Penubuhan Pusat Dialysis CAT Pertama di Negeri Pulau Pinang Yang Ditempatkan Di Balik Pulau

Tujuan Penubuhan Pusat Dialysis

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang akan melancarkan inisiatif bersejarah dengan menubuhkan Pusat Dialysis CAT yang pertama di Pulau Pinang untuk memberikan rawatan kepada pesakit dengan harga RM30 bagi setiap dialysis.

Mengikut statistik, Pusat Dialysis di Negeri Pulau Pinang yang diuruskan oleh swasta ialah sebanyak 48%, NGO menguruskan sebanyak 40% dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan ialah 12%.

Kerajaan Negeri melalui program ‘Sekolah Hijau’ akan membuat pemantauan terhadap mutu makanan di kantin-kantin sekolah dan menganjurkan program – program kesedaran kesihatan bersama Jabatan kesihatan Negeri (JKN) bagi menangani isu obesiti yang menjurus kepada penyakit diabetes. Bagi menggalakan gaya hidup yang sihat , Kerajaan Negeri akan mewujudkan lebih banyak kawasan / tapak rekreasi.

Setakat April 2011, di Pulau Pinang terdapat 45 buah Dialysis Centre dan cuma 24 pusat sahaja yang beroperasi secara sah. Mengikut statistik pada tahun 2009, terdapat 1,804 pesakit buah pinggang di Pulau Pinang. Memandangkan bilangan pesakit buah pinggang semakin meningkat, 6 pusat dialysis di Hospital Pulau Pinang dengan sebanyak 75 buah mesin yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan sukar untuk memenuhi kehendak peningkatan tersebut .

Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri telah mengenalpasti lokasi untuk memulakan projek perintis Pusat Dialysis CAT di Pejabat Pasar Awam Balik Pulau. Ia berhampiran perhentian bas (Rapid Penang) dan bangunan tersebut adalah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). MPPP telah memberi persetujuan bagi meggunapakai ruang di belakang Pejabat Kutipan Hasil, Pejabat Pasar Awam Balik Pulau sebagai Pusat Dialysis CAT Negeri Pulau Pinang dengan kadar sewaan nominal RM10.00 setahun.

Kawasan tersebut telah dipilih sebagai lokasi projek perintis kerana kedudukan yang strategik, kepadatan penduduk luar bandar yang tinggi dan pengangkutan awam yang baik. Pada masa yang sama ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri PR kepada penduduk luar Bandar dan menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik.

Inisiatif ini akan dilaksanakan bersama dengan pihak swasta dengan konsep Public & Private Partnership Framework(PPP).

Pengubahsuaian bangunan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kos perkhidmatan dialysis akan ditetapkan pada kadar RM110.00 berbanding dengan kadar pasaran iaitu dari RM150 – RM200. Oleh itu Kerajaan Negeri akan memohon sumbangan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM50.00 di mana RM30.00 ditaja oleh Kerajaan Negeri dan RM30.00 lagi perlu dibiayai oleh pesakit buah pinggang (end stage renial failure). Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sumbangan RM50 bagi setiap rawatan untuk pesakit di Pusat Rawatan Dialysis yang bukan keuntungan. Seorang pesakit buah pinggang dianggarkan perlu menjalani 3 kali rawatan dalam seminggu.
Untuk tahap permulaan dicadangkan disediakan 10 buah mesin Homeodylasis (HD), sistem rawatan air RO dan automatic reprocessor dengan suntikan dana atas usaha Kerajaan Negeri. Kos setiap mesin HD dianggarkan RM 42,000 yang memerlukan perbelanjaan RM420,000 yang ditanggung oleh pihak swasta dan Kerajaan Negeri di bawah konsep PPP.

Kerajaan Negeri akan mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan (MOH) dengan bantuan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) . 3 aspek utama yang perlu diperhalusi ialah seperti berikut :
i. capital investment;
ii. operational requirements; and
iii. medical KPI.

Kerajaan Negeri dan pihak swasta akan menanggung kos utiliti dan sewaan premis. Kos ubah suai premis dianggarkan RM150,000.00 untuk menyediakan suasana rawatan yang kondusif dan 1 piawaian rawatan yang bertaraf antarabangsa akan diberikan kepada pesakit.

Di samping itu, kos permulaan (CAPEX) untuk peralatan pusat dialysis adalah berjumlah RM523,110. Kerajaan Negeri akan memperuntukkan pembiayaan kos tambahan seperti utiliti dan sewa premis.
Dengan kata lain, kos adalah RM1,093,110 :-
a) RM420,000 untuk 10 mesin HD
b) RM150,000 untuk kos ubahsuai
c) RM523,110 untuk CAPEX

Tambah pula Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kos operasi sebanyak RM589,514 untuk tahun 2012 apabila Pusat Dialysis CAT beroperasi dengan sepenuhnya. Anggaran perbelanjaan operasi tahunan yang lain adalah seperti berikut :
Anggaran Perbelanjaan Operasi Tahunan ( Untuk Tempoh 9 tahun)

Anggaran Pesakit dan Kos Rawatan

Kos perkhidmatan dialysis akan ditetapkan pada kadar RM 110.00

Kerajaan Negeri akan menanggung kos untuk tempoh 10 tahun iaitu anggaran sebanyak RM 2,046,720 sekiranya menaja hanya RM 30.00 setiap rawatan untuk seramai 25 – 50 orang.

Inisiatif ini yang dijalankan oleh YB Phee Boon Poh adalah sumbangan Kerajaan negeri PR Pulau Pinang kepada rakyat selepas saya meminta syarikat swasta memberikan sumbangan menjaga kesihatan rakyat. Kerajaan Negeri telah menggunakan lebihan bajet dan bercadang sekiranya keadaan mengizinkan untuk memperluaskan Pusat Dialysis CAT di kawasan lain di Pulau Pinang.

Leave a Comment