Menyegerakan Siasatan Ke atas Tuduhan Rasuah Palsu Berhubungan Penjualan Tanah Kerajaan Negeri Di Taman Manggis Dengan Pembelian Rumah Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.(m/c)

Tarikh: 21 -03–2016

Pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Cawangan Pulau Pinang
DENGAN TANGAN

Tuan,

Menyegerakan Siasatan Ke atas Tuduhan Rasuah Palsu Berhubungan Penjualan Tanah Kerajaan Negeri Di Taman Manggis Dengan Pembelian Rumah Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Saya merujuk kepada perkara di atas dan ingin menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng mengalu-alukan siasatan yang dijalankan agar dapat membuktikan bahawa beliau menjalankan pentadbiran bersih sehingga kerajaan negeri Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International.

YAB Ketua Menteri.akan memberikan kerjasana penuh ke atas siasatan SPRM ini dan ingin meminta ia disegerakan agar dapat membuktikan tuduhan rasuah ke atas YAB Ketua Menteri adalah tidak barasas dan palsu, semata-mata adalah satu serangan politik untuk “character assassinate” beliau. Isu penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis, yang dijalankan secara tender terbuka bukanlah isu baru, dan pernah dicanang-canangkan oleh parti lawan sebelum dan semasa pilihanraya umum 2013.

Saya diarahkan untuk merujuk kepada kenyataan SPRM Pulau Pinang bahawa SPRM telah melakukan siasatan ke atas YAB Ketua Menteri sejak beliau mula menyewa rumahnya di Pinhorn Road pada 2009, sebelum membelinya pada 2015. YAB Ketua Menteri ingin tahu hasil siasatan SPRM yang telahpun dijalankan begitu lama samada secara rasmi menerusi surat ataupun melalui pengumuman SPRM melalui media massa.

Saya akan menemani YAB Ketua Menteri untuk buat lawatan rasmi ke negara China di Hainan minggu ini dan YAB boleh dihubungi untuk diambil keterangan atau sebarang yang perlu pada minggu depan. Sekian terima kasih.

Yang benar,

WONG HON WAI
SETIAUSAHA POLITIK KETUA MENTERI PULAU PINANG

— CN Version —

致:马来西亚反贪委员会

Tuan,
敬请加速调查关于Taman Manggis 州政府土地买卖与槟州首长购屋有关的“莫须有”贪污指控。

我针对上述事件,传达槟州首长欢迎调查工作,以证明他的确贯彻廉政,甚至被国际透明组织表扬。

首长会全力配合反贪委会的调查工作,并要求加速调查,以证明指对首长的贪污指控都是没有根据及虚假的,所有的指控都是对他进行“人格谋杀”的政治攻击。在 Taman Manggis的 州政府土地买卖是公开招标进行,早在2013年大选之前,已经被反对党渲染。

我也被指示回应反贪污委员会的声明,槟州反贪委会指出他们已经于2009年首长开始在宾鸿路租屋时,就对首长展开调查。由于已经调查那么从年,首长想要知道反贪委员会的调查结果,他希望当局可以正式致函相告或通过媒体公布反贪委会的调查结果。

我将在本周陪同首长出访中国海南省,你们可以在下星期联系首长录取口供或索取详情。

谢谢。

黄汉伟
槟城首席部长政治秘书

0 Responses to “Menyegerakan Siasatan Ke atas Tuduhan Rasuah Palsu Berhubungan Penjualan Tanah Kerajaan Negeri Di Taman Manggis Dengan Pembelian Rumah Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.(m/c)”


Comments are currently closed.