Ucapan Parlimen Semasa Membahas Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan(Langkah-langkah Khas) 2012 (bm/cn)

Ucapan Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Parlimen Semasa Membahas Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan(Langkah-langkah Khas) 2012 Di Dewan Rakyat Pada 16 April 2012.

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) Tidak Bermakna Kerana Kuasa Tahanan Luasnya Digantikan Dengan 3 RUU Kesalahan Keselamatan (Llangkah-langkah Khas) 2012, Kanun Tatacara Jenayah(Pindaan) 2012 Dan Kanun Keseksaan(Pindaan) 2012.

Dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) maka berakhirlah satu era penindasan rakyat oleh Kerajaan BN. Berakhirlah satu sejarah hitam buat negara kita, di mana sepanjang 52 tahun pelaksanaan ISA dijangka lebih 10,000 orang mangsa telah ditahan tanpa bicara di bawah akta tersebut.
Tetapi adakah kita rakyat harus rasa gembira?

Saya rasa ini bukannya masa untuk diraikan kegembiraan dengan membaca Al-Fatihah kepada ISA kerana ia masih belum benar-benar meninggalkan tanah air Malaysia. Di samping itu keengganan kerajaan BN mengambil tanggungjawab ke atas kezaliman yang diperlakukan ke atas mangsa-mangsa ISA dengan meminta maaf secara terbuka atas tahanan tanpa bicara yang melanggari segala asas perikemanusiaan serta lunas undang-undang hak asasi manusia dan due proses.

Sesetengah mangsa yang tidak bersalah mahupun berdosa terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri, ketua pembangkang aktivis sosial dan rakyat biasa. Apakah kesalahan sehingga boleh memudaratkan keselamatan negara selain daripada menentang pemimpin BN yang rasuah dan menggugat monopoli kuasa rakus BN daripada terus menindas rakyat.

Apakah kesalahan Dato Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mat Sabu yang selalu ini menegakkan kedaulatan undang-undang dan sistem perlembagaan beraja sehingga perlu merengkok dalam tahanan di bawah ISA tanpa bicara dan dituduh melakukan kesalahan dengan sewenang-wenangnya tanpa bukti langsung. Malah mereka yang buat tuduhan palsu bukan sahaja tidak dikenakan tindakan sebaliknya dinaik pangkat dan diangkat ke jawatan yang tinggi.

Sebagai seorang bekas orang tahanan ISA, saya tahu secara peribadi daripada pengalaman pahit macam mana ISA ini boleh disalahgunakan. Bila saya ditahan dalam 1987 di bawah Operasi Lallang, saya hanya berumur 26 tahun dan baru dipilih sebagai Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka. Dalam umur yang begitu mentah ini, saya dituduh mengancam keselamatan negara sehingga boleh mencetuskan negara menjadi huru-hara sekiranya saya masih bebas. Kalau begitu dengan umur saya sekarang menjangkau 52 tahun, bukankah saya lagi mengancam?

Proses 60 hari “solitary confinement” sukar dilalui kerana nyawa kita terletak di bawah tangan seorang dua pegawai polis yang boleh buat apa-apa pun secara suka hati ke atas saya. Saya dipersoalkan mengapa menentang Perdana Menteri Malaysia, adakah saya mahu dibebaskan dengan syarat saya mengaku atau bertaubat di depan kaca mata televisyen bahawa saya terlibat dalam kegiatan subversif dan dianiayai secara mental.

Saya diletakkan di dalam sebuah bilik berwarna biru habis tanpa cermin dengan sebuah kipas tidak bergerak dengan 4 cangkuk besar. Saya tidak dibenarkan tidur lebih 24 jam dengan dipaksa duduk di atas bangku dengan pegawai polis berteriak ke dalam telinga saya setiap kali saya nak mengantuk untuk memaksa saya “bertaubat”. Saya sudah dikira bernasib baik kerana tidak dipukul dan dibelasah dengan ganas macam berlaku ke atas YB Ketua Pembangkang dan ramai rakan-rakan lagi.

Sebagai peneraju dan pewaris ISA, adakah BN bersedia meminta maaf secara terbuka ke atas semua mangsa-mangsa kezaliman. Selagi BN enggan berbuat demikian susah untuk menemui penutupan atau “closure” dan menimbulkan keraguan bahawa pemansuhan ISA hanya permainan silap mata untuk menyembunyikan muslihat jahat BN nak meneruskan ISA dalam bentuk dan rupa lain(in in different guise and form).

Hakikatnya, kita harus mengingati bahawa ISA ini sebenarnya telah diwujudkan sebagai langkah pencegahan komunis di Malaya dan kemudiannya Malaysia pada zaman darurat. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman sendiri telah berkata bahawa:
“ISA yang telah diperkenalkan pada tahun1960 telah dirancang untuk digunakan semata-mata untuk melawan komunis… Sayadan para jemaah menteri saya telah berjanji kepada Parlimen dan kepada negara bahawa kuasa besar yang diberi kepada kerajaan di bawah ISA tidak akan digunakan untuk menyekat pembangkang yang sah.”

Sekiranya apa yang dikatakan Bapa Kemerdekaan kita ini benar, maka ISA sepatutnya dimansuhkan selepas tamatnya pemberontakan senjata komunis secara rasmi pada tahun 1989 dengan perjanjian damai di antara Parti Komunis Malaya ditandantangani dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor di Haadyai pada 2 Disember 1989. Ini kerana tujuan utama undang-undang ini diperkenalkan sudah tidak lagi relevan. Tanpa ada lagi ancaman komunis, ISA seharusnya tidak diperlukan lagi. Namun, ISA diteruskan sebagai senjata ke atas musuh politik BN yang menentang BN secara aman dan berlandaskan Perlembagaan.

Sejarah hitam ISA harus dikuburkan buat selama-lamanya, dan ini tidak akan berlaku selagi Kerajaan tidak mengambil langkah untuk meminta maaf dan memberi jaminan bahawa undang-undang kuku besi seperti ISA tidak akan diulangi lagi, mahupun secara tidak langsung. Selagi Kerajaan tidak meminta maaf, selagi itulah hantu ISA akan membayangi legasi mereka. Ini jelas tertera secara langsung atau tidak dalam tiga RUU yang dibentangkan untuk menggantikan ISA, RUU Kesalahan Keselamatan (Llangkah-langkah Khas) 2012, RUU Kanun Tatacara Jenayah(Pindaan) 2012 dan RUU Kanun Keseksaan(Pindaan) 2012

Hakikat ini dinyatakan oleh YB Menteri Dalam Negeri dua hari lepas bahawa “The new law replacing the Internal Security Act (ISA) will not hamper the abilities of the Royal Malaysia Police (PDRM) to protect the safety of the public” Dengan kata lain, pihak polis masih mempunyai kuasa samada adanya atau tidaknya ISA sepertimana yang termaktub dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan sesiapa ditahan untuk apa tujuan pun.

RUU ini pada permulaannya menyebut bahawa“tindakan telah diambil dan tindakan lanjut diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia”, sebagaimana yang disenaraikan. Siapakah kumpulan besar itu, dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil dan yang diancam? Saya rasa bahawa ahli-ahli yang berhormat hendaklah diberitahu terhadap kumpulan manakah RUU ini ditujukan, kerana hanya selepas itu bolehlah Dewan yang Mulia ini meneliti dengan baik RUU ini.

Pada mukadimah RUU ini adalah disebut bahawa, dengan izin: “action has been taken and further action is threatened… to procure the alteration, otherwise than by lawful means, of anything by law established”. Inilah satu contoh penggubalan undang-undang secara“cut-and-paste”. Sepatutnya, “anything” itu hendaklah merujuk kepada“something” atau “certain things” yang sudah diketahui. Ancaman yang dirujuk,adakah ia benar-benar wujud atau hanya dalam khayalan Kerajaan sahaja?

RUU ini dicadangkan untuk digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, yang membenarkan undang-undang khas diperbuat bagi tujuan menentang tindakan subversif walaupun undang-undang itu bertentangan dengan hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Kita semua tahu bagaimana lagi satu Akta yang digubal di bawah Perkara 149, yakni ISA yang sepatutnya bertujuan untuk menentang kempen keganasan Parti Komunis Malaya,tetapi telah disalahgunakan oleh Kerajaan BN untuk menzalimi dan menganiayai rakyat Malaysia yang tidak bersalah walaupun kempen komunis itu telah tamat lebih daripada 23 tahun lalu, pada tahun 1989.

Sebenarnya, Perkara 149 pada asalnya hanya membenarkan undang-undang khas diperbuat untuk setahun sahaja. Jika ia tidak dilanjutkan setiap tahun, maka undang-undang khas itu seharusnya luput.Demikianlah perlindungan yang wujud di bawah Perlembagaan zaman Merdeka, tetapi Kerajaan Perikatan dan BN telah meminda Perlembagaan kita untuk menghapuskan perlindungan hak-hak rakyat. Jika Kerajaan benar-benar patuh kepada semangat Perlembagaan dan hak-hak rakyat, RUU ini harus dipinda supaya ia luput jika tidak diperbaharui setiap tahun oleh Parlimen.

Fasal 4 RUU ini membenarkan pihak polis untuk menahan seseorang bagi tempoh selama 28 hari tanpa bicara dan tanpa dibawa ke hadapan majistret. Fasal ini amat bahaya. Perkara 5(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa: “Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh 24 jam … dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu.”

Dengan fasal 4 ini, hak asasi yang dijamin oleh Perkara 5(4) Perlembagaan Persekutuan adalah dirampas dan dicabuli. Jika mana-mana orang boleh ditahan selama 28 hari tanpa dibawa kehadapan majistret, manakah jaminan bahawa orang itu tidak akan dibelasah dan diseksa polis selama tempoh itu? Siapakah yang boleh tahan diseksa selama 28 hari? Dalam masa satu bulan orang tahanan boleh dibelasah sampai lebam, dan selepas itu ditahan sehingga lebam itu pudar.

Sekurang-kurangnya, seseorang yang ditahan patut dibawa ke hadapan majistret selepas 24 jam pertama, dan selanjutnya selepas setiap 7 hari yang berlalu. Mengapakah Kerajaan dan pihak polis begitu takut membawa orang tahanan ke hadapan majistret? Bagaimanakah hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan boleh diketepikan dengan begitu senang?

Bagi orang tahanan yang mampu mendapat perwakilan peguam dan mampu menyaman pihak polis, memang tindakan mahkamah boleh diambil terhadap polis sekiranya kuasa tahanan disalahgunakan. Namun realitinya, lock-up dan penjara-penjara di seluruh negara kita penuh dengan orang tahanan, termasuklah pemuda-pemuda bawah umur, yang tidak mampu mendapat perwakilan undang-undang. Oleh sebab itu, penyeliaan badan kehakiman adalah mustahak. Sekali lagi, saya ingin tanya, mengapakah Kerajaan dan pihak polis begitu takut membawa orang tahanan ke hadapan majistret?

Tanpa penyeliaan badan kehakiman, kami rasa bahawa pihak polis boleh melanjutkan tempoh tahanan orang tahanan selepas akhir 28 hari, dengan membebaskan dan menahan semula orang tahanan itu selepas setiap 28 hari, seperti yang sering dilakukan di bawah ISA. Dengan ini, tempoh tahanan itu boleh dilanjutkan bertahun-tahun tanpa had. Bolehkah YB Menteri memberi jaminan bahawa tempoh tahanan 28 hari itu tidak boleh dilanjutkan secara membebaskan dan menahan semula orang tahanan?

Bahagian IV RUU ini memberi kuasa kepadaPendakwa Raya berkenaan dengan kes-kes yang melibatkan “maklumat sensitif”.Pentakrifan “maklumat sensitif” ini amat luas, dan merangkumi apa-apa dokumen,maklumat dan bahan yang berkaitan dengan Jemaah Menteri dan jawatankuasanya atau yang menyentuh kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa, sama ada bahan itu dikelaskan sebagai rahsia atau tidak. Pentakrifan ini adalah terlalu luas, dan nampaknya adalah bertujuan melindungi kepentingan Kerajaan dan bukan kepentingan awam atau kepentingan negara. Keperluan menjamin keadilan perbicaraan tidak disebut sama sekali dalam Bahagian ini. YB Menteri patut menjelaskan sama ada mahkamah mempunyai budibicara untuk menolak permohonan Pendakwa Raya di bawah fasal 8 jika perlu untuk menjamin keadilan perbicaraan. Ini hanyalah satu contoh peruntukan dalam RUU ini yang tidak adil dan tidak wajar.

Kalau dilihat secara keseluruhan, semua peruntukan-peruntukan RUU ini jelas bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyabit dan memenjarakan sesiapa sahaja atas kesalahan keselamatan dengan bukti yang direka-reka. Fasal 8 RUU ini membolehkan Pendakwa Raya menyembunyikan fakta-fakta yang menunjukkan bahawa orang dituduh itu tidak bersalah atasalasan maklumat itu sensitif.

Fasal 14 membolehkan bukti diterima daripada saksi yang menyembunyikan identitinya daripada pihak tertuduh. Fasal 18 membolehkan penyata yang kononnya dibuat oleh orang yang mati, hilang atau tidak dapat hadir ke mahkamah diterima sebagai bukti. Fasal 19 membolehkan orang dituduh disabitkan kesalahan atas testimoni kanak-kanak yang tidak disokong. Fasal 20 membolehkan apa jua dokumen yang kononnya disita oleh polis, walaupun secara menyalahi undang-undang,diterima sebagai bukti.

Fasal 22 membolehkan senarai dokumen atau benda yang kononnya disita oleh polis diterima sebagai bukti kewujudan dokumen atau bend aitu walaupun dokumen atau benda itu tidak boleh dikemukakan di mahkamah. Fasal 23 membolehkan eksibit yang dikatakan sensitif tidak dikemukakan di mahkamah tanpa menjejaskan kes pendakwaan. Fasal 25 membolehkan apa jua dokumen yangdibuat dengan komputer diterima sebagai bukti. Fasal 26 membolehkan testimoni rakan sejenayah dan polis yang memprovokasi tindakan kesalahan itu diterima sebagai bukti.

Fasal-fasal 13 dan 30 pula membolehkan orang dituduh ditahan bertahun-tahun walaupun ia belum disabitkan kesalahan atau didapati tidak bersalah oleh mahkamah, sehingga habis rayuan terakhir. Sungguhpun hak orang yang ditahan boleh menuntut perbicaraan selepas 28 hari tetapi berkemungkinan tidak dapat menikmati kebebasan kerana Fasal 30(1) menyatakan boleh terus direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan terhadap pembebasan tertuduh itu oleh Pendakwa Raya dan semua proses undang-undang ditamatkan.

YB Menteri perlu menjelaskan, apakah kaitan khas antara kesalahan keselamatan dan testimoni kanak-kanak? Apakah saksi yang berkaitan dengan kesalahan keselamatan lebih sering mati atau hilang (mungkin kerana diletup dengan C4), kalau berbanding dengan kes-kes yang lain?Apakah cetakan dari komputer lebih boleh dipercayai dalam kes kesalahan keselamatan? Mengapakah kes kesalahan keselamatan harus lebih senang dibuktikan jika dibandingkan dengan kes bunuhatau kes rogol? Ini semua menunjukkan bahawa undang-undang di negara kita tidak digunakan untuk melindungi rakyat, malah untuk melindungi Kerajaan.

Badan Peguam Malaysia juga telah menyatakan kebimbangan mereka terhadap RUU ini, termasuk sama ada RUU ini patut digubal dibawah Artikel 149 jika syarat-syarat perlindungan memadai, definisi “kesalahan keselamatan” yang terlalu luas, kekurangan pengawasan kehakiman atas penahanan serta penyekatan atas komunikasi, kekurangan perlindungan atas komunikasi peguam-pelanggan, dan yang paling penting sekali keberlainan dengan peraturan-peraturan biasa berkaitan perbicaraan jenayah.

Selagi bayang-bayang, sisa dan saki-baki ISA masih wujud dalam RUU Kesalahan Keselamatan (Llangkah-langkah Khas) 2012, RUU Kanun Tatacara Jenayah(Pindaan) 2012 dan RUU Kanun Keseksaan(Pindaan) 2012, maka ia akan mengujudkan ketakutan di kalangan orang ramai terhadap kerajaan yang bersedia menggunakannya untuk niat dan hasrat politik mereka. Buat apa Let me close by quoting from American President Thomas Jefferson,

When the people fears the government, there is tyranny;
When the government fears the people, there is liberty.

By continuing to instil fear amongst the people, there is false liberty or no liberty at all but BN continues to exercise tyranny over Malaysians. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) tidak bermakna kerana kuasa tahanan luasnya digantikan dengan 3 RUU Kesalahan Keselamatan (Llangkah-langkah Khas) 2012, Kanun Tatacara Jenayah(Pindaan) 2012 dan Kanun Keseksaan(Pindaan) 2012. Oleh itu parti DAP menyokong pemansuhan ISA tetapi menentang kesemua tiga RUU yang dibentangkan bersama ini.

—– Mandarin Version —

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年4月16日在国会辩论2012年安全犯罪(特别措施)法案时发表演讲,重点如下:

废除内安法令毫无意义,它的扣留权因其它三个法案而增加,这三个法案是《2012年安全犯罪(特别措施)》、《2012年刑事程序法典修正案》及《2012年刑事法典修正案》。

随着内安法令的废除,意味着国阵一个时代的恶法终结。我国历史的黑暗页也终结了。内安法令在国内52年,超过1万名受害者在无审讯扣留的情况下被逮捕。但是,这值得我们感到高兴吗?

我觉得这个时候还不是庆祝内安法令终结的时候,因为它还没有真正离开过马来西亚。此外,国阵政府不愿意负起责任,对内安法令无审讯扣留的受害者公开道歉,这种扣留违反一切人道精神、人权法律及司法公正。

大部分受害者大多数没有罪,他们包括副首相、部长们、在野党领袖、社运领袖及普通老百姓。除了与贪污滥权腐败的国阵领袖作对,他们犯过什么罪以致危害国家安全?

拿督斯里安华依布拉欣、林吉祥、卡巴星、末沙布这些人经常维护宪法及捍卫司法,他们犯了什么错?导致他们在无审讯扣留的情况下被内安法令扣留,并且在无凭无据的情况下,被任意指责犯罪。而那些做出虚假指控的人士,不但没有遭处罚,反而步步高升。

身为一名前内安法令扣留者,我亲身体验当中的苦楚以及这种法律是如何被滥用。当我于1987年在“茅草行动”中被逮捕时,我只有26岁,刚刚当选为哥打马六甲区国会议员。以这样的年龄当选,我却被指为如果我被释放,将会威胁国家安全,导致国家动荡。那么,今年52岁的我,是不是威胁更大?

60天的扣留期是很艰难的,因为我们的性命完全由两名警员控制,他们可以恣意妄为。我被盘问为什么与首相作对、如果我要自由,条件是我必须在电视前承认我曾经参与颠覆性活动、同时我也遭受精神虐待。

我被关在一个全蓝的房间里, 没有镜子,只有一架不会动的风扇、四个大碗。他们让我超过24小时不睡觉、并且逼我坐在凳子上,第一次我打瞌睡,警员便会向我的耳朵大喊,以逼我投降。我已经算很幸运,没有像在野党领袖及其他朋友那样被粗暴地拳打脚踢。

做为内安法令的始作俑者,国阵是否准备向所有恶法的受害者公开道歉?只要国阵不愿意道歉,那么可以说很难了结,也让人怀疑废除内安法令是不是国阵的障眼法,来掩盖国阵要以其它方式代替内安法令的意图?

事实上,我们应该记得内安法令其实是很久以前用来对付预防共产党在马来亚(后来的马来西亚)活动的措施。第一任首相东姑阿都拉曼自己也曾经说过“内安法令在1960年的采用是为了对付共产党,我和内阁成员们向国会及国家保证,政府在内安法令下拥有的巨大权力,绝不会用在对付合法的在野党。”

如果我们的国父所言属实,那内安法令应该在1989年,当共产党和平放下武器,并与时任全国总警长丹斯里拉欣诺签下《合艾和平协议》后就废除,因为当初制定内安法令已打击共产党的威胁已不存在。虽然共产党的威胁已不再,但内安法令已经成为国阵依据宪法的武器,用之于铲除所有对抗国阵的政敌。

内安法令的黑暗历史应永埋,只要政府一日不道歉,并保证不会重覆内安法令这般残酷的法案,那内安法令的阴影将继续纠缠他们,这在提呈的3项新法案-《2012年安全犯罪(特别措施)》、《2012年刑事程序法典修正案》及《2012年刑事法典修正案》清楚表达。

2天前,内政部长说,“取代内安法令的新法案将不会妨碍马来西亚皇家警察保护公众安全的能力” 。换言之,无论如何警方都拥有一样的权力,即在联邦宪法第149条文,赋予警方有权力逮捕任何人。

新法案在起先提到,“一大群人在国内和国外的已采取行动,和进一步威胁的行动”。谁是这一群人?已经采取了什么威胁的行动?我觉得应该告知在座尊贵的议员们,这里所指的是谁。

法案的前言提到,在同意下:“已采取行动,和进一部威胁的行动……促使变动,否则由法律设立的任何事务”。这是“剪贴和复制”的立法例子,事实上,“任何事物”应指明“一些事”,或已知的“某些事”。至于所说的威胁,究竟是否存在,或只是政府的幻影而已?

新法案被建议以颁布入联邦宪法第149条文,以允许制定特别法案来对付颠覆行为,虽然这项条例与宪法所保障的人权有冲突。我们都知道在宪法第149条文下的内安法令,原本是为对付马来亚共产党的暴行,但在共产革命在1989年结束,过去23年之久却被国阵政府滥用来残害无辜的大马公民。

事实上,宪法第149条文原先只允许制定特别法案1年之久而已,若不获每年延续,特别法案就应该作废,这是独立时期就存在的人民保障,国阵政府却修改国家宪法来削夺人民的保障。若政府果真遵从宪法和人权,这法案应在不获国会每年更新下废除。

大马律师公会也已经表达他们对此法案的担忧,包括这法案是否应在第149条文,有若足够保护的条件下颁布。“安全罪行”的定义太广,加缺乏被扣留时的司法监督、资讯受到限制、缺乏律师沟通,最重要的是,反常于所有刑事审判的一般规则。

只要内安法令的阴影和残余仍然存在于《2012年安全犯罪(特别措施)》、《2012年刑事程序法典修正案》及《2012年刑事法典修正案》中,那民众依然会担忧政府将引用这些法案以达到本身的政治目的。让我以美国总统托马斯•杰斐逊的一句话来作为结束:哪里的人民害怕政府,哪里就有暴政;哪里的政府害怕人民,哪里就有自由 。

通过不断灌输民间恐惧,只有有虚假的自由或毫无自由,而国阵还要继续对人民施行暴政。废除内安法令毫无意义,因为3项新法案-《2012年安全犯罪(特别措施)》、《2012年刑事程序法典修正案》及《2012年刑事法典修正案》有权随时展开逮捕。

民主行动党支持废除内安法令,同时反对今日提呈的3项新法案。

林冠英

0 Responses to “Ucapan Parlimen Semasa Membahas Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan(Langkah-langkah Khas) 2012 (bm/cn)”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.