PR Menunaikan Prinsip Kerajaan Berjiwa Rakyat Dengan Memberikan 103 Keluarga Sebanyak 103 Buah Unit Rumah Kos Rendah Percuma Dengan Menanggung Kos RM1,951,683 Di Mana Wang Tunai RM1,160,899 Akan Dibayar Balik Kepada Pemilik.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Rumah Pangsa Mak Mandin, Butterworth Pada 8.12.2012.

Kerajaan negeri PR menunaikan prinsip kerajaan berjiwa rakyat dengan memberikan 103 buah keluarga sebanyak 103 buah unit rumah kos rendah percuma dengan menanggung kos RM1,951,683 di mana wang tunai RM1,160,899 akan dibayar balik kepada pemilik. Masalah kegagalan 103 buah keluarga mendapat rumah mereka yang telahpun dijanjikan oleh BN hampir 30 tahun dahulu akhirnya diselesaikan oleh PR.

103 buah keluarga terdiri daripada 23 buah keluarga yang dipindahkan untuk projek Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 1985 dan 80 buah keluarga kawasan setinggan Rumah Hijau yang menjadi mangsa kebakaran pada 30.6.1985. 102 buah keluarga ditempatkan di Rumah Pangsa Mak Mandin manakala satu keluarga di Rumah Awam Permatang Tinggi.

Kerajaan negeri lama telah mewajibkan mereka membayar RM19,000 selepas memberikan diskaun RM6,000. Akan tetapi 103 buah keluarga menuntut diberikan rumah gantian percuma kerana mereka memberikan jalan untuk projek kerajaan negeri baik untuk Tapak Ekspo Seberang Jaya mahupun untuk projek Rumah Hijau sekarang di mana sebuah rumah gentian diberikan. Malangnya kerajaan lama BN enggan atau gagal tepati janji memberikan rumah percuma.

Hari ini kerajaan negeri PR telahpun menyelesaikan masalah kerajaan BN lama dengan memberikan rumah percuma kepada 103 buah keluarga. Kos keseluruhan yang ditanggung Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pemberian rumah percuma kepada 103 keluarga terdiri dari 23 setinggan tapak Ekspo dan 80 mangsa kebakaran Mak Mandin adalah seperti berikut.

Jumlah :
102 x RM19,000 = RM1,938,000.00

1 x RM13,683 = RM 13,683.00

———————

JUMLAH RM1,951,683.00

===============

Ada 11 buah keluarga yang tidak buat sebarang bayaran ansuran. Ada yang buat sebahagian bayaran. Tetapi ada keluarga yang telahpun habis buat bayaran kepada kerajaan negeri dahulu dan mereka akan mendapat bayaran balik. Sebanyak RM 1,160,899 akan dibayar balik dengan syarat semua bayaran penyelenggaraan yang dihutang sebanyak RM 81,120 mesti dibereskan.

Jumlah keseluruhan wang yang akan dibayar balik oleh kerajaan negeri adalah seperti berikut:

Bayaran balik harga rumah
yang telah selesai = RM1,058,683.00

Bayaran ansuran yang telah
dijelaskan sehingga Nov. 2012 = RM 83,946.00

Bayaran deposit yang perlu di
kembalikan = RM 18,270.00

——————–

Jumlah RM 1,160,899.00

==============

Perlu ditegaskan hak milik strata hanya akan dipindahkan sebaik sahaja bayaran penyelenggaraan tunggakan dibayar.

LIM GUAN ENG

0 Responses to “PR Menunaikan Prinsip Kerajaan Berjiwa Rakyat Dengan Memberikan 103 Keluarga Sebanyak 103 Buah Unit Rumah Kos Rendah Percuma Dengan Menanggung Kos RM1,951,683 Di Mana Wang Tunai RM1,160,899 Akan Dibayar Balik Kepada Pemilik.”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.