Soalan YB. DATO’ HAJI AZHAR BIN IBRAHIM (Penaga): (a) Di manakah kediaman sementara YAB Ketua Menteri sekarang ini sementara menunggu kediaman rasminya, Seri Teratai di baik pulih.(b) Adakah YAB Ketua Menteri tinggal secara percuma atau disewa dan jika disewa berapakah sewa bulanannya.
Jawapan: Y.A.B. Tuan Ketua Menteri telah berpindah ke kediaman bermula dari 3 Julai 2009. Pemindahan ini adalah bertujuan bagi memberi laluan kepada pembaikan major dan rawatan anai-anai oleh Jabatan Kerja Raya. Beliau tidak membelanjakan suatu sen pun atau pembaikan dan pengubahsuaian rumah sewa. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pemilik rumah yang bercadang menduduki pada masa depan.Memandangkan pemilik rumah ingin menduduki rumahnya maka YAB Ketua Menteri telah bersetuju tidak mendedahkan butiran lanjut ini kerana ia melibatkan ruangan peribadi pemilik rumah(Privacy). Perlu ditegaskan YAB Ketua Menteri tidak menggunakan wang awam dan hanya menggunakan elaun perumahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang juga dinikmati oleh YB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Atas sebab itulah, pemimpin BN dulu dan kini tidak pernah dijadikan isu politik bila menyewa rumah. Jelas pihak tertentu kehilangan modal dan ketandusan isu politik bila cuba menjadikan isu atas YAB Ketua Menteri menyewa rumah.