapa cadangan penambahbaikan akan dilakukan. Kerja-kerja ini akan terus ditingkatkan sehingga pihak MPPP berpuashati untuk membenarkan OC dikeluarkan.

Kami akur dengan arahan YAB Lim Guan Eng bahawa PDC mestilah patuhi arahan yang dikeluarkan oleh MPPP dan tidak akan dapat sebarang layanan khas hanya kerana PDC adalah agensi kerajaan negeri ataupun projek ini adalah projek Kementerian Pelancongan. Atas arahan YAB Lim, kami telah adakan lawatan bersama dengan Setiausaha MPPP Ang Aing Thye pada semalam 5hb September 2011. Hasil perbincangan diharap dapat dihantarkan suatu laporan muktamad kepada YAB dalam seminggu dua lagi.

Masalah-masalah yang berlaku ke atas projek ini telah menjejaskan tarikh pembukaan tempat letak kereta Bukit Bendera yang amat diperlukan. PDC ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan akan secepat mungkin menyelesaikan masalah ini, namun aspek keselamatan dan keselesaan pengguna akan tetap diutamakan.

—- Mandarin Translation—
槟州发展机构于2011年9月6日向槟州首席部长兼槟州发展机构主席林冠英提呈“升旗山脚下缆车站多层停车场工程”初期报告:

上述工程无需经过林冠英批准,因为早在2007年就获得联邦政府和州政府的通过批准。

工程背景

这是一项提升升旗山脚下缆车站设施的工程,包括提供停车设施和游览巴士站。

上述设施的建设,是基于隶属旅游部的槟州旅游行动理事会的要求及批准而展开的。旅游部在第九大马计划下批准这项工程的拨款,拨款顶额为500万令吉。

上述工程原本交由工程局及槟岛市政局实施。但是,2007年9月,前朝政府的槟州旅游委员会主席在前期会议中要求槟州发展机构成为这项工程的主要推行机构。

由于这项工程归旅游部所管,因此,新任的槟州民联政府及首长并没有被告知这项工程的进度、也无须获得他们的批准。

槟州发展机构已经遴选了槟州发展机构顾问公司准备设计图并推行上述计划。在设计方面,该公司在0.62英亩的土地上共准备了6个巴士站、112个停车位。

上述设计蓝图于2009年5月21日获准。槟州发展机构也申请特别许可,延后展开建筑工程,并于2009年9月3日获准。

2009年3月23日,我们进行公开招标,州内的联邦采购局于2009年6月24日批准这项计划,我们把工程合约颁给DTE建筑有限公司,合约总值395万8988令吉26仙,工程期限为14个月。

上述工程在2009年8月10日开始,于2010年10月9日完工,虽然预期的竣工日期为2011年3月30日 。

在建筑工程进行中, 顾问公司针对设计图做了几次修改,因为原有的土地遭附近民居侵犯而变得更小。槟州发展机构被迫如此,以便不干扰当地居民,并考虑了旅游部的要求,分配六个巴士站。因此,他们在2010年11月12日提呈经过修改的设计蓝图,但是,还没有获得批准。

槟州发展机构做为上述多层停车场计划的负责单位, 绝不会就使用者安全问题妥协。因此,针对那些指建筑物不安全的指控,我们委任了一个独立调查团大马公共工程研究院(IKRAM), 让那些地质技术专家针对有关建筑进行全面的勘查。有关勘查工作费时30天,他们于2011年8月24日提交了一份完整的计划书给槟州发展机构。

上述团体的勘查确定,有关建筑物的数项结构需接受观察监测,如果有必要进行维修,其涉及的范围将包括:

(i) 上述研究院 将会在22根柱子上安装“沉降标志”(settlements markers),并且会在接下来三年、每三个月进行定期监督。这段期间,有关建筑物能够正常使用。一旦“沉降监督”结果良好,那么建筑物的根基加固措施可以减少,或者根本不需要。

(ii) 如果“沉降监督”的标志显示不良结果,我们可能暂停使用有关建筑物,并且进行预计耗时6个月、花费150万令吉的根基支撑工程,并针对建筑物的损坏部分进行维修。

针对设计图没有达标、素质低劣,槟州发展机构已经承认设计图存有缺陷,犯了不应该犯的错。这也让停车场使用者不舒服。槟州发展机构将尽速修补设计图的缺陷,减少坡道(ramp)的倾斜度,让各类型的交通工具都可以使用。

我们也与槟岛市政局在上述地点进行了数项检验,并采用必要的行动来解决问题。2011年9月5日是双方共同进行的最后一个检验工作,我们将根据当局提出的数项建议来提升建筑物。我们将不断地进行提升工程,直到槟岛市政局满意、发出入伙纸。

我们认同首长林冠英的指示,槟州发展机构必须遵从槟岛市政局的指示,不会因为本身是槟州政府机构、或这是旅游部的工程而享有特别待遇。在首长的指示下,我们在2011年9月5日与槟岛市政局秘书洪永泰一同前往上述地点。我们希望在两个星期内可以提呈最后报告给首长。

上述工程的种种问题已经严重影响升旗山停车场的启用日期。对于所引发的各种不便,槟州发展机构向公众道歉,我们将尽快解决这项问题,一切将以使用者的安全及舒适为最终考量。

拿督罗斯里加法
槟州发展机构总经理

Leave a Comment