30 projek Persekutuan di Pulau Pinang dijangka lewat.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar Dato Sri Mohd Najib akan menunaikan janjinya untuk memastikan 30 projek Persekutuan di Pulau Pinang yang dijangka lewat itu dapat disiapkan dalam baki tempoh 12 bulan RMK-9 ini dan juga memastikan projek ini memenuhi kriteria professional demi kepentingan orang ramai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa terdapat 18 projek yang telah ”jatuh sakit” dibawah RMK-9 di Kementerian Kesihatan. Namun, projek persekutuan yang ”jatuh sakit” di Negeri Pulau Pinang adalah lebih memeranjatkan lagi kerana terdapat 30 projek di bawah RMK-9 dijangka lewat.

Dalam jawapan bertulis oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak di Dewan Rakyat pada bulan Disember, beliau mengatakan bahawa ”Sebanyak 1069 projek RMK-9 Persekutuan telah dan sedang dilaksanakan di negeri Pulau Pinang dengan siling peruntukan sebanyak RM 7.536 bilion. Daripada jumlah tersebut sebanyak 527 projek atau 49.30% telah berjaya disiapkan sepenuhnya dan selebihnya berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan.

” Kerajaan menjangkakan sebanyak 30 buah projek seperti di lampiran dijangka tidak dapat disiapkan mengikut jadual. Antara faktor yang telah dikenalpasti yang menyebabkan projek-projek tersebut mengalami kelewatan adalah seperti kenaikan harga bahan binaan, masalah pengalihan utiliti, pengalihan setinggan yang terlibat, masalah rekabentuk dan masalah kontraktor yang tidak berwibawa. Projek-projek ini dijangkan akan dapat disiapkan dalam baki tempoh 12 bulan RMK-9 ini. ”

Oleh yang demikian, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, saya berharap agar Dato Sri Mohd Najib akan menunaikan janjinya untuk memastikan 30 projek di Pulau Pinang yang dijangka lewat itu dapat disiapkan dalam baki tempoh 12 bulan RMK-9 ini dan juga memastikan projek ini memenuhi kriteria professional demi kepentingan orang ramai.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menegaskan sekali lagi bahawa sistem tender terbuka yang sebenarnya harus diamalkan dan bukannya sistem tender tertutup yang hanya diberi kepada kroni-kroni tertentu. Pilihan Kontraktor yang tidak berwibawa dan tidak mengikuti kriteria professional bukan sahaja mengakibatkan kerugian kewangan tetapi juga nyawa rakyat. Adalah diharapkan projek yang mengalami kelewatan akan siap dalam baki tempoh 12 bulan RMK-9 ini dan juga memenuhi kriteria professional demi kepentingan orang ramai.

Walaubagaimanapun, hanya 26 buah projek lewat yang dilampirkan dalam Senarai Projek Lewat Jadual Pulau Pinang dalam jawapan Y.A.B. Perdana Menteri seperti yang berikut:

0 Responses to “30 projek Persekutuan di Pulau Pinang dijangka lewat.”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.