Wang Tunai Kepada Mangsa Bencana Alam(Banjir)

KENYATAAN AKHBAR YAB KETUA MENTERI LIM GUAN ENG BERKENAAN BANTUAN SEGERA WANG TUNAI KEPADA MANGSA BENCANA ALAM (BANJIR) KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DI KOMTAR, GEORGE TOWN PADA 1.2.2011

1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan satu skim bantuan kepada mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan yang dikendalikan oleh JKM. Tujuan bantuan ini adalah bantuan elaun kepada mangsa banjir bagi perbelanjaan keperluan asas semasa berada di pusat pemindahan. Bantuan “one-off” sebanyak RM200 hanya diberikan kepada ketua keluarga yang diarahkan oleh Pegawai Daerah untuk berpindah.

2. Skim bantuan ini merupakan tambahan kepada bantuan yang sedia ada seperti bantuan makanan dan bantuan pemulihan selepas banjir.

3. Kerajaan negeri Pulau Pinang akan membantu dalam bentuk wang tunai secara one-off sebanyak RM200 kepada setiap ketua keluarga. Antara syarat-syarat untuk pertimbangan bantuan segera wang tunai ini adalah seperti berikut:

A. Warganegara Malaysia atau pemegang kad pemaustuatin tetap yang lahir sebelum merdeka atau disahkan oleh Penghulu/ Pengerusi JKKK.

B. Ketua keluarga atau adalah seorang ahli keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan yang diselenggara oleh JKM.

C. Berdaftar dengan JKM di pusat pemindahan dan berada di pusat pemindahan tidak kurang daripada 24 jam dan bermalam.

D. Turut dipertimbangkan mangsa yang mengalami bencana banjir berulang selepas dua minggu dari tarikh pusat pemindahan ditutup.

E. Sekiranya berlaku kejadian banjir besar/luar biasa bantuan akan disalurkan hanya kepada isi rumah mewakili setiap rumah yang terlibat dengan banjir.

4. Statistik Bantuan Banjir

Negeri Pulau Pinang bernasib baik pada 2010 kerana peristiwa banjir jauh berkurangan berbanding dengan 2009 dan 2008. Kekurangan ini pun adalah atas usaha gigih pihak JKR, JPS, MPPP, MPSP dan Pejabat Daerah untuk menyelenggara system perparitan dan pam serta perancangan rapi oleh kerajaan negeri untuk menjalankan program tebatan banjir mulai berkesan. Lagipun tindakan tegas kerajaan negeri mengeluarkan perintah henti kerja ke atas projek landasan berkembar keretapi berjaya menghindari daripada berlakunya banjir besar yang berlaku di Kedah.

5. Jumlah Pusat Pemindahan di Negeri Pulau Pinang

Secara keseluruhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti 11 buah pusat pemindahan yang terdiri daripada bangunan dewan orang ramai, sekolah dan pusat khidmat masyarakat.

Leave a Comment