Menaikkan Hasil Tanah PDC Sebanyak 6 Kali Ganda Menerusi Sistem Tender Terbuka Dengan Harga Rezab oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang (bm/cn)

KENYATAAN MEDIA YAB LIM GUAN ENG, KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PAJAKAN LOT 836 MUKIM 12 JURU SEBERANG PERAI TENGAH ANTARA PDC DENGAN WEI LEAN AQUACULTURE SDN. BHD. BAGI TUJUAN PROJEK PERTANIAN KOMERSIL.

1.1 PDC mempunyai sebidang tanah iaitu Lot 836, Mukim 12, Daerah Seberang Perai Tengah yang seluas 102.8123 ekar. Sejak 1995, PDC telah memajak tanah kepada pihak swasta tetapi bukan secara tender terbuka dengan harga rezab.

1.2 PDC telah memutuskan untuk memajak selama 15 tahun kepada pihak-pihak yang berminat bagi melaksanakan projek pertanian komersil agar dapat memberi pulangan yang lebih tinggi kepada PDC.

1.3 Sehubungan itu pada 10 Mei 2010 PDC telah membuka tender pajakan Lot 836 dengan penetapan harga rezab mengikut nilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) seperti berikut:-

i) Sewa Tanah RM29,000 sebulan (RM282/ekar/bulan)
ii) Pembelian aset tetap RM632,400 yang terdiri daripada :-

a) 2 buah kandang kambing
b) 4 buah rumah fertigasi
c) Sebuah bangunan pejabat
d) Peralatan pertanian
e) Peralatan dan perkakasan pejabat
f) Sebuah Land Rover

Aset tetap di atas lot 836 adalah yang dibina atau dibeli oleh PDC Agrotech Sdn. Bhd. sejak syarikat tersebut mengambil alih pengurusan lot tersebut.

1.4 Pada tarikh tutup tender iaitu 14 Jun 2010, hanya dua (2) buah syarikat sahaja telah mengambil bahagian. Walau bagaimanapun tawaran yang diterima adalah jauh lebih rendah daripada harga rezab yang ditetapkan, maka Lembaga PDC dalam mesyuaratnya pada 20 Julai 2010 telah menolak kedua-dua tender tersebut. Lembaga seterusnya memutuskan supaya PDC membuka tender baru.

1.5 Sehubungan itu pada 21 Oktober 2010, PDC telah sekali lagi membuka tender pajakan lot 836. Pada tarikh tutup iaitu 9 Disember 2010, terdapat 11 buah syarikat telah mengambil bahagian. Namun begitu harga tawaran daripada syarikat-syarikat tersebut juga didapati lebih rendah daripada harga rezab PDC. Oleh itu pada 17 Mac 2011, Lembaga Tawaran telah memutuskan untuk menjemput semula semua syarikat yang telah mengambil bahagian untuk mengemukakan tawaran akhir (final offer). Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga sama atau melebihi harga rezab tersebut.

1.6 Pada tarikh tutup iaitu 11 April 2011, hanya 7 buah syarikat yang mengemukakan tawaran akhir dengan Syarikat Wei Lean Aquaculture Sdn. Bhd. telah menawarkan harga tertinggi iaitu RM33,928 sebulan bagi sewa tanah dan RM4,000 sebulan bagi aset tetap. Ini menjadikan jumlah sewa sebulan yang ditawarkan oleh Syarikat Wei Lean Aquaculture Sdn. Bhd. ialah RM37,928 atau berjumlah RM6,827,040 untuk tempoh 15 tahun..

1.7 Syarikat Wei Lean Aquaculture Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman luas dalam bidang ternakan ikan dan udang. Syarikat ini mencadangkan untuk menjalankan aktiviti ternakan ikan dan udang di atas lot 836 sebagai aktiviti pertanian komersil yang utama.

1.8 Berdasarkan pengalaman yang ada dan keupayaan kewangan yang baik, PDC yakin Syarikat Wei Lean Aquaculture Sdn. Bhd. akan berjaya melaksanakan projek yang dicadangkan dengan jayanya dan mampu menjelaskan bayaran sewa kepada PDC mengikut syarat perjanjian yang ditetapkan.

1.9 Atas keyakinan tersebut, pada 20 April 2011, Lembaga Tawaran telah bersetuju untuk menawarkan pajakan lot 836 kepada Syarikat Wei Lean Aquaculture Sdn. Bhd. selama 15 tahun bagi tujuan aktiviti pertanian komersil.

1.10 Dengan termerainya perjanjian pajakan pada hari ini, membuktikan bahawa PDC sekali lagi telah memcapai kejayaan dalam mengoptimakan hasil daripada projek-projek yang dijalankan. Jika dibandingkan dengan jumlah hasil sebulan setakat RM6,920 sebelum ini, sistem tender terbuka yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah membolehkan PDC menaikkannya sebanyak enam kali ganda kepada RM37,928 sebulan. Untuk tempoh 15 tahun, hasil PDC akan berlipat ganda kepada RM6,827,040.

1.11 Kegagalan Kerajaan BN lama yang tidak mengamalkan sistem tender terbuka secara kompetitif dengan harga rezab sebelum ini, telah mendatangkan hasil yang jauh berkurangan iaitu sekadar 1/6 sahaja. Inilah kejayaan dasar CAT yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri dan PDC pada masa ini.

RINGKASAN HASIL KUTIPAN SEWA LOT 836, JURU

———Mandarin Translation ————

槟州首席部长林冠英配合槟州发展机构与威联水产饲料市场有限公司,签署位于威中柔府836号巫金12地皮商业务农计划合约时,所发表的文告:
槟州民联政府透过公开招标,成功为槟州发展机构带来比底价高出6倍的土地收益。
1.1 槟州发展机构在威中巫金12的836号地段,拥有一片面积102.8123依格的土地。自1995年开始,槟州发展机构一直租给私人界,但是以底价,而不是公开招标。
1.2 槟州发展机构决定将这块地段出租15年给那些有兴趣进行商业务农者,以为槟州发展机构取得更高的回酬。

1.3 同时,在2010年5月10日,槟州发展机构已经用资产评估与服务局所估计的固定底价进行公开招标,出租836号地段:

i) 土地出租每月2万9000令吉(每月每英亩282令吉)
ii) 固定资产收购价63万2400令吉:-

a) 两个羊栏
b) 4座加肥灌溉屋
c) 一座办公室
d) 务农工具
e) 办公室配备
f) 一辆Land Rover多用途越野车

在836地段上的资产是槟州发展机构AGROTECH公司接管有关地段的业务时兴建或购买的。

1.4 在招标日期于2010年6月14日截止后,只有两家公司参与竞标。虽然如此,我们所收到的投标价比底价还低,因此,槟州发展机构董事局在2010年7月20日的会议上拒绝上述两份竞标,并决定重新招标。

1.5 此外,在2010年10月21日,槟州发展机构再次公开招标出租836地段。2010年12月9日竞标截止时,有11家公司参与竞标。但是,这些公司的投标价还是低过槟州发展机构的底价。在2011年3月17日,竞标局决定重新邀请所有参与竞标的公司提呈最后的投标。我们会优先考虑投标价等同或超过底价的公司。

1.6 到了2011年4月11日,只有7家公司提呈最后投标价,威联水产饲料市场有限公司提出最高的投标价,即每月3万3982令吉租金及固定资产租金每月4000令吉。这让上述公司的每月可缴付的租金达3万7928令吉,或15年总共682万7040令吉的租金。

1.7 威联水产饲料市场有限公司是一家非常有经验的鱼虾饲养公司。这家公司建议在上述地段进行以鱼虾饲养为主的商业务农。

1.8 有鉴于上述公司拥有良好经验与财务能力,槟州发展机构相信威联水产公司将会成功的进行他们的计划,并根据合同的规定缴清租金。

1.9 2011年4月20日,竞标局决定将836地段的租约颁给威联水产公司长达15年,以进行商业务农活动。

1.10 随着合约的签署,再次证明槟州发展机构已经成功地将所有计划的收益最大化。与之前每月6920令吉的收入相比,槟州政府的公开招村让槟州发展机构的每月收入增加了6倍,达3万7928令吉。接下来15年,槟州发展机构的收入也将乘倍增加到682万7040令吉。

1.11 前朝国阵政府没有善用底价,推行具竞争力的公开招标,因此只赚了六分之一。这是州政府与槟州发展机构目前推行能干、公信及透明政策的一项成就。

柔府836地段租金收入简介

林冠英

Leave a Comment