Soalan Bertulis YB Koid Teng Guan (Sg Pinang): Sila berikan maklumat lanjut kerajaan negeri terhadap program pembangunan Pulau Jerejak.
(a) Apakah projek-projek yang telah dikenal pasti dan dalam rancangan untuk membangunkan Pulau Jerejak
(b) Adakah kerajaan negeri mempunyai sebarang rancangan untuk mengadakan Taman Tema di Pulau Jerejak.
(a) Berdasarkan perancangan Tropical Island Resort Sdn Bhd, pembangunan Pulau Jerejak di atas tapak berkeluasan 80 ekar, projek-projek yang dilaksanakan merangkumi tiga (3) fasa iaitu:-
Jawapan:
(i) Fasa 1 (20.2 ekar)
TIR telah membangunkan sebahagian dari Fasa 1 yang dikenali sebagai Jerejak Resort & Spa (JRS). Pembangunan ini merangkumi bangunan utama, dua (2) buah blok dormitori, chalet (20 unit), bangunan servis, bilik air berpusat, tapak perkhemahan, spa, tempat beribadat, jeti ketibaan dan berlepas serta kawasan rekreasi.
Perancangan pembangunan ini merupakan tambahan ke atas baki tanah di fasa ini bagi menampung pembangunan sedia ada dan merangkumi hillside villa, bungalow villa, studio villa, studio chalet, suite chalet, dan floating chalet.
(ii) Fasa 2 (30 ekar)
Cadangan komponen di fasa ini terdiri dari dua (2) pakej. Pakej A merangkumi seafront villa, hillside villa, hillside townhouse dan waterfront plaza dan jeti, manakala Pakej B merangkumi komponen komersial dan hotel, taman tema air, muzium dan galeri serta marina.
(iii) Fasa 3 (29.8 ekar)
Cadangan komponen di Fasa 3 terdiri dari banglo korporat, marina dan health village.
(b) Kerajaan Negeri tidak ada perancangan bagi mengadakan Taman Tema di Pulau Jerejak.