Kerajaan Negeri Bercadang Mewartakan Tanah Kerajaan Seluas 10.1 Ekar Di Bukit Mertajam Yang Lebih Dikenali Bukit DO Sebagai Taman Rekreasi Yang Baru.

Selaras dengan usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri hijau, kerajaan negeri Pulau Pinang berhasrat menambahkan tempat riadah hijau dan rekreasi untuk orang awam. Justeru itu, saya ingin mengumumkan cadangan kerajaan negeri mewartakan tanah kerajaan seluas 10.1 ekar di Bukit Mertajam yang lebih dikenali sebagai Bukit DO sebagai sebuah taman rekreasi yang baru.

Pewartaaan ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tanah pada 24 Ogos 2010 dan akan dibawa kepada kelulusan terakhir di Mesyuarat EXCO tidak lama lagi. Pewartaan ini adalah di atas nama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri dan diselenggarakan oleh MPSP.

Permohonan ini diluluskan atas permintaan Ahli Parlimen Kawasan Bukit Mertajam Chong Eng, ADUN Berapit Lydia Ong Kok Fooi dan orang awam yang selalu gunakan Bukit DO sebagai tempat riadah. Suatu jawatankuasa bersama yang terdiri daripada kerajaan negeri, pihak swasta, NGO dan orang awam akan ditubuhkan untuk menaik taraf dan mengendalikan Pusat Rekreasi Bukit DO secara teratur, terancang dan urustadbir yang baik.

Leave a Reply