Perlu Ada Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) Dan Landasan Kapalterbang Kedua(2nd Runway)

Perlu Ada Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) Dan Landasan Kapalterbang Kedua(2nd Runway) Selaras Dengan Sumbangan Oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Dengan pengutipan hasil Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sebanyak RM101.68 juta yang merangkumi 10% daripada jumlah hasil yang diperolehi oleh lapangan terbang-lapangan terbang lain di Malaysia, adalah perlu bagi Kementerian Pengangkutan untuk membina satu lagi LCCT dan landasan kapal terbang kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menampung keperluan yang meningkat serta mempertahankan angsa emas yang membawa hasil kepada negara. Adalah perlu kerajaan pusat bertindak adil kerana bukan sahaja Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menyumbangkan 10% daripada keseluruhan hasil, maka 10% daripada GDP negara Malaysia datangnya daripada Pulau Pinang.

Semasa sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat, saya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan prestasi kewangan LTAPP dan setiap lapangan terbang untuk tahun lepas, serta menyatakan kemajuan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebanyak RM250 juta sama ada tender terbuka dijalankan, kontraktor dipilih, tarikh mula dan siap.

Jawapan Lisan yang diberikan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat dalam mesyuarat Dewan Rakyat kali ini ,beliau menyatakan bahawa:

“Bagi tahun 2009, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM101.68 juta. Manakala jumlah hasil yang diperolehi dari lapangan terbang-lapangan terbang lain pula adalah sebanyak RM1.15 billion.”

Dalam jawapan yang sama, Menteri Pengangkutan juga mengatakan bahawa pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang menguruskan proses Tender Terbuka yang dijangka akan selesai pada bulan April 2010 ini. Apabila urusan tersebut selesai, kerja-kerja pembinaan dijadualkan akan bermula pada Julai 2010 dan siap pada Disember 2011.

Leave a Reply