Ucapan Ketua Menteri Sempena Istiadat Mengangkat Sumpah Pelantikan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang(bm/cn)

UCAPAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT TUAN LIM GUAN ENG KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH PELANTIKAN YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO’ SERI UTAMA (Dr.)
HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS PADA HARI SELASA, 2 APRIL 2013 DI SERI MUTIARA

1. Pada saat yang bersejarah dan penuh gilang-gemilang ini, saya bagi pihak Kerajaan, Pegawai dan anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang dengan segala hormat dan sukacita menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena lanjutan perkhidmatan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi kali kelima. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor Binti Shariff. Sesungguhnya kami berasa amat bersyukur dan gembira kerana Tuan Yang Terutama Tuan dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan berdua akan terus menjadi payung kepimpinan kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri ini serta terus melakar sejarah dan kejayaan bagi memakmurkan Negeri yang amat kita cintai ini.

2. Negeri Pulau Pinang pada keseluruhannya terus aman, maju dan makmur. Perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat berbilang kaum juga terus meningkat. Rakyat kini lebih sedar akan pentingnya keharmonian dan perpaduan kaum demi kemajuan dan pembangunan Negeri Pulau Pinang. Kejayaan dalam usaha kita untuk berada dalam keadaan aman, bersatu padu dan saling bekerjasama adalah sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun kita daripada kaum-kaum yang berlainan keturunan, agama, kebudayaan dan adat resam.

3. Usaha-usaha Kerajaan untuk terus memantapkan pertumbuhan ekonomi menunjukkan hasil yang menggalakkan di mana ekonomi Negeri diunjurkan berkembang 6.3 peratus dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan sebagai penyumbang utama.

4. Kerajaan Pulau Pinang adalah yang paling bersih di Malaysia, berikutan pengiktirafan oleh Transparency International serta Laporan Ketua Audit Negara yang telah memuji sistem tender terbuka, lebihan belanjawan tahunan serta pengurangan hutang 95% daripada RM630 juta kepada RM30 juta. Salah satu lagi pencapaian cemerlang adalah kejayaan dalam menyelamatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang telah hampir bankrap setelah ketirisan sebanyak RM230 juta sebelum tahun 2008.

5. Pentadbiran yang berasaskan prinsip CAT iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus telah membolehkan Pulau Pinang untuk berjaya menarik jumlah pelaburan yang paling besar di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah – bukan sekali tetapi dua kali pada tahun 2010 dan juga 2011. Sepanjang tempoh lima tahun yang lepas iaitu dari tahun 2008-2012, Pulau Pinang telah mencatat pelaburan berjumlah RM36.1 bilion berbanding RM18.7 bilion dalam tempoh lima tahun sebelum itu iaitu dari tahun 2003-2007.

6. Pulau Pinang kini merupakan negeri paling sesuai didiami di Malaysia dan yang ke-lapan paling sesuai didiami di Asia. Baru-baru ini, Pulau Pinang juga telah terpilih sebagai lokasi ke-empat paling baik di dunia untuk persaraan. Pengiktirafan ini adalah bukti bahawa Pulau Pinang sudah menjadi Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.

7. Kerajaan Negeri percaya bahawa kekayaan harus dikongsi secara saksama dengan rakyat. Untuk sebab itu, Kerajaan Negeri telah mengagihkan lebihan belanjawan tahunan yang dicapai dalam bentuk bantuan tunai kepada sekolah-sekolah dan juga individu seperti warga emas, OKU, ibu tunggal, bayi baru lahir, penarik beca, pelajar universiti serta pelajar sekolah. Semua program ini telah menelan belanja sebanyak RM150 juta sejak tahun 2008.

8. Pulau Pinang berjaya mencatat sejarah dengan pelancaran Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang berjumlah RM20 juta untuk menjadi negeri pertama di Malaysia untuk menghapuskan kemiskinan dengan memastikan bahawa setiap isi rumah di Pulau Pinang mempunyai pendapatan minima RM770 sebulan. Mana-mana keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM770 sebulan akan “ditambah nilai” oleh kerajaan negeri sehingga mereka mempunyai RM770.

9. Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama yang memperuntukkan RM500 juta untuk tujuan pembinaan perumahan mampu milik. Kerajaan Negeri telah pun membina hampir 4,000 unit sejak tahun 2008 sementara sektor swasta telah menyumbang sebanyak 9,000 unit lagi. Untuk masa depan, Kerajaan Negeri bercadang untuk membina 19,172 unit dengan tambahan 20,000 unit daripada sektor swasta.

10. Kerajaan Negeri akan melaksanakan projek RM6.3 bilion untuk meleraikan trafik melalui tiga lebuhraya daripada Tanjung Bunga ke Teluk Bahang; Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu; Air Hitam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu serta terowong bawah dasar laut yang akan menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam, Butterworth. Kerajaan Negeri tidak akan membiarkan anak-anak muda Pulau Pinang untuk membesar dalam generasi kesesakan trafik.

11. Pulau Pinang kini dalam proses menjadi negeri hijau pertama di Malaysia dengan inisiatif-inisiatif hijau, seperti menjadi satu-satunya negeri yang mengamalkan kempen “Tiada Beg Plastik Percuma” serta mencapai kadar kitar semula yang paling tinggi iaitu 24%. Pulau Pinang juga ingin menjadi negeri basikal pertama di Malaysia dengan laluan basikal 200 kilometer.

12. Kerajaan Negeri telah meningkatkan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam hampir tiga kali ganda serta menubuhkan portfolio EXCO untuk hal ehwal agama bukan Islam. Pulau Pinang juga kini menjadi ibu kota kesenian, kebudayaan dan warisan di Malaysia dengan Bandar Warisan Dunia UNESCO George Town yang bertaraf antarabangsa serta sambutan tahunan Pesta George Town yang berjaya mengumpulkan para penghibur, artis, penulis serta cendekia dari dalam dan luar negeri.

13. Secara keseluruhannya dalam konteks pembangunan Negeri Pulau Pinang dan kemajuan sosial serta masyarakat, Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan telah banyak menyumbang kepada program-program kebajikan dan kebudayaan Negeri. Sokongan dan galakan yang disumbangkan oleh Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan amat dihargai dan disanjung tinggi. Sesungguhnya sifat keprihatinan Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan tunjukkan menjadi pemangkin dan pendorong ke arah perpaduan yang lebih erat sesama rakyat. Sekalung penghargaan turut diucapkan kepada anggota pasukan keselamatan Polis, Tentera dan Bomba yang tidak pernah berkompromi dalam usaha menjaga keharmonian dan keamanan Negeri ini di bawah kepimpinan dan pemerintahan Tuan Yang Terutama Tun.

14. Kerajaan Negeri percaya di bawah bimbingan Tuan Yang Terutama Tun, Pulau Pinang akan menjadi lebih bersih, hijau, selamat dan sihat.

15. Sempena hari bersejarah dan penuh bermakna ini, saya dan seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri serta rakyat Negeri Pulau Pinang ingin mengambil peluang menzahirkan ucapan tahniah dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Tuan Yang Terutama Tun.

16. Akhir kalam, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa semoga Yang Maha Esa melanjutkan usia Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan berdua serta sentiasa berada dalam keadaan sihat wal’afiat di bawah lindungan Yang Maha Esa sepanjang masa.

Sekian, terima kasih.

—–Mandarin version —-

槟州首席部长林冠英于2013年4月2日在州元首哈兹阿都拉曼宣誓就职礼上发表演讲,重点如下:

4. 槟州是马来西亚最廉洁的政府,就连国际透明组织及国家总稽查司也赞扬我们,我们推行施政公开招标、财政预算年年有余,政府债务缩减95%从6亿3000万减至3000万令吉。另一项成就就是将威省市政局从濒临破产的窘境解救出来,自2008年之前,威省市政局面对亏损2亿3000万令吉。

5. 我们的能干、公信及透明施政成功让槟城在2010年及2011年在所获投资额破记录全马居冠。过去五年(2008-2012年),槟州破记录取得361亿令吉的投资额,超越2003-2007年间的187亿令吉投资额。

6. 我们现在是马来西亚最宜居的城市,也是全亚洲第八位宜居城市。 最近,我们也被选为全世界四大最佳退休城市。这些都是对槟州净绿、人民安康的认可。

7. 民联相信,要与民合理共享财富,而非朋党。因此,我们把我们财政预算的盈余以现金形式派发给学校、个人如:乐龃人士、体障人士、单亲妈妈、新生儿、三轮车夫、大学及学生,我们自2008年已经派发了1亿5000万令吉。

8. 槟州也创造历史,推介了2000万令吉的经济平等议程,成为马来西亚第一个扫除贫穷的州属。我们确保槟城每户家庭每月收入至少770令吉。任何家庭若月入低入770令吉,州政府将每月加额补足770令吉。

9. 槟城也是第一个拨出5亿令吉基金兴建可负担房屋的州属。州政府自2008年起兴建了4000个可负担房屋单位,私人界承建9000个单位。州政府计划在未来兴建1万9172个单位,私人界将承建另外2万个单位。

10. 我们将推行价值63亿令吉的两岸三通一槟城计划,兴建三条高速公路,从丹绒武雅至直落巴巷、关仔角至敦林苍佑大道、亚依淡至敦林苍佑高速公路,以及连接关仔角及北海峇眼阿占的海底隧道。

11. 槟州也正在成为全马第一个绿州,我们先行推动了数项措施如“资源有价,天天减塑”无免费塑料袋运动,我们的再循环率也是全马最高,达24%。槟州也立志打造200公里长的脚车道,成为全马第一个脚车州。

12. 我们提供给伊斯兰事务的拨款比 前朝多三倍,我们也成立非伊斯兰事务行政议员职。我们也是马来西亚艺术、文化及遗产中心,乔治市是联合国科教文组织承认的世界遗产城市,一年一度的乔治市节庆聚集了国内外的表演工作者、艺术工作者、写作及知识分子。

Leave a Comment