Pulau Pinang Perlukan Projek Rangsangan Ekonomi Sekurang-kurangnya RM 2.1 Bilion Daripada RM 7 Bilion Mencerminkan Sumbangan 30% Daripada Ekspot Malaysia Berasal Daripada Pulau Pinang.

Pulau Pinang perukan projek rangsangan ekonomi sekurang-kurangnya RM 2.1 bilion daripada RM 7 bilion mencerminkan sumbangan 30% daripada ekspot Malaysia berasal daripada Pulau Pinang. Dengan sumbangan begitu besar ini, Pulau Pinang tidak boleh gagal kerana sekiranya Pulau Pinang gagal maka Malaysia juga akan gagal.

Memandangkan sumbangan besar ini maka adalah perlu jumlah peruntukan mesti lebih besar daripada hanya RM55.7juta yang diperuntukkan untuk negeri Pulau Pinang dalam pakej rangsangan ekonomi.

Dalam pertanyaan lisan Dewan Rakyat, saya bertanya kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, bilakah projek RM1.5 bilion Penang Outer Ring Road, Monorel RM2 bilion dan pembesaran Empangan Air Mengkuang RM1.2bilion yang kritikan bagi menjamin keperluan air akan dilaksanakan?

Dalam jawapan bertulis Perdana Menteri dalam mesyuarat Dewan Rakyat kali ini ,beliau menyatakan bahawa:

“Sebanyak RM7bilion telah diperuntukkan bagi pelbagai projek dan program dalam pakej rangsangan ekonomi di seluruh Negara. Daripada jumlah ini, sebanyak RM 55.7 juta telah diperuntukkan untuk program dan projek di bawah pelbagai kementerian bagi negeri Pulau Pinan, antaranya:

i. Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas(PIAS) di bawah ICU, Jabatan Perdana Menteri bernilai RM15.9 juta;

ii. Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh (mission schools), Sekolah Cina dan Sekolah Tamil di bawah Kementerian Pelajaran bernilai 10.4 juta;

iii. Menaik taraf dan membaik pulih kuarters dan balai polis di bawah Kementerian Dalam Negeri bernilai RM9.4juta;

iv. Menaiktaraf, membaik pulih dan menyelenggara hospital dan klinik di bawah Kementerian Kesihatan berjumlah RM6.0 juta;

v. Projek Jalan Kampung, Projek Jalan Luar Bandar dan Program Bantuan Rumah di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah bernilai 4.3juta;

vi. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bernilai RM3 juta;

vii. Menaiktaraf, membaik pulih dan menyelenggara sekolah di bawah Kementerian Pelajaran berjumlah RM2.6 juta; dan

viii. Membiayai program latihan dan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan berjumlah RM1.5 juta.

Berkenaan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, kerajaan amat sedar dan prihatin tentang kepentingan projek ini kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Projek ini melibatkan pelaksanaan dua komponen utama iaitu pembinaan empangan dan kerja-kerja aliran air mentah dengan stesen pam. Projek ini sedang dilaksanakan secara berfasa dengan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) sebanyak RM154.4 juta bagi kerja-kerja awalan seperti pengambilan balik tanah, kerja-kerja reka bentuk kejuruteraan dan penyediaan dokumen tender. Kerajaan juga sedar bahawa kerja-kerja pembesaran empangan dan pembinaan aliran air mentah dengan stesen pam dijangka mengambil masa selama empat tahun dan perlu dimulakan secepat mungkin. Oleh itu, Kerajaan sedang mengkaji keperluan memulakannya dalam tempoh RMK 9 jua.Pada masa ini tidak ada rangcangan untuk melaksanakan PORR dan Monorel.”

Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya rasa kegagalan kerajaan pusat melaksanakan projek jaringan jalan(ring road) akan menyusahkan rakyat dengan membiarkan kesesakan lalulintas bertambah buruk lebih-lebih lagi menjelang persiapan Jambatan Kedua Pulau Pinang pada pertengahan tahun 2012.

1 thought on “Pulau Pinang Perlukan Projek Rangsangan Ekonomi Sekurang-kurangnya RM 2.1 Bilion Daripada RM 7 Bilion Mencerminkan Sumbangan 30% Daripada Ekspot Malaysia Berasal Daripada Pulau Pinang.”

  1. alibabamahathir

    Mr Lim,
    Barisan Nasional do not play by the rules. They want to win at all cost. You are responsible for the people who voted you. Seize power when required. Destroy enemies when necessary. This is Mahathir style and Najib style on 1 April 2009. Unless your catch Najib by the scrotum, you wont get a cent. His budget are taken by those who know his secrets and sequeeze his penis. Politics is the business of securing power. Getting budget is strengthening your power.

Leave a Comment