Archive for the 'Federal government' Category

10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DALAM MESYUARAT TERGEMPAR PADA 22.8.2010 DI KOMTAR, GEORGE TOWN.

Mesyuarat tergempar PR dipanggil hari ini berikutan permainan isu “Guan Eng gantikan Agung” yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan media massa. Permainan politik oleh UMNO ini adalah begitu karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat baru berani menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama lain.

Dalam mesyuarat tersebut Ahli EXCO Negeri Pulau Pinang portfolio agama Islam YB Abdul Malik Kassim telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPP dan JAIPP.
Continue reading ‘10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang’

UMNO Harus Buat Laporan Rasmi Terhadap Mana-mana Khatib/Iman Masjid Pulau Pinang Yang Didakwa Gantikan Nama DYMM YDP Agung Dgn Nama Ketua Menteri

KENYATAAN MEDIA BERSAMA YB DATO MANSOR OTHMAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG & YB ABDUL MALIK KASSIM, PENGERUSI HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG, PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA


UMNO HARUS BUAT LAPORAN RASMI TERHADAP MANA-MANA KHATIB/IMAN MASJID PULAU PINANG YANG DIDAKWA GANTIKAN NAMA DYMM YDP AGUNG DENGAN NAMA KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG DALAM DOA KHUTBAH KEDUA SOLAT JUMAAT.

UMNO harus membuat laporan rasmi kepada polis atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP) terhadap mana-mana khatib/imam mesjid di Pulau Pinang yang didakwa menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. UMNO tidak patut terus bermainkan politik dalam perkara penting ini. Sebaliknya UMNO patut membuat laporan rasmi dengan segera bersama dengan semua butir-butir lanjut supaya tindakan dapat diambil.

Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dengan keras dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Continue reading ‘UMNO Harus Buat Laporan Rasmi Terhadap Mana-mana Khatib/Iman Masjid Pulau Pinang Yang Didakwa Gantikan Nama DYMM YDP Agung Dgn Nama Ketua Menteri’

Request For Porposal for KOMTAR Upgrading and Revitalization

This Press Conference is aimed to inform that KOMTAR Building is presently undergoing a revitalization process initiated by the Penang State Government and Penang Development Corporation (PDC) and hereby inviting prospectives companies to submit a Request For Proposal.

1. Introduction

The KOMTAR building is presently undergoing a revitalisation process initiated by the Penang State Government and PenangDevelopment Corporation (PDC) which is aimed at bringing back the glory ofKOMTAR as a socio-civic and business hub of the people.

Continue reading ‘Request For Porposal for KOMTAR Upgrading and Revitalization’

DAP Secretary-General reminded members not to be complacent

Ketua Setiausaha Negara(KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan Telah Makan Fitnah SDO Nik Ali Bahawa Saya Marah Kerana Tidak Diberikan Tempat Duduk Bila Ia Tidak Dibangkitkan Oleh Saya.

Saya telah melantik Ahli Parlimen Bukit Glugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP YB Karpal Singh untuk saman malu Utusan Malaysia(UM) atas lapuran palsu yang disiarkan oleh UM pada 23 Julai dan diulangi pada 24 Julai. UM dengan jahatnya menyatakan bahawa saya marah dengan Pegawai Kemajuan Negeri(SDO) Nik Ali Mat Yunus kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober 2009.

Ini adalah satu kenyataan palsu dan pembohongan oleh UM. Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh saya semasa mengkritik Nik Ali minggu lepas. Sebaliknya ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan profesyenal dalam tiga isu berikut:-

Continue reading ‘Ketua Setiausaha Negara(KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan Telah Makan Fitnah SDO Nik Ali Bahawa Saya Marah Kerana Tidak Diberikan Tempat Duduk Bila Ia Tidak Dibangkitkan Oleh Saya.’

Datuk Seri Kong Cho Ha Should Intervene And Appoint Expert Advisors To PPC And PPSB To Resolve The Severe Congestion Of Container Cargo Issue At The NBCT.

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 25.7.2010:

The Penang state government urges Transport Minister to intervene and appoint expert advisors to PPC and PPSB to resolve the issue of congestion of container cargo at NBCT. This serious congestion issue was exposed when R. Amaiappan the Chair of the Northern Regions of the Association of Malaysian Hauliers (AMH) made a public statement advising its customers in the northern region to send their export container cargo to Port Klang.

Continue reading ‘Datuk Seri Kong Cho Ha Should Intervene And Appoint Expert Advisors To PPC And PPSB To Resolve The Severe Congestion Of Container Cargo Issue At The NBCT.’

Surat Kepada Perdana Menteri

KEGAGALAN UPE MELIBATKAN DAN MEMBINCANGKAN PERMOHONAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

….saya ingin melahirkan rasa kekecewaan dalam hal ini kerana daripada peringkat awal penggubalan RMKe-10, Kerajaan Negeri tidak dilibatkan langsung. Justeru, senarai program/projek yang telah dikemukakan kepada pihak UPE, JPM pada 25 Februari 2010 hanyalah meliputi jabatan dan agensi negeri sahaja tidak termasuk jabatan dan agensi persekutuan di negeri Pulau Pinang. Selanjutnya, dalam memuktamadkan senarai program/projek RMKe-10 bagi Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri (Unit Perancang Ekonomi) tidak dijemput langsung dan sudah semestinya ianya memberi kesan kepada ketetapan fokus pembangunan.

Gesaan Tambahan Peruntukan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Di Pulau Pinang

Gesaan Tambahan Peruntukan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Di Pulau Pinang Khususnya Jalan Industri Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas.

Daripada jumlah keseluruhan 16,000 kilometer (km) jalan persekutuan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, negeri Pulau Pinang mencatatkan jumlah terendah dengan hanya 180.44km jalan yang diwartakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan diselenggara sepenuhnya oleh kementerian terbabit melalui konsep penswastaan.

Continue reading ‘Gesaan Tambahan Peruntukan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Di Pulau Pinang’

Sibu For Change

For any information about Sibu by-election, please visit:
(1) http://sibu4change.com/
(2) http://www.facebook.com/Sibu4Change

Pulau Pinang Sebagai Oasis Demokrasi, Jalur Lebar, Negeri HIjau, Berintegriti dan Pendidikan Cemerlang

UCAPAN PENGGULUNGAN OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG Y.A.B LIM GUAN ENG SEMPENA MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL YANG KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG KEDUA BELAS PADA 6 MEI 2010.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Ahli-ahli Yang Berhormat,

1. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur dan ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kehadirian TYT YDP Pulau Pinang sungguhpun baru sembuh dan keluar daripada wad Hospital. Jelas sikap kebertanggungjawaban Tun akan memberikan galakan kepada seluruh pentadbiran negeri untuk lebih gigih berusaha menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri bertaraf antarabangsa yang bersatu padu, adil dan saksama serta makmur dan maju.

2. Sebagai mukadimah, TYT Tun telah memberikan ingatan bahawa sebuah kerajaan yang baik mestilah buat tiga perkara, iaitu dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat.

3. Demi memenuhi peringatan TYT Tun, kerajaan negeri telahpun dengar suara rakyat dengan menjadi negeri pertama mendirikan Dataran Pidato demi kebebasan bersuara dan memberikan Wifi percuma ke seluruh negeri serta tegas anti-rasuah; buat kerja rakyat dengan menjadi negeri pertama dalam sejarah Malaysia menghapuskan miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi RM 500 sebulan serta memberikan wang penghargaan RM 100 kepada semua warga emas melebihi 60 tahun di Pulau Pinang setiap tahun; dan memberikan harapan kepada rakyat dengan menuju ke arah negeri hijau dan ekonomi berpengetahuan dengan penubuhan Majlis Sains Pulau Pinang yang digerakkan oleh industri. Continue reading ‘Pulau Pinang Sebagai Oasis Demokrasi, Jalur Lebar, Negeri HIjau, Berintegriti dan Pendidikan Cemerlang’

Surat Kepada YAB Perdana Menteri

Cadangan Mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Negeri Pulau Pinang

Chow Kon Yeow: Zahrain Should Not Allow Political Frustrations to Break Up Penang PR

Press Conference Statement By DAP Penang Chair Chow Kon Yeow In DAP Penang Headquarters On 30.1.2010:-

Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim Should Not Allow Political Frustrations And Lim Guan Eng’s Refusal To Endorse His Decision To Award The Tender of The Management Of Bukit Jambul Golf Club To A RM2 Company To Make Baseless Personal Attacks And Attempt To Break Up Penang Pakatan Rakyat.
Continue reading ‘Chow Kon Yeow: Zahrain Should Not Allow Political Frustrations to Break Up Penang PR’

Konsep Anak Malaysia Milikan Semua Rakyat Bermaruah Yang Cintai Keadilan, Kebebasan, Kebenaran, Kebajikan Dan Ketakwaan Kepada Tuhan.

Ucapan Oleh Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama Di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor Pada 19.12.2009.

Hari ini adalah hari ini dalam sejarah. Buat pertama kalinya dalam sejarah politik tanahair, satu gagasan yang kukuh, mantap, penuh berkobar-kobar dengan idealisma, prinsip dan menwakili aspirasi rakyat berbilang kaum, berbilang usia dan kedua-dua jantina ditubuhkan untuk menawar diri sebagai alternatif kepada pemerintahan negara.

Bukan senang kita sampai ke perjalanan ini yang penuh berliku-liku. Sepanjang 52 tahun ini, kita telah dikaburi mata dengan permainan politik pecah dan perintah, tipu dan temberang malah tindas dan tangkap. Rakyat terpaksa tunggu 52 tahun tetapi lebih baik sampai sungguhpun terlewat.

Continue reading ‘Konsep Anak Malaysia Milikan Semua Rakyat Bermaruah Yang Cintai Keadilan, Kebebasan, Kebenaran, Kebajikan Dan Ketakwaan Kepada Tuhan.’

Newspaper cutting: Ooi Should Retract Statement On Jim, Says Guan Eng

PENANG, Aug 6 (Bernama) — Penang Chief Minister Lim Guan Eng will advise the Member of Parliament for Jelutong, Jeff Ooi, to retract his statement labeling Jemaah Islah Malaysia (JIM) as an ‘extremist religious organisation’.

Link to the Original News

The Penang State Government Is Willing To Co-operate With The PM To Ensure That The KPI For The 6 KRAs Are Met And A Success In Penang.

The standard developmental state literature lists 3 institutional characteristics necessary for promoting successful economic transformation:-

i) Capable, clean and efficient civil service;

ii) An over-riding commitment to economic growth; and

iii) Close public-private partnership(PPP).

By following closely this model, Penang was able to transform itself from an agricultural society with little or no natural resources to an industrialised state during the tenure of Tun Datuk Seri Dr Lim Chong Eu. However, after Chong Eu, Penang went into a state of decline, a fact pointed out by former Gerakan EXCO members such as Datuk Khor Gark Khim.

Continue reading ‘The Penang State Government Is Willing To Co-operate With The PM To Ensure That The KPI For The 6 KRAs Are Met And A Success In Penang.’