Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM100 Setiap Tahun.
UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa Program Penghargaan Warga Emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, UMNO mengalih kepada program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) untuk membasmi miskin tegar. Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang memberi …