Peruntukan Pembangunan Persekutuan Di Negeri Pulau Pinang Tidak Sepadan Dengan Cukai Yang Dibayar Oleh Rakyat Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menegaskan bahawa peruntukan pembangunan Persekutuan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Pulau Pinang seharusnya setara dengan cukai yang dibayar oleh rakyat negeri ini.
Menjawab kepada soalan lisan Lim yang juga Ahli Parlimen kawasan Bagan di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Dato’ Mohd Johari Bin Baharum menjelaskan bahawa peruntukan pembangunan Persekutuan yang telah disalurkan kepada Negeri Pulau Pinang dari tahun 2000 hingga tahun 2008 adalah sebanyak RM8.965 bilion.

Lim menekankan bahawa jika dibandingkan peruntukan Kerajaan Persekutuan tersebut dengan cukai yang dibayar oleh rakyat Pulau Pinang dari tahun 2001 hingga 2007 seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab soalan lisan Lim di Dewan Rakyat, rakyat negeri ini telah membayar cukai sebanyak RM15.619 bilion – lebih kurang dua kali ganda daripada jumlah peruntukan yang disalurkan.

Datuk Mohd Johari turut memaklumkan Lim bahawa daripada jumlah keseluruhan RM8.965 bilion, pecahan peruntukan pembangunan Persekutuan yang telah disalurkan kepada Negeri Pulau Pinang dari tahun 2000 hingga tahun 2008 secara adalah seperti berikut:

Dalam pada itu, Lim juga difahamkan oleh Datuk Mohd Johari bahawa di bawah RMK-8 sejumlah 593 projek di Negeri Pulau Pinang telah siap sepenuhnya manakala 203 projek projek disambung ke RMK-9. Datuk Mohd Johari menambah lagi, bagi peruntukan di bawah RMK-9 pula, 827 projek sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanan dan 203 projek telah siap sepenuhnya.
Namun begitu, menurut Lim, Kerajaan Negeri tidak akan berputus asa untuk terus mendesak agar Kerajaan Persekutuan menambah lagi peruntukan pembangunan Persekutuan yang sedia disalurkan ke negeri ini. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri berpendapat bahawa peruntukan tersebut seharusnya menyamai atau sepadan dengan sumbangan cukai yang diberikan oleh rakyat Negeri Pulau Pinang.

Menurut jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib ketika menjawab soalan lisan Lim di Dewan Rakyat, pecahan kutipan cukai mengikut kategori yang dikutip di Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2001 adalah seperti berikut:-

Selain itu, Datuk Seri Najib turut memaklumkan Lim bahawa bilangan pembayar cukai di Negeri Pulau Pinang dari tahun 2001 pula adalah seperti pecahan berikut:-

Menurut Datuk Seri Najib lagi, jumlah pemberian dalam bentuk geran kepada Negeri Pulau Pinang dari tahun 2001 hingga tahun 2007 adalah seperti berikut:-

Walau bagaimanapun, Lim difahamkan oleh Datuk Seri Najib bahawa jumlah pemberian dalam bentuk geran ini tidak termasuk dengan jumlah peruntukan tahunan melalui kementerian dan agensi Persekutuan yang lain.

One Reply to “Peruntukan Pembangunan Persekutuan Di Negeri Pulau Pinang Tidak Sepadan Dengan Cukai Yang Dibayar Oleh Rakyat Pulau Pinang”

  1. Dear sir,

    Please forgive me for posting this message here, for I do not have your email address.

    I am writing as a very concerned citizen of Malaysia. Our education system in Malaysia has not only failed, it has failed miserably.

    The latest Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) report is out, to aid in understanding what has transpired, I’m providing two links –

    For Math
    http://i36.tinypic.com/28b5uzp.jpg

    For Science
    http://i38.tinypic.com/jqhu2r.jpg

    To make the long story short, I’ll just compare the result of our neighbor to the south, Singapore, to that of Malaysia

    In Science ( http://i38.tinypic.com/jqhu2r.jpg ),
    Singapore scores 32%, while Malaysia scores 3%

    In Math, ( http://i36.tinypic.com/28b5uzp.jpg ),
    Singapore scores 40%, while Malaysia scores 2%

    Dear Sir, please don’t take this as a joke. The truth hurts, and it hurts terribly bad !

    One way or another, we must change the education system, or our kids will have no future at all.

    Please Sir, please help us change the system.

    Thank you for reading.

    PS. For more information regarding Timss, please refer to the following link
    http://nces.ed.gov/timss/

Leave a Reply