Penang As A Green State: We Are Willing To Lose Our Popularity But Not Lose The Next Generation

Saya berasa amat gembira kerana dapat berhimpun bersama semua hadirin pada tahun baru ini bagi merasmikan Majlis Pelancaran Hari Tanpa Beg Plastik setiap Isnin, Selasa dan Rabu mulai Januari 2010. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis ini.

The inconclusive UN Climate Change Summit in Copenhagen last month has only provided fresh impetus for individuals to make up for the failure of the leaders of developed countries to reduce carbon emissions to fight climate change. Whether as a Penangnite or the state of Penang, we are too small to have any impact on reducing carbon footprints. But that does not mean we do nothing. Every individual counts.

Penang State government is willing to take the lead to make every individual count by launching off for the first time in Malaysia, a state-wide campaign to reduce plastic bag consumption. We believe that every individual and state can make a difference, only question is whether we are bold enough to start. Penang has decided to take the bold step to start. I know that this decision will not please anyone and we expect criticisms and opposition, which was printed in the New Straits Times. The state government also expects to lose popularity. However, for the sake of our children and our unborn grandchildren, we are willing to face such risks. We are willing to lose our popularity but not our next generation.

Beginning this year, all stores(not including hawkers) must observe at least one day a week without plastic bag whereas for hypermarkets and supermarkets at least 3 days a week. Those who wants plastic bags will be charged 20 cents a bag which will be donated to the Penang state government’s Partners against Poverty(PAP) programme. The PAP has achieved its objective of being the first state in Malaysia to wipe out hard-core poverty and ensure every family in Penang receives at least RM 500 a month.

As one of the conditions set out in the issuance and renewal of business licenses, the local authorities in MPPP and MPSP can impose penalties and even revoke the licenses for any non-compliance. However, the state government is more interested in education and creating awareness and would not be enforcing the rules at least for the next 3 months. Even though we want to become a green state quickly, we do not want to impose unbearable burdens on businesses and will proceed progressively. We hope that businesses can familiarise themselves and support this important green initiative for our children’s benefit.

Kerajaan negeri Pulau Pinang percaya kita semua memikul tanggungjawab yang sama dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan melindungi alam sekitar. Kini beg plastik begitu besar di perairan bumi, sehingga longgokan plastik sebesar pulau Borneo merangkumi Kalimantan, Sabah dan Sarawak mengalir di Lautan Pasifik. Sebagai warga Pulau Pinang yang bertanggungjawab dan ingin menikmati masa depan yang mapan dan lestari, kita seharusnya mengambil inisiatif untuk mengubah cara hidup kita.

Pelancaran pada tahun baru 2010 ini sememangnya memberi pengertian yang sangat bermakna kepada semua rakyat Pulau Pinang. Lebih-lebih lagi ketika kita menegakkan azam dan tekad untuk mengurangkan lebih banyak beg plastik lagi melalui pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik selama tiga hari seminggu di hypermarket, supermarket, departmental store, farmasi, restoran makanan segera, Nasi Kandar Chain Store, petrol kiosk store dan Convenience store. Peraturan tersebut akan dikenakan dalam syarat pembaharuan lesen oleh Kerajaan Tempatan mulai tahun ini. Manakala, minimarket single unit hanya dikuatkuasakan untuk hari Isnin sahaja.

Selain daripada itu, single outlet dalam kompleks membeli-belah dan single retail store akan digalakkan supaya mengamal ”Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Isnin”, peraturan ini juga yang akan disyaratkan nanti. Kerajaan negeri tidak akan menguatkuasakan penalti dengan serta-merta, termasuk denda dan membatalkan lesen perniagaan, tetapi akan memberikan tempoh 3 bulan untuk kempen kesedaran dan pendidikan. Kerajaan negeri akan buat secara berperingkat sebelum melaksanakannya.

Sejak bulan Julai 2009, Kerajaan telah melancarkan Hari Tanpa Beg Plastik setiap Hari Isnin, mengikut data yang diperolehi daripada peserta-peserta program pengurangan penggunaan beg plastik, kempen tersebut telah membolehkan Negeri ini menjimat lebih daripada 1 juta helai beg plastik dalam tempoh masa 4 bulan. Pada hari tanpa beg plastik, sesiapa yang inginkah akan diminta membuat bayaran 20 sen di bawah ”prinsip pencemar harus membayar” (Polluters Pay Principles) dan kutipan tersebut akan disalurkan kepada akaun Rakan Anti-Kemiskinan Negeri Pulau Pinang. RAK telah menjayakan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia menghapuskan miskin tegar dan memastikan setiap keluarga memperolehi RM 500 sebulan.

Kerajaan negeri juga merupakan kerajaan pertama yang melarang penggunaan bekas polistirena atau keranda putih di semua aktiviti Kerajaan Negeri, inisiatif begini telahpun menarik minat industri teknologi hijau seperti Return2Green Sdn Bhd dan BioGreen Bags Sdn Bhd untuk melabur dalam industri ini. Segala usaha dan kewajipan Kerajaan Negeri dalam memastikan Pulau Pinang terus maju dan menjadi negeri hijau pertama di Malaysia. Justeru, demi masa depan anak-anak kita yang sihat lagi sejahtera, marilah kita menanam tabiat mengurangkan penggunaan beg plastik TANPA menggadaikan kesihatan semua.

One Reply to “Penang As A Green State: We Are Willing To Lose Our Popularity But Not Lose The Next Generation”

  1. We fully support this event, let Penang to be a green state!
    Every one have their responsibility to take care our next generation, let Penang to be the leader in Malaysia!
    Work Hard, Mr Lim.

Leave a Reply