Soalan daripada JM – YB. DATO’ HAJI JASMIN BIN MOHAMED (Sg Dua)
Berapakah jumlah lawatan ke luar negara yang dibuat oleh kerajaan negeri bagi tahun 2008? Berapakah perbelanjaan setiap satu dan siapakah anggota rombongan lawatan-lawatan berkenaan?
Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri telah mengadakan sebanyak 16 lawatan rasmi ke luar negara bagi tujuan promosi dan galakan pelaburan dan juga pelancongan di sepanjang tahun 2008. Maklumat terperinci mengenainya adalah seperti di lampiran. Jumlah keseluruhan tahun 2008 sebanyak RM427,632 di bawah kerajaan Pakatan Rakyat adalah jauh lebih kecil daripada RM884,492 pada 2007 dan RM1,236,619 pada 2006 di bawah Barisan Nasional.
LAWATAN KE LUAR NEGARA (Lampiran)
Jumlah Keseluruhan untuk Lawatan Ke Luar Negara Tahun 2006 RM1,236,619
Jumlah Keseluruhan untuk Lawatan Ke Luar Negara Tahun 2007 RM884,492