Pelancaran “Peti 3R Setiap 100 Langkah”

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG DI MAJLIS PELANCARAN “Peti 3R Setiap 100 Langkah” DI PERSIARAN GURNEY PADA 30 APRIL 2011 (SABTU)

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis pada hari ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana telah menjemput saya untuk merasmikan dan melancarkan pemasangan Peti 3R setiap 100 langkah di Persiaran Gurney.

Selaras dengan hasrat menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri bertaraf antarabangsa oleh Kerajaan Negeri, pada 22 Mei 2010, program ‘Cleaner Greener Penang’ telah dilancarkan di kawasan Prangin Canal. Demi mencapai hasrat ini adalah perlunya Pulau Pinang menjadi negeri hijau dan bersih.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sisa pepejal dan pembersihan di Pulau Pinang. Pelbagai prasarana telah dijalankan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Pelbagai kempen juga telah dijalankan untuk meningkatkankesedaran di kalanganrakyat mengenai kaedah menguruskan sisa pepejal mereka, mengkompos sisa makanan dan kitar semula sebelum dilupuskan di tapak pelupusan sampah.Atas usaha 3R ini, pelupusan sisa pepejal telah dikurangkan sebanyak 175 metrik tan sehari di Seberang Perai.Pada tahun 2010, kadar kitar semula di kawasan pulau telah meningkat sebanyak 20% dari 80,000 metrik tan pada tahun 2009 ke 100,000 metrik tan.

Sejajar denganmatlamat “Cleaner, Greaner Penang”, kita telah melancarkan program “Hari Tanpa Beg Plastik Percuma”, “ No Polistrin” dan hari ini diikuti dengan program “Peti 3R setiap 100 langkah” yang menggalakkan Kurangkan(Reduce), Guna Semula(Reuse) dan Kitar Semula (Recycle). Ini adalah hari yang amat bersejarah kerana “Peti 3R setiap 100 langkah” adalah kali pertama dijalankan di Malaysia. Sama seperti kempen pengurangan beg plastik dan No Polistrin, Pulau Pinang sekali memimpin negara- Penang Leads!

Peti 3R ini ditaja oleh Syarikat Tye Wei Marketing Sdn Bhd dan ianya merupakan tong kitar semula yang mematuhi semua konsep “Cleaner, Greener Penang” dimana ianya menggunakan “Green Power” (solar energy & LED) untuk mudah dilihat pada waktu malam. Secara tidak langsung ini akan menjimat tenaga eletrik yang selalunya digunakan oleh lampu biasa. Dengan kata yang lain, MPPP tidak perlu menanggung sebarang kos dalam program ini sebaliknya akan dapat untung dari kutipan lesen iklan.

Ini adalah konsep terbaru di Malaysia dan yang pertama di Pulau Pinang.

Peti 3R ini juga akan digunakan oleh Syarikat ICI Dulux dalam menjalankan kempen Go Green kepada orang awam. Dalam kempen ini, Syarikat ICI Dulux telah menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk mengkitar semula tin-tin cat yang telah digunakan. Mereka juga menggalakkan masyarakat mengkitar semula baki cat yang tidak digunakan bagi tujuan untuk dikitar semula.

Syarikat Tye Wei Marketing Sdn Bhd akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat swasta untuk mendapatkan tajaan dari segi pengiklanan. Syarikat ini telah melabur sebanyak RM3 juta untuk pemasangan infrastruktur Peti 3R.

Akhirnya, saya mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha gigih kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Syarikat Tye Wei Marketing Sdn. Bhd yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan Peti 3R setiap 100 langkah di kawasan George Town dan di tempat-tempat lain yang akan ditentukan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang kelak.

Dengan ini saya melancarkan program pemasangan Peti 3R setiap 100 langkah.

Sekian Terima Kasih!

槟州首席部长林冠英于2011年4月30日在新关仔角为“百步环保桶”致开幕词,重点如下:

我们进行了许多醒觉运动,威省的固体废料每天减少了175吨,而槟岛的再循环率提高了20%,从2009年的8万吨增加到2010年的10万吨。

配合绿意槟城的目标,我们进行了无免费塑料袋、拒绝保丽龙餐盒,今天我们也开展了“百步环保桶”的计划,以鼓励减少、再使用及再循环。这也是马来西亚首次进行的措施,与无免费塑料袋、拒绝保丽龙餐盒一样,槟州领先!这些3R桶是由Tye Wei公司赞助,也是遵守绿意槟州理念的再循环桶,采用太阳能及LED灯管,间接节省能源。换句话说,威省市政局不需承担任何费用,反而还可以从中获得广告执照费。

ICI Dulux 公司也使用这个3R桶来推广它的绿色活动。有关公司准备了回收漆桶设施,鼓励公众把所有漆桶以及没有再用的墙漆再循环。而Tye Wei 公司也与将私人公司合作,从中获取广告赞助。

这家公司投资了300万令吉来安装这些再循环设备。

Leave a Comment