Perutusan Hari Raya

Kejayaan Urustadbir CAT Menjimatkan 12% Belanjawan 2008 Dalam Perbelanjaan Mengurus Sebanyak RM 36 Juta Adalah Langkah Pertama Membuktikan Kerajaan Berjiwa Rakyat Adalah Lebih Baik Daripada Kerajaan Bersifat Kronisma.

Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri minal ai’dil wal fa’izin 1430 Hijrah kepada semua Muslimin dan Muslimat di mana sahaja berada, khususnya mereka yang berhari-raya di Pulau Pinang.

Saya bersyukur kerana kita dapat merayakan Aidil Fitri dalam suasana yang aman dan damai di Pulau Pinang. Saya juga gembira kerana umat Islam di negeri ini bersama-sama dengan rakan-rakan dan sahabat handai dari pelbagai kaum kekal hidup berharmoni. Inilah hasil kejayaan kita yang memahami betapa perlunya kita semua saling faham-memahami dan menghormati antara satu sama lain.

Keistimewaan Pulau Pinang memupuk sebuah masyarakat harmoni dan aman merupakan sebab utama Georgetown diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 7.7.2008. Kita mesti sentiasa mengekalkan hubungan silaturahim demi mengeratkan perpaduan dan saling hormat-menghormati perbezaan kita kerana ada persamaan dalam semua budaya dan agama untuk buat baik dan jauhi daripada yang buruk.

Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat pelbagai kaum di negeri ini. Pelbagai usaha telah kita laksanakan dan banyak lagi program untuk kebaikan dan kebajikan rakyat, khususnya asnaf miskin dan daif. Pada tahun lepas, kita telah memastikan semua bantuan bencana mesti diberikan dalam masa 24 jam, memberikan beras percuma dan bantuan RM 100 kepada 170,000 buah keluarga dalam rebet air. Tahun ini Pulau Pinan g berjaya menjadi negeri pertama membasmi miskin tegar dengan memastikan semua keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM 500 sebulan. Tahun depan kita harapkan dapat menghargai sumbangan warga tua melebihi 60 tahun dengan RM 100 wang tunai setahun dan waris warga emas yang meninggal bayaran sekali RM 1,000 wang tunai.

Berikutan keputusan Kerajaan Negeri untuk meluluskan bayaran RM500 kepada kesemua 3,299 pegawai kumpulan sokongan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya harap bayaran separuh pertama yang telah dibuat dapat sedikit-sebanyak membantu membuat persediaan Aidil Fitri. Bayaran separuh kedua pada bulan Disember nanti juga diharapkan dapat membantu keluarga menyiapkan persiapan untuk tahun baru, terutamanya bagi persediaan anak-anak ke sekolah.

Kerajaan negeri akan teruskan urustadbir berhemah berteraskan kepada prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) yang diamalkan selama ini. Urustadbir CAT membolehkan kerajaan negeri menjimatkan 12% daripada Belanjawan sebanyak RM 36 juta dalam perbelanjaan pengurusan. Penjimatan RM 36 juta tidak diselewengkan atau disalahgunakan kerajaan Pakatan Rakyat tetapi buat pertama kalinya dikongsi bersama rakyat dalam bentuk wang dan projek pembangunan. Kejayaan ini hanya membulatkan tekad kerajaan negeri membuktikan bahawa sebuah kerajaan bersih berjiwa rakyat dapat mencapai prestasi yang lebih baik daripada kerajaan rasuah bersifat kronisma. “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Inilah janji Kerajaan Negeri untuk setia bersama rakyat kerana kita mahu “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”.

Dalam kegembiraan ini, kerajaan negeri ingin memberikan jaminan memastikan perayaan Hari Raya disambut dengan meriah tanpa gangguan kemudahan asas api dan air. Kejadian banjir di kepulauan Pulau Pinang semalam susah dielakkan kerana hujan lebat selama 3 jam sebanyak 110 mm adalah terbanyak sehari pada tahun ini. Semua longkang dan Sungai Pinang telah diselenggarakan dengan kerap oleh MPPP dan saya telah keluarkan arahan bahawa ia mesti dibersihkan pada hari ini. Banjir kilat ini hanya menegaskan betapa pentingnya rakyat tempatan bekerjasama menjayakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang sebanyak RM 300 juta.dengan segera.

Dengan itu juga saya harap rakyat terus memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri untuk membolehkan kita sama-sama menikmati nikmat dan hasil pembangunan serta kemajuan melalui usaha yang.

Bulan Syawal bulan mulia
Adil ditegak rakyat dijaga
Hari Raya harapan bersinar
Amar ma’ruf nahi mungkar

Leave a Reply