Pakej Rangsangan Ekonomi RM 60 Bilion Sebenarnya Indah Khabar Dari Rupa

Pakej rangsangan ekonomi RM 60 bilion selama dua tahun 2009 dan 2010 sebenarnya indah khabar dari rupa kerana hanya RM 15 bilion adalah dalam bentuk perbelanjaan secara langsung dan tidak membantu 27 juta rakyat biasa Malaysia. Ini kerana daripada jumlah RM 60 bilion ini, hanya RM 15 bilion merupakan suntikan fizikal manakala RM 25 bilion dana jaminan, RM 10 bilion pelaburan ekuiti RM 7 bilion inisiatif pembiayaan swasta(IPS) dan RM 3 bilion insentif cukai. Macam mana dana jaminan, pelaburan ekuiti, IPS dan insentif cukai boleh membantu rakyat biasa yang kehilangan kerja, tanpa gaji dan tidak layak pun untuk bayar cukai?

Dan RM 15 bilion ini pun dipecahkan kepada dua tahun, RM 10 bilion tahun ini dan RM 5 bilion tahun depan. Hakikat perbelanjaan secara langsung sebanyak RM 10 bilion boleh dilihat dalam Rang Undang-undang dan usul pembangunan. Beberapa soalan yang ditimbulkan sekiranya ia perbelanjaan terus ialah di mana akan datangnya RM 60 bilion ini. Macam mana RM 10 bilion pelaburan ekuiti akan menfaatkan pekerja biasa. Jelas sekali RM 10 bilion ini akan berfungsi sebagai satu pakej penyelamatan syarikat-syarikat kroni tertentu sepertimana yang digunakan sebelum ini bila RM 5 bilion dana wang KWSP dipinjamkan kepada ValueCap untuk menyelamatkan beberapa syarikat kroni Bursa Malaysia tahun lepas. Apa lojiknya bila untung tidak berkongsi bersama tetapi bila rugi rakyat biasa mesti menanggungnya?

Di sini saya hendak tanyakan maksud pelaburan RM 10 bilion ekuiti bila Khazanah Nasional Bhd, telah menyatakan akan melabur sampai RM 58 bilion dalam 3 tahun akan datang. Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar menyatakan 20% akan digunakan masing-masing oleh Iskandar Malaysia project d Teannaga Nasional Bhd’s cape,x 15% untuk High-Speed Internet Broadband project. Ini memberikan gambaran samada jumlah ini dikitar semula-recycle.

Pada masa yang sama prestasi Khazanah tidak memberangsangkan. Dalam tahun 2008, portfolio Khazanah turun RM 17.8 bilion dengan overall portfolio realisable asset value (RAV) merosot daripada RM 70.4 bilion pada Disember 31 berbanding dengan RM 88.2 bilion pada 31 Mei 2008. Nilai bersih lagi menakutkan dengan , “The net worth – RAV less total liabilities – stood at RM 33.7 billion at Dec 31 against RM 53.1 billion at 31 Mei 2008. Pengurangan RM 19.4 bilion atau 36.5% dalam hanya 6 bulan sahaja”

Rekod pelaburan ekuiti tidak begitu cemerlang bila RM 5 bilion dalam Silterra Corp sudah lenyap sama sekali, Jangan lupa pula penjualan MV Agusta pada 2006 oleh Proton Holdings untuk satu euro atau RM 5 yang dibeli pada 2004 dengan harga RM 368 juta. Selepas dijual pada tahun lepas pembeli telah jual dengan harga RM 800 juta kepada BMW dan Harley-Davidson Motor Cycles dari Amerika Syarikat.

Pengecualian cukai sebanyak ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan dinaikkan kepada 10,000 adalah baik. Bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB TPM atas peruntukan RM 250 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ini adalah satu petanda baik bahawa YAB sedar tentang betapa pentingnya Pulau Pinang tidak seharusnya sengaja digagalkan. Memang hakikat ialah sekiranya Pulau Pinang gagal maka Malaysia akan gagal kerana 30% daripada jumlah ekspot dan juga pelancong negara berasal dan melawat Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memohon pertimbangan pembiayaan bagi pelaksanaan beberapa projek kritikal iaitu 21 projek berjumlah RM11,531.6 juta untuk menjana pertumbuhan ekonomi secara berterusan serta menjamin keadilan sosio-ekonomi rakyat seperti berikut:

i. Projek Pembesaran Empangan Mengkuang sebanyak RM1.1 bilion;

ii. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Keretapi Sedia Ada di Bukit Bendera sebanyak RM40 juta;

iii. Pelaksanaan Program Membasmi Kemiskinan Tegar Sifar sebanyak RM7.9 juta;

iv. Usaha Meningkatkan Keselamatan Penduduk sebanyak RM58.45 juta;

v. Usaha Menangani Masalah Kesesakan Lalu Lintas sebanyak RM50 juta;

vi. Kerja-kerja Pendalaman North Channel sebanyak RM323 juta;

vii. Menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Membina Kompleks Maintenance Repair Overhaul (MRO) dan Fixed Based Operation (FBO) sebanyak RM1.7 bilion;

viii. Projek Monorel/ Aerobus di luar kawasan Tapak Warisan Dunia sebanyak RM2.5 bilion;

ix. Projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) sebanyak RM1.5 bilion;

x. Permohonan Pinjaman Mudah RM200 juta bagi Rancangan Tindakan Pemuliharaan Warisan sempena Pengiktirafan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO;

xi. Peruntukan RM200 juta bagi Membina Kereta Kabel dari Bukit Bendera ke Teluk Bahang;

xii. Cadangan Projek RM500 juta bagi Pusat Halal Hab di Balik Pulau dan Batu Kawan;

xiii. Projek RM500 juta Bagi Perumahan Awam (Pulau Pinang dan Seberang Perai);

xiv. Penyelenggaraan Stadium Negeri Batu Kawan sebanyak RM20 juta;

xv. Projek Pembangunan Tapak Ekspo Seberang Jaya sebanyak RM9 juta;

xvi. Menaiktaraf Kawasan Perindustrian Bayan Lepas dan Perai sebanyak RM66.2 juta;

xvii. Projek Rancangan Tebatan Banjir Bagi Mengatasi Masalah Banjir sebanyak RM970.0 juta; dan

xviii. Program Pembangunan Pelancongan sebanyak RM500 juta.

xiv. Program-program Bagi Memulihara Nilai-nilai Tidak Ketara (Tangible) Sempena Pengiktirafan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sebanyak RM51.6 juta

xx. Projek Sistem Tram Hybrid Elektrik (Hybrid Electric Tram System) di Kawasan Dalaman Tapak Warisan Georgetown sebanyak RM720 juta

xxi. Program Melatih Semula Pekerja-pekerja Yang Hilang Pekerjaan sebanyak RM500 juta

Adakah suatu usaha dijalankan untuk menukarkan klasifikasi MSC kepada dua status iaitu MSC City dan MSC Centre. Difahamkan Pulau Pinang akan diturun pangkat daripada status MSC City kepada MSC Centre kerana kononnya infrastruktur itu tak lengkap. Ini menunujukkan Pulau Pinang telah diabaikan selama ini dan perlu ditingkatkan infrastruktur supaya boleh mencapai status MSC City ini.

Sebagai rumusan kami sedia menggembelengkan tenaga untuk sama-sama menghadapi krisis ekonomi sekiranya ia mementingkan rakyat. Yang kita lihat ialah bantuan secara langsung kepada rakyat tidak hanya memberikan tumpuan lebih kepada syarikat. Tengoklah Taiwan dan Singapura yang berikan wang tunai seperti perbenlanjaan RM 8.5 bilion atau RM 400 kepada setiap rakyatnya. Tidak ada satu sen pun untuk rakyat Malaysia biasa.

Marilah kita laksanakan Pakej Ransangan Ekonomi yang bermakna kepada rakyat di mana wang dibelanjakan dapat dinikmati oleh 27 juta rakyat Malaysia dan bukan oleh golongan kecil tertentu.

Leave a Comment